Dipetik dengan kebenaran dari guestbook saya
*******************************************************
saya memang suke sangat ngan blog mrs ni...dulu mase saya masih surirumah sepenuh mase, hari2 saya menatap blog ni...sampai hubby tanya ape la yg best sangat kat laptop 2...bile saya ajak dia join sekali baca blog mrs ni...dia pon jadi suka...setiap kali balik keja, mesti tanya saya ape info terbaru yg saya dapat...huhu...
tapi yg x best nye, saya da busy sangat sejak sambung study semula ni...baby pun da makin lasak...sampai jadi kurus saya dibuatnya...2 yg x sempat2 nak online...hari ni bile saya bukak semula blog mrs ni...makin kagum saya ngan mrs sbb blog ni da makin maju n banyak info2 berguna ttg kehidupan rumahtangga...
saya memang suke usha2 katalog lingerie mrs 2 dari dulu lagi...tapi xpernah lagi cube beli online...now bile tengok da makin banyak koleksi mrs, rase rambang mata sangat...saya rase saya kena beli gak ngan mrs ni...sebab yg selalu saya beli kat mall 2 kadang2 kualiti dia kureng sket walaupun design nampak wild n de yg sweet sangat...harap harga je mahal kalau kualiti xde nak pakai pun jadi xbest...hehe...
so saya harap mrs akan teruskan usaha murni mrs membantu kaum wanita jadi lebih open minded...sebab kite seksi pun utk suami gak...bukan org lain pun...dapat pahala lagi...lagi 1, kalau mrs nak tau...saya siap promote blog mrs ni pada kawan2 yg da kawin...diorang pun puji usaha mrs ni...
akhir kata...semoga mrs akan sukses selalu dalam memberi info2 berguna kepada kami semua...thank u so much...
*************************************************************
Terimakasih kepada yang memberikan komen ini. Saya cukup gembira
Love
mrslingerie
Seksi lingerie untuk pilihan anda
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
Thursday, July 9, 2009
(( Posting Pembaca - Terimakasih untuk saya ))
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:56 AM 0 comments
Wednesday, July 8, 2009
Seksi dengan corset
Corset atau nama melayunya bengkung,ialah sejenis pakaian dalaman yang digunakan untuk membentuk badan kita supaya nampak ramping. Saya tekankan mengenai corset yang seksi. Yang tujuannya hanya untuk bilik tidir. Corset jenis ini adalah murah dan senang untuk dipakai.
Bentuk corset ini, semua orang dah tahu. Ramping di bahagian pinggang. kebanyakan corset jenis ini terdiri dari berbagai-bagai warna dan corak. Padanannya ialah stocking, dan stocking yang paling sesuai adalah dari jenis fishnet dan berwarna hitam.
Kebanyakannya didatangkan sekali dengan 4 strap yang digunakan untuk memegang stocking dari melurut kebawah. Dalam ranking 1 hingga 5, saya berikan corset dalam kedudukan nombor 2 selepas teddy. Maksudnya saya suka memakai corset.
Corset amat sesuai sekiranya dijadikan sebagai pakaian sebelah dalam dan diluarnya pakailah pakaian biasa terlebih dahulu. Kalau nak tahu anda seorang yang seksi atau tidak, pakailah corset dan lihat di cermin.
Layari http://www.lingerie-power.com untuk pilihan corset seksi anda.
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:22 AM 0 comments
Labels: corset
Gown Malam yang seksi untuk isteri mengandung
Siapa tengah peknen kat sini. Tentu ada kan. Biasalah kalau kita tgh jadi mak buyung, perut tu makin membesar. Mana boleh seksi lagi. Ye ke? ada orang kata kalau kita peknen lagi seksi tau. Sejauh mana kebenarannya tak tau lah. Bergantung pada suami juga. Suami saya tak setuju. Dia kata, mana nak seksi kalau perut memboyot ke depan. Sesetengah suami pula kata lebih seksi kalau isteri peknen. Ikut selera masing-masinglah.
Masa mengandung dulu, memang saya tak dapat nak mengayakan lingerie seksi macam teddy atau korset. Paling kuat pun saya dapat guna babydoll je. So apa yang saya buat ialah saya pakai gown yang nipis. Memang kesannya adalah positif. Husband pun suka.
Bila kita pakai gown, ia akan menutup perut yang memboyot tu. Saya cadangkihan kepada mana-mana mak buyung sekarang ni , eloklah cuba pakai gown yang nipis. Kalau boleh yang berwarna putih. Kerana warna putih lebih menampakkan keanggunan kita.
Masa saya peknen dulu saya gunakan dua jenis gown dibawah, semuanya nipis.

Waktu tu (setahun dulu) ada jual kat lingerie power. Saya bawak masuk 20 helai setiap satu. Habis terjual dalam masa dua bulan. Sekarang ni nampaknya ada permintaan lagi untuk gown jenis ni. Tapi pembekal saya dah tutup kedai. Kena cari sumber lain.
Saya akan usahakan untuk dapatkan gown ni lagi, sebab saya tau, ada antara anda yang peknen juga sekarang ni. Kalau yang tak peknen pun silap-silap boleh peknen. he he. Kalau ramai permintaan saya akan cari sedaya upaya, khas untuk pembaca blog mrslingerie.
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 4:25 AM 1 comments
Labels: tips di bilik tidur
Tuesday, July 7, 2009
Kecewa
Saya kecewa lagi. Baru baru ini saya menyertai satu forum peniaga-peniaga internet melayu di *******. Memang meriah dan seronok lihat bagaimana masing-masing mempromosi produk mereka. Saya pun mencuba nasib kalau-kalau posting saya di lepaskan.Mempromosikan lingerie seksi.
pertama saya cuba mempromosikan blog saya http://www.mrslingerieonline.com dan kedua saya cuba mempromosikan website http://www.lingerie-power.com. malangnya gagal.
Posting saya tidak dilepaskan. Memang saya dah agak, ini akan berlaku. Sehingga sekarang ini, saya tak pernah berjaya mempromosi blog dan website saya di mana-mana forum. Berjaya jauh sekali malah saya diberi amaran.
Saya tau , mungkin kandungan blog ini dirasakan tak elok untuk disiarkan. Teringin juga nak lihat posting saya di forum lain, tapi apa nak buat, hak moderator untuk lepaskan atau tidak. Saya tak salahkan mereka kerana mereka jujur dalam menjalankan tugas.
Buat masa sekarang ni 100% blog ini dijumpai melalui search engine. Hanya itulah saja caranya. Tak ada cara lain. Alhamdulillah saya masih kekal di tangga pertama carian google dengan keyword "seksi lingerie" , tangga kelima dengan keyword "seksi" dan tangga kedua dengan keyword "lingerie".
Untuk 2 tahun berturut-turut saya masih ranking pertama untuk keyword "seksi lingerie" . Saya juga mengucapkan banyak-banyak terimakasih kepada anda semua yang menjadi pembaca setia blog ini. Walaupun saya tidak pandai menulis.
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:27 AM 1 comments
Labels: umum
Sunday, July 5, 2009
Kucup isteri sebelum meninggalkan rumah
Pernahkah anda sebagai suami mengucup dahi atau pipi isteri sebelum meninggalkan rumah untuk ke pejabat atau out station? Rasanya masa mula-mula kahwin dulu, ada kot. Tapi sekarang ?
Kalau yang amalkan begitu hingga sekarang, baguslah. Yang mana dah lama tinggalkan atau tak pernah buat tu, bolehlah cuba. Kenapa nak malu pulak. Isteri sendiri kan.
Setiap pagi sebelum suami meninggalkan rumah saya akan bersalam dan cium tangan suami, lepas tu dia akan cium pipi kiri dan kanan. Tak rasa kekok sebab memang kami amalkan sejak mula kahwin dulu.
Saya pernah dengar ceramah dari Ustaz Ismail Kamus, setiap kali suami meninggalkan isteri untuk pergi bekerja, ampunkan isteri tu dari segala kesalahan semalam, dan begitulah hari-hari berikutnya. Insyaallah isteri tu akan setia. Begitu juga suami, insyaallah isteri akan ingat selalu.
Jangan tinggalkan rumah dengan muka yang masam atau simpan perasaan yang tidak puas hati, apatah lagi merajuk.
Selamat mencuba. Jangan malu , nanti bila dah biasa, tak kan ada lagi rasa malu tu. Insyaallah
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:06 PM 2 comments
Labels: tips suami isteri
Stress Management
Salam semua pembaca blog mrslingerie.. wah... lama juga saya tak post artikel di sini yer... bukan apa, lately nih terlalu banyak kerja di pejabat sampaikan naik tension pun ada juga... so kali ini saya nak share cara2 saya release stress di kala rasa tekanan dah sampai kemuncak...
1) catitkan segalanya di dalam diary... saya akan luahkan segala yg terbuku dan terpendam di sanubari in my little diary... dalam tu tak kisah laa kan kita betul ker.. salah ker... yg penting kita boleh luahkan apa sahaja tanpa perlu berselindung and rasa bersalah... after all, the diary is not meant for others to read it.. so suka ati kita laa nak kata apa pun.. hehehe
2) pamper myself... biasanya bila ada any problem kat office yg buat saya tertekan, saya akan singgah ke saloon masa on the way nak balik umah... kebetulan ada hair saloon yg walking distance ajer from my house.. masa rambut kita disyampu dan leher diurut, mmg rasa lega sesangat and hilang sebentar masalah yg memberatkan kepala.. tambah pula sambil membelek2 majalah, terjumpa artikel yg bagus and memberi motivasi.. double kebaikan yg diperolehi...
selain ke saloon, saya juga gemar buat rawatan urutan badan tradisional dan lulur apabila tension.. tapi rawatan nih mmg saya make a point buat once a month, so tension atau tidak, saya tetap akan lakukannya...
