Ini
adalah sebahagian daripada koleksi berkaitan
kesilapan suami ketika diranjang. Mudah-mudahan dengan adanya catatan
ini, para suami dapat menjalankan tugas memberi nafkah batin dengan
lebih lancar dan memuaskan isterinya.
1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka
seks spontan ( gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami
mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk
bercumbu dengan secukupnya.
2. MENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu
membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi
kerana itu akan menyakitkan telinganya.
3. TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri
landak oleh isterinya, apatah lagi selepas itu mukanya akan
merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat
isteri
memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah
tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk
duri landak.
4.MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah
menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama
ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut
lembut, membelai dan mengusap.
5.MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus
diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan
chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh
dengan hujung lidah.
6. JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara
isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi
seharusnya pada seluruh payudara.
7. ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu
gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian
anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja.
8.GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya.
Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit
di pakaian dalam isteri anda.
9.BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk
isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.
10.JANGAN JADI SHARP SHOOTER
Isteri bukan untuk diserang secara 'direct',
yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang
tepinya saja.
11. MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan
istimta' (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya
tidak turun mendadak. Teruskan rangsangan anda.
12. JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas
sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai.
Ini bukan
artikel saya, saya petik dari website pengantin di
http://www.pengantin.com.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=82.
Ada komen yang di tinggalkan disana
hmmmm.. menarik komen tu. Saya tak nak postkan komen tu disini, anda lawat dan
baca sendiri
Love
MrsLIngerie







0 comments:
Post a Comment