3) minum coffee... well, i am a coffee addict... kalo hari biasa, i make sure to just have one mug a day.. tapi di kala tension, i'll have another mug.. but cara nih tak bagus coz coffee membuatkan kita lebih tense up sebenarnya.. but as i mentioned earlier, it's my way.. not necessary to be a good way... harap maklum
4)membelek koleksi lingerie... sound weird isn't it? but it's true... setiap kali saya melihat koleksi lingerie saya, datang rasa seronok... so tatkala saya rasa gundah gulana, saya akan buka kotak lingeries saya dan belek satu persatu.. sambil membelek tuh, saya akan pilih nak pakai yg mana bila tiba masa yg sesuai.. dan aktiviti yg seterusnya itu (faham2 laa aktiviti apa yer) juga merupakan one of the way saya release stress... and it works...
itu laa antara aktiviti yg biasa saya lakukan to handle my stress level... what about u guys out there.. mungkin ada cara yg bagus dan berkesan, boleh laa share...
Posted by dila at 9:32 AM 0 comments
H1N1- 291 kes sehingga July 4, 2009 - cegah sebelum kena
Salam semua kepada semua pembaca blog lingerie seksi ghairah suami - mrslingerie, Apa khabar semua. Bagaimana usaha anda untuk menambah keseksian pada mata suami. Harap ianya akan berjalan lancar.
291 kes sehingga July 4 2009, semakin lama semakin banyak. Angka tak rasmi sehingga hari ini July 5 2009 ialah sebanyak 329 kes. Wah banyak tu. Dalam suratkhabar semalam, saya lupa samada kosmo atau utusan, ada teguran mengenai sikap kita semua termasuk saya yang acuh tak acuh mengenai wabak H1NI ini. Rasanya betul lah tu, dengan mengharap kita tak masuk dalam statistik tersebut.
Antara punca jangkitan ialah melalui virus yang masuk melalui makanan yang kita pegang. Semalam saya beritahu husband, masa duduk semeja dengan kawan dia yang baru balik dari kebun. Tanpa basuh tangan, terus je mencubit roti canai yang dia order, terus masuk mulut.
Sebagai ingatan, sila basuh tangan kita sebelum memegang apa-apa yang akan disuapkan ke mulut. Ini adalah salah satu cara bagaimana virus ini menyerang. Basuhlah dengan sabun atau "handwash" yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Love
mrslingerie
*Layari website http://www.lingerie-power.com untuk membeli lingerie seksi pilihan anda, terdapat lebih dari 300 item
Posted by Seksi - mrslingerie at 5:28 AM 0 comments
Labels: tips kesihatan
*** BABYDOLL SEKSYEN UPDATE DENGAN DESIGN BARU ***
Salam kepada semua pembaca blog mrslingerie. Harap anda semua makin seksi. Untuk pengetahuan, saya dah update website http://www.lingerie-power.com bahagian babydoll. Ada lebih kurang 20 page kesemuanya, maknanya ada lebih kurang 200 jenis babydoll untuk anda pilih dan buat order.
Kebanyakannya adalah item pre-order. Sila pastikan anda faham apa maksud pre-order dengan membaca faq di http://www.lingerie-power.com/home.asp?dsp=faq terlebih dahulu. Pesanan akan saya lakukan pada 15 atau 17 Jul 2009.
Selamat bershopping dan berseksi dengan lingerie seksi.
*jangan lupa hari berlingerie kita khamis atau jumaat.
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 12:34 AM 0 comments
Labels: lingerie power website
Friday, July 3, 2009
Bilik tidur kawasan larangan
Salam kepada semua pembaca blog mrslingerie. Hari ni teringin pulak nak menulis pasal cerita bilik tidur. Mungkin sebab semalam saya tidur di bilik anak saya. Tiga orang semuanya, saya, suami dan anak saya yang sulung. Suami bentang tilam kecik kat lantai, saya dan anak atas katil. Baby kat bilik dia sendiri. Pasal air cond rosak kat bilik kami. Kat rumah saya kalau tak de air cond memang panas. Pasang kipas pun panas juga.
Terlintas nak cerita pasal privasi di bilik tidur. Semua orang faham rasanya, bilik tidur adalah kawasan yang paling terlarang dalam sesebuah rumahtangga.Atas apa alasan sekalipun jangan benarkan sesiapa masuk, walaupun anak-anak. Apatah lagi tidur bersama. Kalau penting sangat anak nak masuk bilik tidur, ajar mereka supaya ketuk dahulu dan beri salam. Begitulah cara saya mengajar anak-anak saya. Memang kalau tak ada sebab, mereka tak akan masuk ke bilik kami. Kalau sembahyang berjemaah pun kat bilik study suami.
Sebab di dalam bilik tidur, adalah tempat yang paling sesuai untuk kita "show our true colors". Bilik untuk kita berseksi depan suami. Bilik untuk suami menjamu mata dan bilik. Nak pakai lingerie seksi pun kat bilik tidurlah. Kalau kat luar pun pakai juga, tapi pakai sebagai pakaian dalam la. Bila dalam bilik,tanggalkan yang luar, tinggalkan yang dalam saja. Kan suka kalau suami selalu nampak begitu. Ini tidak, tadi kat luar pakai kain batik dengan t-shirt. Kat dalam bilik tanggal kain batik, pakai towel. Mana seksinya. Kat dalam bilik tidur biasakan pakai pakaian yang nipis-nipis dan singkat-singkat. Bagi suami jamu mata sikit.
Tapi kalau anak-anak dah selalu keluar masuk, macamana nak buat kan. Segan kat anak la pulak. Last-last lingerie seksi yang dibeli hanya jadi penunggu almari.Tidak dipakai.
Mulai hari ini, tegahlah anak-anak dari masuk ke bilik tidur kita. Kalau perlu sangat, ketuk dahulu dan bagi salam. Selalu kunci bilik tidur.
Atas apa alasan sekalipun, anak-anak tidak dibenarkan masuk ke bilik tidur kita kecuali atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Suami kita pun perlukan privasi, dan di bilik tidurlah tempat yang paling sesuai.
Sediakan kemudahan yang secukupnya kat bilik tidur anak seperti meja studi, lampu tidur,kipas atau air cond, kalau tak jadi halangan sediakan tv juga (kena kawal tv ni). hiaslah dengan cantik supaya dia suka masuk bilik dia, bukan bilik kita.
Selamat mencuba dan selamat menjalani kehidupan sebenar sebagai suami isteri
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:39 PM 0 comments
Labels: tips di bilik tidur
*** LINGERIE PRE-ORDER ***
Salam semua kepada semua pembaca blog mrslingerie. Disebabkan sejak kebelakangan ini terlalu banyak permintaan untuk lingerie-lingerie design baru dan saya pula tak tau design macamana yang anda semua mahu, maka dengan ini saya akan buka untuk pre-order. Sama seperti masa mula-mula saya launch website lingerie power pada Jul 2007 dahulu.
pre-order bermakna, item tidak ada dalam stock saya, tetapi berada dalam stock pembekal. Kalau nak kira berapa banyak, memang banyak la design. Macam-macam.
Saya akan buat pesanan dua kali dalam sebulan iaitu pada 15 dan 30 hb. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih banyak pilihan. Lagi satu, anda tidak perlu bayar penuh. Apabila anda membuat tempahan, hanya perlu bayar separuh sahaja. Apabila barang sampai barulah dijelaskan bakinya, beserta kos penghantaran.
Cuma dengan cara ni, anda kena tunggulah sikit. So mulai esok sabtu 05 Jul 2009 saya akan masukkan sikit demi sikit design-design lingerie seksi yang baru supaya anda mendapat lebih banyak pilihan.
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:01 AM 1 comments
Labels: lingerie power website
* * * * PEMBELIAN BERKUMPULAN HIGH HEEL KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN * * * * *
Saya dengan ini dengan sukacitanya mengumumkan , mulai hari ini, 03 Jul 2009, sesiapa yang berminat untuk membeli high heel seperti yang di publish, bolehlah berbuat demikian. Saya akan tunggu sehingga sekurang-kurangnya ada order untuk 5 pasang dahulu, ataupun saya akan teruskan order untuk saya sendiri pada 15 atau 17 Julai nanti.memandangkan ini adalah order yang pertama melibatkan secara berkumpulan, saya tak dapat buat estimate, bila agaknya pesanan anda akan diterima. Tapi kalau ikutkan cara saya sebelum ini, tak sampai sebulan.
Sila pastikan anda membuat pilihan saiz yang betul dengan melayari link berikut
http://www.lingerie-power.com/blog/chartsizes.jpg
Sila pastikan anda juga faham dengan syarat dan tatacara pembelian melalui posting saya sebelum ini. Selamat bertumit tinggi.
Layari sekarang http://www.lingerie-power.com/home.asp?dsp=browse&group=hh&page=1
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 1:51 AM 0 comments
Labels: group buy high heel
Wednesday, July 1, 2009
Update - Group buy pembelian high heel
Alhamdulilla, setelah berhempas pulas, bersengkang mata dan bersengkang itu dan ini, akhirnya update untuk group high heel sudah selesai. Harga, saiz dan warna. Dengan kesuntukan waktu yang saya terpaksa lalui, berjaya juga ianya di selesaikan. Insyaallah saya akan buka untuk order pada atau sebelum 3 Jul 2009.
Sebelum tu, kepada yang berminat sila baca dahulu situasi mengenai pembelian high heel ini.
1.Tujuan group buy ini adalah untuk mengurangkan kos penghantaran. Jadi kalau beli sekali ianya boleh dijimatkan
2.Saya tidak simpan stock kerana kos yang tinggi
3.Saya tak markup harga. Saya cuma kenakan caj USD5 untuk pengurusan, selebihnya adalah USD12 untuk penghantaran dari pembekal (US) ke Malaysia. USD12 adalah kos minima berkemungkinan ianya boleh sampai hingga USD20. Maknanya harga sebenar (USD) adalah
harga dalam RM/3.6 -USD12-USD5. Sekiranya kos penghantaran melebihi USD12, saya akan minta lagi tambahan tersebut. Sekiranya ada kos dari kastam, ianya juga akan dikenakan.
4.Harga tidak termasuk penghantaran dari saya kepada anda. Jadual kos penghantaran akan di update dalam website
5.Pembayaran adalah penuh.
6.Item yang dibeli adalah final, tidak boleh refund atau tukar.
7.Tidak ada jaminan stock sentiasa ada. Semuanya bergantung kepada pembekal. Anda akan dimaklumkan sekiranya tiada stock
7.Saiz, sila pastikan anda memilih saiz yang betul kerana item tidak boleh ditukar atau refund,saiz yang dipaparkan adalah saiz US/CANADA. Kita dimalaysia menggunakan saiz UK. Rujuk table saiz betul-betul di http://www.lingerie-power.com/blog/chartsizes.jpg.
Untuk order yang pertama ini, saya akan buat pada 15 Jun 2009. Saya akan maklumkan dari semasa ke semasa bila pembelian akan dilakukan. Untuk permulaan hanya 6 pasang sahaja yang boleh dipesan dengan harapan kos kastam tidak dikenakan. Sila benarkan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 hari untuk urusan pembelian. Anda tidak perlu hubungi saya untuk bertanyakan status, sebaliknya saya akan menghantar email pada anda dan beritahu statusnya.
disebabkan harga high heel ini adalah mahal, anda diminta supaya berhati-hati dalam pemilihan saiz. Harap maklum
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 1:21 AM 0 comments
Labels: high heel
Tuesday, June 30, 2009
Enam peringkat hubungan intim suami isteri
Pakar-pakar agama menyatakan ada 6 peringkat hubungan intim perkahwinan.
Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.
Kedua bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-5 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena . Kadang-kadang boleh berkahir dengan perceraian.
Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.
Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.
Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.
Keenam dan yang terkahir, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah rahmah iaitu kasih sayang antara suami isteri. Biasanya pada periingkat keenam ini, warga emas. Harap saya sendiri akan sampai ke tahap ini. Insyaallah.
Dimanakah peringkat anda sekarang dan dimanakah peringkat saya ?
*dipetik dan diolah dengan kebenaran penulis asal dari forum saya di
http://mrslingerie.ning.com/forum/topics/6-peringkat-hubungan-intim
Terimakasih aiman
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:37 AM 0 comments
Labels: tips suami isteri
Monday, June 29, 2009
Tampil cantik,sihat dan bertenaga
Berapakah usia anda sekarang ? 25,30,35,40,40+++. Pernahkah anda terfikir semakin meningkat usia, maka semakin meningkatlah usaha kita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Adakah kita hanya pasrah membiarkan kulit cantik kita dimakan usia. Perut yang mula kehadapan atau kedut yang mula kelihatan. Sekadar hanya befikir tanpa berusaha dengan disiplin tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Ok mari kita lupakan sebentar usia sebenar kita. Perubahan positif perlu dilakukan pada kehidupan dan tabiat. Cantik dan muda selalu
1.Duduk dengan betul
Duduk pada kedudukan yang betul akan memberikan bentuk badan yang menarik dan enak dipandang. Berkeyakinan serta bertenaga. Duduk terlalu lama pada kedudukan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan masalah urat serta masalah kesihatan yang lain. Yoga adalah salah satu cara untuk membetulkan cara kita duduk.
2.Jaga gigi anda.
Kita digalakkan membuat lawatan dan rawatan di klinik sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun. Janganlah tunggu bila dah sakit baru nak jumpa doktor. Cucilah gigi anda 2 kali atau sekali setahun di klinik gigi. Ia juga boleh mengelakkan nafas berbau.
3.Selalulah ketawa.
ketawa penawar duka. Petua mengatakan ketawa boleh awet muda. Sejauh mana kebenarannya saya tak pasti. Tetapi tak salah kalau ketawa kerana ini menunjukkan seseorang itu sentiasa ceria dan orang akan suka mendampingi kita. Tetapi jangan "ketawakan" orang. Apatah lagi ketawakan suami.
4.Kerap berjalan
Selagi larat, rajin-rajinlah berjalan. 15 hingga 30 minit sehari sudah cukup. Ia akan menguatkan otot.
5.Kawal makan dan makan yang berkhasiat.
kawal makan , bukanlah maknanya tak makan, tetapi makanlah secukupnya. Bukan makan yang tak cukup-cukup. Makan yang berzat dan berkhasiat.Kurangkan pengambilan makanan segera dan elakkan minum ais.
6.Kurangkan kopi, teh,coklat dan gula.
7.Makanan tambahan.
Bukan tambah makan, tetapi ambil suplimen. Banyak yang dijual di pasaran. Saya amalkan vita-c,multivitamin,zinc dari shaklee. Saya tak jual produk ini. Ada juga produk lain, amway dsb.
8.Tidur cukup.
Bergantung pada individu. Macam saya cukup hanya 5 jam sahaja untuk tidur. Jangan terlebih tidur, nanti jadi malas. Jangan makan larut malam, nanti susah tidur. Sesekali kalau nak candle light dinner tu bolehlah.
9.Berpakaian kemas dan terurus.
OK itu saja antara tips yang saya nak kongsikan bersama anda, mungkin anda ada cara lain yang boleh kita kongsi, silalah email pada saya . Benda baik elok kita beritahu pada orang lain
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 4:31 AM 0 comments
Labels: tips kesihatan
Hari berlingerie, khamis atau Jumaat
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog mrslingerie. Dah lama saya tak update blog ni. Tersangatlah sibuknya. Petang ni baru berkesempatan. Baby yang semakin membesar. Baru tumbuh gigi 2 batang.
Ok. Saya suka nak memberikan cadangan supaya sama sama kita wujudkan hari berlingerie seksi. Maknanya pada hari itu kita pakai lingerie seksi samada nak pergi kerja atau pergi kemana-mana lah. Ooppsss... maksud saya bukanlah dengan hanya memakai lingerie seksi sebagai pakaian ke pejabat, tak pasal-pasal kena tangkap nanti.
Maksud saya ialah, pada hari itu, kita pakai lingerie seksi sebagai pakaian kat dalam dan kat luarnya pakailah pakaian biasa. Juga jangan lupa high heel sekurang-kurangnya 3 atau 4 inci dilengkapi dengan stocking dan garter belt sekiranya ada. Kalau nak lebih cun lagi, pakailah lingerie seksi yang dibeli dari website lingerie-power.
Pemakaiannya adalah pada hari rabu atau hari khamis. Dan lingerie seksi itulah yang digunakan semula pada malamnya. Ini sebagai tanda sokongan anda semua pada blog ini. Nampak idea ni macam tak masuk akal, tapi apa salahnya kalau mencuba. Saya sendiri dah mulakan. Iaitu pada hari khamis, cuma saya tak bekerja, jadi terpaksalah saya pakai kat rumah je.
Antara lingerie seksi yang sesuai adalah
1.Bodystocking
2.Teddy
3.Korset
4.Garter belt
5.Thigh high stocking
6.High heel
Jadi pakailah lingerie seksi pada salah satu dari hari-hari tersebut. Rabu atau Khamis sebagai tanda sokongan anda pada blog ini. Apalah erti blog ini tanpa anda semua.
***pstt:pastikan suami tahu apa yang anda pakai
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 1:16 AM 1 comments
Labels: tips di bilik tidur
Wednesday, June 24, 2009
Women | Power...
Salam kepada semua pembaca blog Mrslingerieonline.com
Vah vah vah, lama tak ada update kat c ni ek? Maklumlah dah nak dekat hujung bulan dan pertengahan tahun, kesibukan tu lebih sikit dari biasa....Hah jangan terkeZut pula bila tengok title kat atas ni, ya .... Saja buat gempaQ skit-skit... :D
Oklah, kat sini saya nak share sesuatu dari 1 email yang saya terima baru-baru ni... Semoga ianya sedikit sebanyak dpt memberikan kita ilmu + pengetahuan. Mana2 yang boleh di'apply'kan dalam kehidupan seharian, jomlah kita sama2 praktikkan, ya! :-)
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.
Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki
boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina lelaki disebabkan
daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. Dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan
yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami
dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya
lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya, Rasulllah?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula kemuliaan yang diberikan Allah S.W.T. sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah S.A.W. :-
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)
Posted by Da|sy_Hanny at 10:40 PM 0 comments
Labels: umum
Saturday, June 13, 2009
Lagi Cerita Tentang SPA...
Salam kepada semua pembaca blog
Mrslingerieonline.com
Posting terdahulu mengenai rawatan di spa disambung lagi pada entry kali ini.
Di sini dipaparkan maklumat/info tentang beberapa buah spa yang beroperasi di kawasan Lembah Klang.
Anda boleh mendapatkan maklumat/info yang terperinci dengan melayari laman web mereka. Ada di antara spa yang menawarkan promosi dengan pakej yang meliputi rawatan dari hujung rambut hingga ke kaki dengan harga yang begitu murah untuk jangkamasa terhad. Apa ditunggu lagi kerana inilah waktunya untuk anda meMANJAkan diri , meRELAXkan minda dan memBEBASkan segala tekanan setelah seharian bekerja.
Anda boleh membuat perbandingan harga dari satu spa dengan yang lain berdasarkan rawatan/pakej yang ditawarkan. Namun, harus diingat bahawa rawatan/pakej yang ditawarkan adalah berlainan di antara satu spa dengan yang lain. Setelah itu, anda bolehlah membuat pilihan berdasarkan kehendak diri selain daripada faktor ‘budget’ (bajet) yang juga perlu diambil kira.
Tetapi bagi saya, adalah tidak salah sesekali melaburkan sejumlah $$$ untuk ke spa iaitu sekali untuk sebulan atau sekali dalam jangkamasa 2 bulan(dapat pergi tiap2 bulan tu laaagi bagus….. hai bertuah badan!). Setakat jumlah serendah RM100-RM200 (terutama ketika ada promosi) ~ merupakan waktu terbaik untuk anda melawat ke spa berkenaan.
Mungkin bagi sesetengah orang, rawatan ke spa tidak perlu dilakukan. Mungkin apabila kita bercerita dengan rakan-rakan tentang pengalaman kita yang telah mengunjungi tempat-tempat sedemikian, ada yang beranggapan ianya hanya membazirkan wang. Sebenarnya, semua ini terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan dalam hal ini. Namun, bagi diri saya yang telah mula berjinak-jinak dan terLIBAT secara tidak langsung, ianya memberikan satu kepuasan pada diri sendiri. Teringat kisah diri saya yang mula-mula untuk mencuba bersauna. Ada yang bercerita, keadaan bersauna itu punyalah panas…Ada yang cuma bertahan selama 15-20 minit dari waktu sebenar yang disarankan. Ada juga mengatakan boleh pengsan akibat bersauna. Itu semua hanya cakap-cakap. Untuk mengetahui tentang amalan bersauna, saya mula melayari di laman web untuk mendapat sedikit info/idea/gambaran tentang apa itu sauna, mitos dan kebaikannya.
Setelah melaluinya dan mencubanya sendiri. Waaah, best pulak rasanya bersauna ni, ek? Tak la rasa terlalu panas dan untuk the 1st trial dan saya mampu bertahan sehingga ke ½ jam iaitu waktu yang disarankan. Not bad! Peluh memang mericik-ricik, U....... (Hahaha, rasa macam kena ‘salai’ hidup-hidup pulak…hihihi)…Malah pada malam itu saya tidur dengan begitu nyenyak sekali!
Nak cantik dan anggun punya pasal ~ rasa susah itu ditolak ketepi....Yang untung dan mendapat manafaat adalah untuk diri sendiri juga!
Opss! Hampir terlupa pada petang semalam merupakan hari saya berkunjung ke spa. Hmm, seronok dapat memanjakan diri dan dimanjakan dalam suasana santai dan damai itu. Sewaktu melihat flyer yang terlekat pada notice board di spa itu, ada pula promosi yang telah menarik perhatian saya. Silap-silap akhir bulan ini, tidak mustahil saya akan berkunjung ke sana lagi. :-)
Jom kita BERSPA agar tampil sihat, langsing dan anggun.
1) Cinta Sari TradiSpa
cintasaritradispa
2) Seputeh Kapas Spa
seputehkapasSpa
3) Sembunyi Spa, CYBERVIEW LODGE, Cyberjaya
sembunyispa
4) Spa Maya, Rawang
spamaya
5) Energy Spa, Great Eastern Mall, Ampang
energyspa
6) Kapas Beauty Spa
kapasbeautyspa
Posted by Da|sy_Hanny at 12:04 PM 1 comments
Labels: spa
Friday, June 12, 2009
Tahniah, anda telah memenangi "KUPON CINTA"
Saya menerima cadangan dari salah seorang ahli forum saya(mawar) iaitu di
http://mrslingerie.ning.com/forum/topics/tahniah-anda-telah-memenangi
mengenai cadangan beliau untuk mewujudkan kupon khas suami isteri. Kupon ini adalah berbentuk email atau SMS dimana isteri akan menghantar kupon melalui email kepada suami untuk sebarang tujuan. Tapi pemberian kupon ini adalah bersyarat.
Sebagai contoh kupon yang berbunyi begini
"Tahniah, ABC(Suami)
Isteri anda XYZ(isteri), telah memberikan [KUPON CINTA] kepada anda iaitu
1.Makan malam istimewa dengan berkostum french maid
2.Mandi bersama
3.Urutan mesra selama 1 jam
4.bla
5.bla
Walaubagaimanpun kupon ini hanya sah digunakan setelah syarat-syarat berikut dipatuhi
1.Tolong siram bunga pada tarikh
2.Tolong Basuh pinggan mangkuk
3.Tolong kemas rumah
5.bla
6.bla
"
Begitulah lebih kurang bunyinya. Saya sangat suka dengan idea ini dan tak pernah memikirkannya. Setelah dibincangkan ramai-ramai dalam forum maka saya telah bercadang untuk mewujudkan website khas untuk projek [KUPON CINTA] ini.
Ini juga adalah salah satu antara tarikan untuk menambah mesra dalam hubungan intim suami isteri. Harapnya begitulah. Sebab kadang-kadang isteri juga perlu kreatif bagi menambahkan kelainan.
Buat sementara ni, projek [KUPON CINTA] hanyalah untuk dihantar oleh steri kepada suaminya sahaja. Selepas ini akan menyusul kupon permintaan pula yang diberikan.
Tunggu lah , saya akan anounce addressnya bila projek ni selesai. Thanks to my lovely husband kerana setuju dengan idea ni, dan dia pun bersetuju untuk tolong buatkan website.
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 3:25 AM 0 comments
Labels: husband dinner
Wednesday, June 10, 2009
Special Gift
Dalam bulan 6 nih begitu banyak saya terima jemputan perkahwinan... ada yg datangnya dr kawan2 saya, kawan2 hubby dan sedara-mara.... so far bila kawan2 saya kahwin, saya lebih suka belikan hadiah daripada bg duit... antara brg2 yg biasa saya hadiahkan macam bed sheet, frame perhiasan (saya suka pilih ayat seribu dinar utk dihadiahkan), barangan kaca ataupun perhiasan rumah yg comel2...
sejak saya beranak dua nih, agak terbatas laa masa saya utk bershopping... kadang2 tak sempat pilih barang, anak dah buat hal.. tu yg at last tangkap muat jer tuh... tapi kini, saya dah ketemu penyelesaiannya....
sekarang nih, asal saya dapat jer kad jemputan kahwin dr rakan2 perempuan saya, saya hanya perlu layari laman web lingeriepower.com... di sana saya boleh pilih lingerie yg saya rasakan sesuai untuk dihadiahkan pd kawan2.. kalau anak meragam pun, anytime saya boleh stop and sambung shopping bila keadaan dah tenang... yer... saya sangat suka dengan minat terbaru saya ni.. iaitu menghadiahkan lingerie pd kawan2 yg nak berkahwin... saya akan pilih ikut karakter kawan saya tu.. kalau luarannya nampak yg jenis malu2, saya akan belikan babydoll yg sweet2 gitu... kalo yg open minded sket, saya belikan garter belt or body stocking... tapi, bg yg bujang2 pun dah kinky semacam, saya akan hadiahkan teddy yg paaaliiing seksi...
selain drpd memudahkan saya membeli hadiah, saya ada niat tersendiri kenapa saya pilih lingerie sbg hadiah... kerana saya ingin kongsi dengan kawan2 saya kebaikan yg saya perolehi setelah saya mula memakai lingerie.... hmm... saya rasa laa kan... 90% lelaki mmg suka bila isteri mereka bergaya seksi lebih2 lagi jika seksi hanya untuk suami... mungkin bg yg baru berkahwin tu, mmg laa asal tersentuh je dah on... tapi sengaja saya hadiahkan lingerie skrg supaya tak timbul soal malu di kemudian hari... insya Allah...
oh ya, mungkin ada di antara pembaca yg beranggapan, saya ni dah 'kauteam' ngan mrs untuk promote lingerie yg beliau jual... sesungguhnya mrs tak pernah minta saya buat begitu.. apa yg saya kongsikan di sini, semuanya ikhlas dari hati saya.. kerana saya rasa sangat seronok apabila dapat beri yg terbaik buat hubby, jadi saya harap kawan2 saya juga dapat merasakan apa yg saya dan mrs telah alami dan saya juga mengharapkan lebih ramai suami di luar sana dapat menikmati layanan terbaik daripada isteri2 mereka....
Apapun saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat semua pembaca yang baru melangsungkan perkahwinan dan Selamat Terus Kekal Ibarat Pengantin Baru buat pembaca yang telah lama berkahwin dan beranak pinak.. Moga2 kebahagian menjadi milik kita semua dunia dan akhirat....
Posted by dila at 2:51 AM 0 comments
Tuesday, June 9, 2009
Rawatan di Spa....
Salam kembali untuk semua pembaca blog Mrslingerieonline.com,
Saya terpanggil untuk menulis [menaip sebenarnya :)]tentang rawatan di spa
semetelah perbincangan dengan beberapa orang users pada beberapa hari yang lepas di ruang sembang - chatroom di MRSLINGERIE.NING.COM
Mungkin di antara kita pernah mendengar dan tahu tentang rawatan facial/mandi bunga/mandi lulur/mandi rempah/mandi susu (Opps! Alahai! Berapa banyak mandi daaa... :p) selain daripada rawatan pedicure dan manicure, sauna dan body massage malah banyak lagi perkhidmatan yg disediakan di kebanyakan pusat2 kecantikan, salon atau kini disebut dalam bahasa yang lebih modern dan class iaitu Spa.
Daripada perbualan di ruangan sembang tempoh hari, ada juga yg memberitahu belum pernah menjejakkan kaki di tempat2 sebegitu. Mungkin juga kerana takut2 utk mencuba atau barangkali kerana ianya bukanlah merupakan 1 rutin, jadi amalan utk berSpa itu tidak ada di dalam kamus kehidupan. Tetapi itu bukanlah menjadi persoalan kerana sesiapa sahaja boleh membuat rawatan yg diingini dan pada bila2 masa tanpa mengenali umur, jantina / status.
Dengan cara membuat rawatan diri inilah merupakan 1 cara utk kita MEMANJAKAN diri setelah penat bekerja... Ingat, badan kita ni tak macam kenderaan yang ada spare-parts/accessories yg boleh diganti (atau ada warranty) jika salah satu bahagian badan mengalami kecederaan. Oleh itu kita haruslah mula memberi peluang pada tubuh badan kita relax dan dan mengembalikan kesegaran dengan secara santai begini.
Banyak pakej yg ditawarkan dari Spa yg boleh didapati dengan mudah di hampir semua bandar2 besar di Malaysia. Dari serendah RM50 hinggalah ke pakej yg bertaraf tinggi. Harga rawatan biasanya berlainan dari satu spa dengan yang lain. Namun, mungkin ada yang beranggapan kos rawatan di spa agak mahal. Apa yang boleh dicadangkan di sini adalah, anda boleh meninjau beberapa buah spa dan kemudian bolehlah membuat perbandingan harga serta rawatan yg ditawarkan. Kebiasaannya banyak spa mengadakan promosi bulanan atau mingguan utk semua rawatan termasuklah semasa musim perkahwinan. Ya, kebanyakan spa ada menawarkan pakej utk bakal2 pengantin - rawatan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Wah! Tentu best kan, dapat manja2kan diri dan dilayan pula bagaikan tuan puteri setelah sign up dengan bridal package di spa, 1-2 bulan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan....... Mungkin Mrs Lingerie dan Dila dapat berkongsi experience (jika ada) tentang hal ini. :-)
Setakat ini saya ada juga berkunjung ke spa utk meRELAXkan diri. Amalan biasa merupakan rawatan facial, mandi bunga dan bersauna. Memadailah melakukan rutin ini sebulan sekali melainkan jika anda ada terlebih ongko$, boleh la berkunjung ke spa tersebut 2-3 kali sebulan.
Saya pun dah membuat temujanji untuk ke spa pada petang 12/06/09 ini ~ Ayuh, apa ditunggu lagi .... ~ jomlah BerSPA...
Posted by Da|sy_Hanny at 2:02 AM 1 comments
Labels: spa
Tips Keselamatan Diri dan Sekeliling...
Salam kepada semua pembaca blog Mrslingerieonline.com
Dewasa ini kita sering diwar-warkan melalui media massa tentang kes ugutan, pembunuhan dan kes jenayah yg lain ; tidak kiralah melalui media cetak mahupun media elektronik.
Apabila berbicara tentang soal keselamatan, adalah perlu kita menjaga keselamatan diri sendiri, keluarga dan termasuklah orang-orang yang berada di sekeliling sebagai seorang ahli masyarakat yang prihatin.
Berikut adalah TIPS keselamatan dan peringatan dalam menatangani kejadian yg tidak diingin dari berlaku ;-
~> Ketika menggunakan mesin ATM, peka pada keadaan sekeliling dan perhatikan jika
ada kelibat orang-orang yg mencurigakan.
~> Jika anda perasan ada seseorang yang sedang menunggu dan memerhatikan dari luar
kawasan mesin ATM, elakkan / jauhi dari menggunakan perkhidmatan di situ.
Tinggalkan kawasan itu dan laporkan kepada pihak polis dengan segera kerana
tindakan anda itu dapat membantu orang lain daripada menjadi mangsa.
~> Berjalan di dalam kawasan yang bercahaya.
~> Elakkan dari berjalan seorang diri.
~> Elakkan dari 'merayau-rayau' / menggunakan kawasan yg telah disenarai-hitamkan.
~> Bawa hanya barangan yg diperlukan di dalam dompet / tas tangan.
~> Elakkan dari membawa barangan yg bernilai / jumlah wang yang banyak.
~> Elakkan dari menggunakan jalan pintas menerusi lorong / jalan yg gelap / kawasan
yang tidak berpenghuni.
~> Sekiranya anda berjalan kaki, berjalanlah di tepi jalan raya dengan cara menentang
arus lalu lintas.
~> Senantiasa berfikiran ke hadapan. Contoh : Ketika anda di dalam perjalanan pada
waktu malam, sediakan kunci pada tangan anda untuk memasuki rumah / kereta.
~> Kunci pintu dengan kadar segera setelah anda memasuki kenderaan.
~> Gunakan wisel untuk mendapatkan perhatian sekiranya berlaku hal kecemasan.
~> Gunakan 'pepper spray' apabila diperlukan.
~> Nasihat yang dicadangkan adalah agar anda bekerjasama apabila berhadapan dengan
penjenayah kerana dengan cara ini dapat mengurangkan risiko untuk mendapat
kecederaan.
Posted by Da|sy_Hanny at 1:25 AM 0 comments
Labels: umum
Sunday, June 7, 2009
Update- pembelian High heel seksi (list baru)
Wah, penat betul la !! sakit jari-jari menaip. Kali ni anda boleh lihat update baru tentang cadangan saya nak buat pembelian high heel secara berkumpulan. Seperti mana yang saya katakan dahulu, tujuan group buy ini adalah untuk berkongsi kos penghantaran dan cukai kastam yang akan dikenakan (sekiranya ada).
Kos penghantaran memang mahal, untuk pengetahuan. Terdapat lebih dari 120+ jenis high heel dari kumpulan 5,6 dan ada juga 6.5 inci untuk anda pilih. Sila layari
http://www.lingerie-power.com/home.asp?dsp=browse&group=hh&page=1
untuk lihat-lihat dulu. Tak lama lagi saya akan masukkan high heel 4 inci dan platform heel pulak. Selamat menjamu mata.
love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:14 AM 0 comments
Labels: group buy high heel
Friday, June 5, 2009
Program pelangsingan - RM999 offer oleh Marie France
Tadi petang, masa balik dari buat treatment kat marie france Damansara Utama, ternampak satu banner kat depan premis tu. RM999. Wah murah tu. Cepat-cepat suruh husband berhentikan kereta. Masuk balik dan tanya pada pengurus.
Apa yang RM999 tu. Kena tanya jugalah kan. Kenapa yang ni murah, berbanding dengan yang saya ambik tu sampai RM3000. Dia kata RM999 tu ialah untuk wrapping sahaja dalam masa 30 hari. Dia tanya ada kawan-kawan nak ke. Saya kata ramai...
Kepada sesiapa yang nak mencuba program pelangsingan oleh marie france pergilah ke mana-mana cawangan dan tanyakan yang pasal RM999 tu. Saya lupa tanya offer tu valid sampai bila.Sori. Saya bukan nak promote marie france. Hanya sekadar berkongsi untuk kebaikan kita. Bukan senang nak cantik, bukan murah nak slim semula.
Maklumat lanjut boleh hubungi nombor telefon seperti dalam gambar. Klik untuk gambar besar
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:02 AM 1 comments
Labels: marie france pelangsingan
Kalau dah langsing pakailah apa saja
Banyak kelebihan untuk kita dan suami kalau mempunyai bentuk badan yang cantik, langsing dan menggiurkan. Yang pasti ialah fesyen, berbagai-bagai boleh kita sarungkan. Tak kiralah apa pun. Kebaya, kurung moden. Macam-macam. Antara yang saya boleh senaraikan disini ialah
Dari sudut diri sendiri
1.Rasa yakin diri (confident) sentiasa ada.
2.Rasa sentiasa cantik/lawa
3.Kita tidak ada rasa rendah diri (tapi jangan pula tinggi diri)
4.Sentiasa suka melawa, berfesyen
Dari sudut suami
1.Bangga mempunyai isteri yang masih bergetah macam anak dara dulu
2.Sentiasa senang melihat bentuk badan isteri
3.Suami pun akan melawa juga sebab isteri dah langsing/lawa. Kurang-kurangnya dia akan buat smart juga untuk kita.
Dari sudut bilik tidur
1.Sebarang lingerie seksi yang cantik sesuai disarungkan. Babydoll,teddy,gown,seksi korset. Bikini sekalipun boleh
2.Suami cepat ghairah dengan keseksian kita
3. Suami isteri semangat antara satu sama lain sebab sama-sama ghairah
Dari sudut lain-lain
1.Senang memilih pakaian, tak kiralah pakaian apa pun. Mudah didapati dan murah. Banyak dijual. Tak perlu pergi banyak tempat nak pilih pakaian. Jimat petrol.
2.Senang nak mintak suami bayar, sebab yang nak tengok pun dia jugak kan.
Kalau nak senaraikan , memang banyak lagi.Tapi idea nak tulis tu kurang. Jadi inilah saja yang dapat saya kongsikan bersama anda semua.
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 3:15 AM 0 comments
Labels: jaga badan
Thursday, June 4, 2009
Chat room di forum
Kepada pembaca semua, sebenarnya dah lama saya wujudkan ruangan chat di forum saya di http://mrslingerie.ning.com/. Tujuannya ialah untuk mengenali sesama sendiri atau untuk membuat pertanyaan secara terus kepada ahli-ahli forum ini.
Kalau anda perasan, ruangan chat di blog ini sudah tiada. Ini kerana saya hanya nak maintain satu ruangan chat sahaja. Saya harap anda dapat gunakan ruangan chat ini dengan sebaik-baiknya. Jangan gunakan untuk mengganggu ahli ahli forum yang lain.
Buat masa sekarang, ruangan chat ni tak berapa aktif. Hanya ada segelintir sahaja ahli tetap yang ada online. Kalau malam tu insyaallah ada la 3-4 orang. Kalau boleh saya nak ramai-ramai. Baru meriah sikit kan.
Kalau ada kelapangan dipersilakan menyertai yang lain untuk chating. Banyak info yang boleh kita dapat kalau digunakan dengan sebaik-baiknya.
Gunakanlah ruangan chat ini dengan sebaik-baiknya. Tak payah saya bagi undang-undang atau syarat. Faham faham sendiri dah la ok
Ruangan chat di forum tersebut boleh dicapai mealui link berikut iaitu
http://mrslingerie.ning.com/chat/index/popOutWindow
ataupun melalui ruangan forum itu sendiri seperti dalam gambarajah dibawah

Mari kita chat ramai-ramai ye
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 12:59 AM 0 comments
Tuesday, June 2, 2009
tips lingerie bilik tidur (silap-silap tak keluar bilik)
Hubungan seks suami isteri bukanlah dianggap satu kerja tetapi lebih dianggap sebagai satu "event". Dimana persediaan perlu dilakukan dari peringkat awal. Samalah seperti nak adakan kenduri kahwin.Lihatlah bagaimana ibubapa kita sibuk kehulu kehilir untuk memastikan majlis perkahwinan anak mereka berjalan lancar tanpa gangguan.
Samalah seperti hubungan seks suami isteri, ianya bukanlah seperti kerja "one off" yang boleh dilakukan bila bila masa tanpa persediaan.
Hubungan seks suami isteri boleh dikatakan sebagai satu seni. Seni menggoda. Tidak boleh ditafsir atau diukur.Hanya individu terlibat sahaja yang tahu bagaimana nak menjadikan hubungan seks itu sebagai berkualiti. Kita mahukan kualiti dan bukan kuantiti. Tapi kalau ada kualiti dan kuantiti pun adalah lebih bagus.
Disini saya senaraikan tips-tips yang boleh kita cuba . Antaranya ialah
1.Sentiasa berusaha supaya matanya memandang pada anda, mungkin anda boleh cuba dengan membuka pakaian helai demi helai secara perlahan-lahan sambil berlenggok liuk dengan aksi yang menghairahkan. Tapi jangan buka hingga habis. Tinggalkan hanya lingerie seksi anda sahaja.
2.Lampu bilik yang tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap, tapi pastikan yang dia boleh melihat sepenuhnya keseksian tubuh anda.
3.Guna pewangi yang lain dari pewangi yang anda gunakan hari-hari. Sebaiknya sediakan khas pewangi yang hanya akan digunakan apabila bercadang untuk melalukan hubungan intim.
4.Optional, muizk yang perlahan. Jangan pasang lagu joget
5.Dakap suami dengan penuh nafsu. (Anda mestilah mempuyai keinginan tetlebih dahulu. Kita bincang pasal perkara ni kemudian di forum nanti
6.Tinggalkan bekas gigitan nakal anda pada leher atau bahagian bahagian lain yang disukainya. Jangan gigit macam nak gigit buah epal nanti tak pasal-pasal naik penampar . Sudah tentu dia akan teringat pada anda bila melihat bekas "gigitan" nakal anda itu, dan sekaligus akan mengingatkan betapa hebatnya anda.
7.Jangan terus bertelanjang bulat, sebalikya ikutlah petua pertama. Sarungkan lingerie seksi anda terlebih dahulu. Di luarnya pakailah gown atau apa-apa custom yang jarang anda pakai yang boleh menutup lingerie seksi anda tadi.
8.Jangan memakai lingerie seksi yang sama, sebaliknya pelbagaikan. Tak salah kalau pakai custom nurse atau set pengantin (bridal set lengkap dengan garter belt dan stokin)
9. Kalau nak sesuatu yang baru, cubalah pakai kasut bertumit tinggi semasa di bilik tidur. Tinggi 4 hingga 6 inci.
10. Biarkan pakaian dalam atau lingerie anda di atas katil.Suami mudah terangsang dengan pakaian dalam atau lingerie seksi kita.
11.Jika anda mahu memakai pakaian dalam samada panty atau coli, pakailah dihadapannya.Kalau nak bukak pun, bukaklah depan dia.
12.Ikut kesesuaian, setengah suami lebih suka membiarkan lingerie kita melekat dibadan semasa permainan. Kalau suami suka "naked" bukalah perlahan-lahan sambil beraksi ghairah sekali sekala biar dia membukanya sendiri.
13.Sekali sekala bertindak agresif, anda yang mulakan dulu. Jangan hanya menunggu.
14.Kalau suami bertugas di luar kawasan/out station, bekalkan lingerie anda padanya (yang ni saya selalu buat)
14.Tak salah mencuba tips dari Dila, menari .
Mungkin anda ada tips-tips lain. Kalau ada silakan kita berkongsi disini.
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 1:56 AM 1 comments
Labels: tips di bilik tidur
Monday, June 1, 2009
Group buy High heel (Update)
Dalam usaha saya untuk merealisasikan tujuan di atas, disini saya bagi kemaskini sedikit gambar-gambar yang boleh anda pilih untuk kita sama-sama buat pembelian high heel kita nanti. Ada banyak lagi gambar-gambar yang akan saya upload nanti, cuma masa kurang mengizinkan so apa yang ada, inilah dulu yang dapat.
Yang ada dalam katalog ini yang 6 inci dulu. Later saya akan masukkan pulak yang 5 inci dan mungkin 4 inci pun ada nanti. Beri saya sedikit masa untuk habiskan upload ke website http://www.lingerie-power.com. Bila saya dah sedia nak terima order nanti, saya akan maklumkan disini.
Terus terang saya katakan, harganya memang agak tinggi kalau convert ke RM. Ini belum masuk shipping lagi ye. Yang tu nanti saya akan masukkan sekali dalam harganya nanti
Selamat menjamu mata. Silalah layari
http://www.lingerie-power.com/home.asp?dsp=browse&group=hh&page=1
Seksi jangan tak seksi
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:42 AM 0 comments
Labels: high heel
Sunday, May 31, 2009
Hobi saya.... bagaimana dgn anda?
walaupun hobi saya sering berubah, tapi ada 3 aktiviti kegemaran saya yg mmg kekal dari dulu sampai sekarang... yang pertama, saya suka membaca... cuma bahan bacaan tu ajer yg berubah ikut perkembangan umur... yer laa, takkan laa bila dah jadi mama nih masih suka baca novel cinta remaja kan... skrg nih, bahan bacaan saya lebih banyak berkisar pada ilmu rumahtangga, anak2 dan kerjaya... (saya suka baca blog mrs ni pun sebab banyak ilmu untuk menghangatkan rumahtangga...)
yang kedua, hobi saya.... SHOPPING!!! cuma dulu, masa takder duit sendiri, window shopping aje laa kan... skrg nih, boleh dikatakan shopping tu saya anggap sebagai satu terapi.. bila dah penat bekerja and menguruskan rumahtangga, rasa macam release sangat bila sekali sekala jalan2 di shopping complex and beli barang2 yang cantik di mata dan berkenan di hati... just make sure not to over do it...mujur laa saya nih jenis tak suka berhutang.. so takder laa terjerat jadi mangsa credit card... bershopping di website lingeriepower.com juga dah jadi salah satu hobi saya skrg nih.. hihihi..
last but not least, saya sangat suka menari... masa sekolah dulu, mmg asyik naik ke pentas ajer laa buat persembahan tarian.. tapi sejak habis belajar and berkahwin, hobi saya yg satu nih menjadi sangat terbatas.. yer laa, dah jadi milik orang kan, tak sesuai laa nak meliuk lentok untuk tontonan umum lagi... dulu saya sangka, mungkin saya patut lupakan saja hobi saya yg satu nih... tapi lately nie, sejak saya mula rajin memakai lingerie masa game, saya mendapat satu idea baru... why not saya buat persembahan tarian hanya untuk tontonan hubby seorang saja... kalo dah menari untuk hubby tuh, takkan laa nak buat persembahan ulek mayang or joget lambak pulak kan... so... faham2 laa tarian jenis apa yg sesuai.... mesti laa yg sensual and daring sket... cuma sekarang nih saya masih buat research tentang teknik2 tarian tuh.. bukan apa, takut tergeliat urat ajer kalo tak praktis dulu... nanti lain pulak jadinya.... huhuhu
saya rasa hobi nih penting juga dalam kehidupan kita... ia sebagai satu jalan untuk memberikan perasaan gembira dan boleh release stress juga... cuma kita perlu laa sesuaikan hobi kita tuh mengikut keadaan dan jangan sampai menjejaskan suami dan anak2... itu hobi saya... anda pula, bagaimana?
Posted by dila at 9:51 AM 0 comments
Friday, May 29, 2009
Lagi cerita Marie France (2)
Hari ni sambung lagi program saya kat Marie France Bodyline. Dulu saya tak cerita pasal terapi kan ! hari ni nak cerita sikit.
Antara terapi yang dibuat hari ni ialah
1.Cold Wrapping
Cold wrapping ialah terapi dengan cara badan kita dibungkus dengan bandage sejuk. Badan kita dibungkus dari kaki hingga ke bahu. Bungkus macam mumia tu. Bandage tu memang sejuk gile. Sebelum saya dibungkus macam tu, bandage tu diendam dalam cecair yang sejuk. Rasanya macam spirit atau menthol. Tapi baunya macam spirit. Lepas tu baru bungkus. Selama setengah jam jugak la saya macam tu. Gigil gigil kesejukan. Saya boleh pilih untuk baring atau duduk.
2.Massage
Selepas selesai terapi kat atas tadi, saya disuruh berbaring dan kemudian saya dimassage kat bahagian perut dan bahu selama setengah jam lagi. Yang ni memang best. Sampai terlena.
3.Hot blanket.
Yang ni kita kena selimut dengan selimut panas. Tak de la panas sangat sampai suhu 100 darah kan. Mati pulak saya nanti. Baring kat katil, dan dibawahnya katil tu ada panel untuk keluarkan haba. Yang ni tujuannay untuk bakar lemak la. Apa lagi kan.
ada sedikit gambar tempat yang saya buat terapi ni, iaitu bilik dimana terapi saya tu dilakukan. Bilik sentiasa wangi.
gambar bawah ni dia punya front desk![]()
![]()
![]()
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:13 AM 0 comments
Labels: marie france pelangsingan
Sunday, May 24, 2009
STOCK LINGERIE TEDDY - UPDATED
Cuma yang pasti, saya tidak menaikkan kos penghantaran kepada anda. Tetap rm5 kan.
Jangan lepaskan peluang ini. Lepas ni lambat lagi nak ambil stok baru. Stok teddy yang ada ni pun amat terhad. Setiap satu design hanya ada 2 unit. Sesetengahnya tu hanya ada 1 unit dan ada pula yang sudah ditempah. Dapatkan lingerie seksi teddy anda sekarang dan seksilah untuk suami semua. Kepada suami pula dapatkan lingerie seksi teddy ini untuk hadiah isteri tersayang.
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.

MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 10:25 AM 0 comments
Labels: lingerie power website
Kenalkan 2 orang penulis rasmi blog mrslingerie Dila dan Daisy
Salam sejahtera pada anda semua. Hari ni saya dengan bangganya nak memperkenalkan 2 orang penulis rasmi baru untuk blog mrslingerie. Dua dua ni saya anggap kawan baik saya. Seorang lagi saya panggil adik.
memperkenalkan Dila dan adik Daisy. Selamat datang pada anda berdua. Terimakasih kerana sudi menerima pelawaan saya.
Adik Daisy saya ni memang buat kerja menulis novel. Alhamdulillah. Saya jumpa orang yang sepatutnya. Dila pula merupakan pelanggan tetap www.lingerie-power. Dah banyak dia beli dan dah banyak pun suami dia makan hasil. Alhamdulillah. Tak rugi.
Sebenarnya saya memang nak open blog ini kepada penulis-penulis lain. Cuma belum berkesempatan lagi. So saya nampak mereka berdua ni ada talent yang lebih baik dari saya. Tu sebab saya jemput mereka,lagipun saya tak berapa larat la nak maintain blog ni sorang-sorang.
Bukan senang nak memperjuangkan pasal wanita ni kat alam siber. Lebih lebih lagi kalau sornag-sorang.
Anyway, thanks to Dila and Daisy. Thanks kerana setuju untuk berjuang bersama-sama saya untuk melahirkan isteri-isteri yang seksi untuk suami mereka. Moga kalian mendapat ganjaran yang sewajarnya. Teruskan usaha kamu berdua.
WELCOME DILA AND DAISY....
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:48 AM 1 comments
Labels: umum
Introduction...
saya mula-mula terjumpa blog mrslingerie masa saya sedang cuti bersalin anak kedua... ntah kenapa, lepas bersalin ari tuh, saya jadi emosional sangat... pantang silap sikit, mesti nak merajuk and bersedih.. nasib baik laa saya tak kena post-partum depression... so, untuk mengelakkan saya melayan rasa sedey memanjang tuh, saya pun isi laa masa terluang saya dgn melayari internet... website yg menjadi pilihan, of course laa yg berkaitan isu rumahtangga.. so saya pun jump laa dari satu website ke satu website.. sampai laa saya terjumpa blog mrslingerie... saya masih ingat, posting pertama beliau yg saya baca bertajuk 'Apabila suami menuntut haknya'.. hmm... posting yg menarik.. lalu saya baca posting berikutnya.. hmm... lebih tertarik... dan saya pun baca dan baca dan baca dan akhirnya saya membuat kesimpulan, kau mmg da bomb!!
daripada seorang pembaca blog, saya terpanggil untuk join forum beliau... wah... lebih banyak informasi yg saya dapat.. lebih seronok, saya dapat ramai kawan through ruangan chatting yg disediakan.. boleh kata, sekarang nie saya dah ada beberapa org rakan baik among forumer termasuk laa mrs sendiri... bila dah join forum dan bertukar2 pendapat and buah fikiran, akhirnya saya menjadi salah seorang customer mrs di website lingeriepower...
haa... bab nih yg saya nak share nih... sebelum saya bersalin anak kedua tuh, saya rasakan my sexlife dah okay.. hubby saya pun jenis tak cerewet and tak pernah request apa-apa... in fact, dia pun dah puas hati dgn layanan saya selama nih... tapi bila saya join forum mrs, melonjak2 perasaan saya ingin mencuba lingerie yg seksi... well, sebelum tu pun saya mmg suka menyeksi kat umah tapi just pakai nightie yg comel2 atau pakai short and spaghetti strap... so saya pun mulakan dgn order sehelai body stocking.. saja laa nak 'try,test' market depan hubby dulu... hasilnya... ehem..ehem... memberansangkan... so after that, saya beli lagi 3.. ada teddy, baby doll and garter belt.. wow... hubby pun jadi lebih bersemangat... untuk makluman, hubby saya seorang yg sangat pendiam and jarang memuji... tapi bila dia tgk saya memakai teddy, senyumannya yg meleret sampai ke telinga tu dah cukup untuk menggambarkan perasaan gembiranya itu... dan saya? mesti laa lebih gembira lagi... terus terang saya katakan, saya rasa lebih lengkap tgg jawab saya sebagai isteri bila dapat memberi layanan yg sebaik mungkin kepada hubby..
ini pendapat saya laa kan.. saya rasa lebih seronok dan puas bila pakai lingerie utk hubby.. yer laa, kat luar kita bergaya penuh bersopan-santun... berbaju kurung dan bertudung ke pejabat.. malah sekali-sekala berjubah pada hari jumaat... tapi... di depan suami, kita boleh bergaya seseksi mana pun yg kita mahu... bila dah pakai seksi, aksi pun lebih panas lagi... yang penting, sang suami tak rasa kempunan bila tgk perempuan seksi melintas di depan mata... sebab dia tahu, di rumahnya ada isteri yg jauh lebih hebat... kerana seksi isterinya hanya utk pandangan matanya.. kerana seksi isterinya boleh dirasa dan dikecap nikmatnya...kerana seksi isterinya boleh mendatangkan pahala... insya Allah...
Posted by dila at 8:31 AM 0 comments
Kecantikan lelaki & kegagahan wanita...
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Posted by Da|sy_Hanny at 8:28 AM 0 comments
Hollywood heels (llicit) extreme high - peep toe
Baru sekarang saya berkesempatan nak update pasal high heel saya yang ni. Hollywood heels model llicit. Saya suka yang jenis ni sebab jenis ni adalah jenis peep toe dan ada ribon di tengah-tengahnya. Seksi kalau dipakai di bilik tidur. Berapa tinggi, lihat sendiri gambarnya. 7 inci. tinggi tu. Berwarna hitam.
Yang ni tak guna untuk jalan-jalan. 7 inci camana nak jalan. Kat bilik tidur boleh lah. Minat nak beli ke. Sabar ye. Saya akan buat katalg nanti. Tapi awal-awal saya cakap ianya mahal tapi masih boleh beli kalau nak.
Tumit tinggi jenis ni memang cantik. Paling suka pasal peep toe tu. Tau tak apa tu peep toe ? high heel peep toe ni jenis yang terbuka di depan, menampakkan sedikit jari kaki kita. Kena la jaga kuku kaki. Jangan biarkan panjang.
disertakan sedikit gambar
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 12:53 AM 6 comments
Labels: high heel
Thursday, May 21, 2009
Cadangan pembelian high heel secara berkumpulan
Sebenarnya dah ramai yang bertanya pada saya, yang berminat nak mendapatkan high heel yang tinggi-tinggi tu. Yang macam saya punya tu lah. 6 inci, 6.5 inci atau 5 inci. Rupanya ada yang minat mak cuba pakai high heel 6 inci ye. Nak pakai kat mana tu?
Memang susah nak dapatkan high heel yang macam saya tu kat sini. Saya pernah cari, tapi tak jumpa. Kalau ada pun rasanya kat bukit bintang atau BB plaza. Tapi design yang macam saya tu tak pernah jumpa.
Ada la beberapa orang yang dah bertanya kat mana nak dapatkan high heel cam tu. Sebenarnya semua high heel saya yang ada tu, saya beli secara online. Sebab kalau beli online macam-macam design yang ada cuma harganya agak mahal, belum dicampur dengan kos penghantaran lagi dan belum masuk cukai kastam lagi(sekiranya ada).
Oleh itu saya bercadang nak buat pembelian secara berkumpulan. Maknanya ramai-ramai beli sekali, boleh jimat sikit kos penghantaran. Di sini saya mohon supaya sesiapa yang berminat nak beli silalah memberikan respon kepada posting ini. Kalau ramai yang minat, kita akan teruskan dengan langkah berikutnya. Kalau tak saya tetap akan teruskan jugak tapi beli untuk diri sendiri la.
Yang mahal kat sini ialah kos penghantaran, kadang-kadang hampir separuh dari harga high heel itu sendiri. Jadi kalau kita beli ramai-ramai boleh kita bahagi-bahagikan kos tu.
Sebab saya pun bercadang nak tambah lagi koleksi high heel saya ni. Kepada ramai yang bertanya pasal nak beli high heel tu, harap sabar ye, beri saya sedikit masa untuk update katalog dan gambar-gambar. Kesian, ada yang sampai dua tiga kali bertanya.
Kalau dah siap katalog nanti, anda boleh pilih dan sekali place order. Cukup syarat kita beli ramai-ramai. Cuma kali ni, saya bukan jual tau, tapi saya tolong place order je untuk korang semua, termasuk yang saya sekali la kan.
Kepada yang bertanya berapa koleksi yang saya ada tu, bolehlah dikatakan ada 13 pasang semuanya. Tapi saya rasa yang paling seksi ialah yang macam dalam gambar ni. Semuanya dalam range 4.5 hingga 7 inci. Ni nak tambah lagi ni.![]()
![]()
![]()
![]()
kepada sesiap yang minat nak beli tu, sabar ye. Tunggu katalog online siap ye.
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:00 AM 0 comments
Labels: high heel
INFLUENZA A(H1N1) Fakta dan soalan-soalan lazim
Baru baru ni kita dikejutkan dengan 2 kes selsema babi yang sudah mula mengembangkan gelombangnya ke negara kita.Kebetulan tadi saya pergi ke hospital, ada temujanji dengan doktor. Saya terjumpa risalah berikut.
Rasanya elok kalau saya kongsikan disini sebagai cara menyebarkan maklumat. Kalau asyik cerita pasal cara nak jadi seksi pun tak patut jugak. Sekali sekala kenalah kita ambil tahu jugak perkembangan terkini kan. Jenuh juga saya menaip semula risalah ni.
Harap maklumat ini dapat membantu
-----------------------------------------------
1.Apakah Influenza A(H1N1)
Influenza A(HH1N1) adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan
babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar
melalui titisan air.
pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh
tersebar melalui babi yang asimtomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit
membawa virus influenza A (H1N1)
2.Berapakah subtypes(jenis) Virus Influenza A(H1N1) yang wujud?
Virus influenza A(H1N1) sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain.
Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui
pada babi),H1N2,H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian influenza (Selsema
burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza
(Influenza A(H1N1)). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada
suatu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus
influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus
yang bercampur (reassortant).
Walaupun virus influenza A (H1N1) pada kebiasaannya adalah spesis yang
spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.
Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.
3.Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Sejak perlaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan
Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes influenza A(H1N1) dari Amerika Syarikat
dan Spanyol. Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes influenza A
(H1N1) adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini
tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web
www.moh.gov.my
4.Apakah tanda dan gejala influenza A(H1N1) pada manusia?
Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala
selsema manusia termasuk demam, batuk,sakit tekak,sakit-sakit badan, sakit kepala
serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami
cirit birit dan muntah.
5.Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya, tiada bukti mengaitkan Influenza A(H1N1) boleh dipindahkan melalui makanan
sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus
Influenza A(H1N1) boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160F/70C, sejajar dengan
panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.
6.Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Influenza A(H1N1) melalui hubungan langsung dengan
babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1). Terdapat
kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara
langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada
manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat dikalangan
manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
7.Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1)?
Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A(H1N1). Tidak
juga diketahui samada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza
A(H1N1) yang berlaku sekarang.
8.Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?
Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelm ini pulih sepenuhnya
daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.
9.Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia lain?
Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit
ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari
daripada tarikh mendapat jangkitan(onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih
kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
10.Apa yang boleh dilakkan untuk melindungi diri daripada sakit / dijangkiti
/menjangkiti
Elakkan penyebaran kuman selsema dengan mengambil lanngkah-langkah berikut
- Jika anda batuk atau bersin
- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau saputangan
- Buang tisu yang telah digunakan
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
- Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan
air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga
boleh digunakan. - Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit
- Jika anda sakit kerana selsema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan
orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan dari
menyentuh mata, hidung atau mulut anda - Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda
mengalami tanda gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan
yang dijangkiti Selsema Babi
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian
kesihatan Malaysia digov.my talian 03-88810200/0300 atau email ke
cprc@moh.gov.my
02 Mei 2009/VERSI 2.0
-----------------------------------------
SUMBER
Kementerian Kesihatan Malaysia - Risalah yang di taip semula.
Sila save dan cetak risalah dibawah. Edarkan untuk semua
Posted by Seksi - mrslingerie at 4:05 AM 0 comments
Labels: umum
Wednesday, May 20, 2009
Pleaser clear 5 inch cantik dan seksi untuk kaki anda
Sebenarnya dah lama saya terima high heel yang ni. Cuma tak sempat nak cerita mengenainya lagi. Rasanya dah sebulan saya terima. Seperti biasa, saya suka brand pleaser. Clear, dengan 2 strap. Ketinggian 5 inci. Yang ni digunakan masa nak keluar rumah la. Jalan-jalan ngan husband dan anak anak. Pergi shopping ke. Pegi taman ke. Cuma tak guna masa ehem-ehem je la Sebab dah bawak jalan kat luar.
disertakan sedikit gambarnya spt dibawah. Kalau pakai tumit tinggi ni, jalan akan langkah kecik-kecik dan secara automatik membuatkan kita jalan dengan bersopan. Anggun gitu. Ladylike lagi







Cubalah pakai high heel yang macam ni. Tentu anda akan rasa yakin dan bergaya
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:39 AM 5 comments
Labels: high heel
~~ Tahukah kau wahai suami ku ~~
Dihantar oleh seorang pembaca pada saya. Terimakasih. Eloklah saya kongsikan disini. Tidak diketahui siapa penulis asal
----------------------------------------------------------------------------
Tahukah kau suami dan bakal suami??
Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali.Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.. :angle:
TAPI…….tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya…
DIKALA kau tiada duit,Kau bukankah magic David Copperfieldyang bila tiba2 kau buka wallet ada pulak duit di dalamnya,tapi tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek“Ada duitkah suamiku”
TAPI
Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau,“Ada duit ke” sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami,tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnyadan perkara pertama yang diingat ialah suaminya,lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah,di kucup dahi suaminya,diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihanTAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siapkentut lagi..Cissss!!
Tahukah kau wahai suami,kalau kau balik lewat malam sampai pukul 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2nak lepak ngan kawan2,bini kau yang dirumah tu tak lena tidur,selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI
yang kau tahu bersembang aje sampai pagi,langsung tak ingat bini,dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun,dah bangun tahu nak makan aje…
Tahu tak kau wahai suami,setiap kali isteri mu menggosok bajumuapa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah“Handsome tak laki aku bila pakai baju ni”Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…
Tahu tak kau wahai suami,isteri tu tak mintak banyak,cuma pujilah dia sekali-sekala,peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur(peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat apa-apa)
hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping,picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu,selimutkanlah dia,sebab sebenarnya,bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…
Satu lagi,suami kalau korang nak tahu,sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…dia orang musti tahu punya….
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain…
-----------------------------------------------------------------
love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 12:50 AM 0 comments
Labels: umum
Monday, May 18, 2009
~~ LINGERIE LAGI TEDDY TEDDY TEDDY SEKSI TEDDY ~~~
He he hari ni sampai lagi koleksi terbaru untuk anda semua, kali ni semuanya teddy, semuanya cantik cantik, semuanya seksi seksi giler. Yang ni memang mengancam sesangat. Saya sendiri ambil satu dari setiap design.
Harga nya mungkin lebih sedikit sebab yanng jenis ni susah sikit nak dapat. Lama saya mencarinya lingerie seksi jenis yang macam ni. Husand siap pesan, ambil satu dari setiap design. Eh mana boleh, ni nak buat stock la. Dia kata, tak kira. Nak juga. Baiklah suamiku.....(abih stok aku.. ceh)
Stock cam biasa, terhad kepada siapa cepat dia dapat. So pastikan anda memantau update di lingerie power kerana bila bila masa saya akan kemaskini ke website http://www.lingerie-power.com/. Secepat mungkin, ye secepat mungkin.Mungkin minggu ni akan masuk dalam website saya.
kat bawah ni ada beberapa helai untuk cuci mata, ada banyak lagi, lebih kurang 20+ design semuanya. Ini sebahagian kecil.



Harga belum update lagi ye. Sabo.. tak sempat lagi. Ni pun husband dah ready nak gulaikan saya dengan lingerie baru ni he he.
Love
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:11 AM 0 comments
Labels: lingerie power website
Hadiah Paling Best Untuk Insan Yang Dikasihi
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.
6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi. 9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
9. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
10.Khas untuk suami/isteri: Berikan hadiah semasa ulang tahun perkahwinan atau hari jadi suami/isteri. Berikan hadiah lingerie seksi padanya. Dua dua akan menang. Tak percaya cubalah.
Item 1 hingga 9 dipetik dengan kebenaran dari blog klinik sukses bersama NQ . Saya mengucapkan terimakasih kepada penulis asal kerana membenarkan artikel beliau dipaparkan disini, banyak cerita menarik disana. Silalah lawati untuk menambahkan ilmu. Manakala item 10 ni saya tambah sendiri
Love
MrsLingerie
Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.
MrsLingerie
View my page on lingerie seksi ghairah suami
Posted by Seksi - mrslingerie at 2:24 AM 0 comments
Labels: tips di bilik tidur






