Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Sunday, December 30, 2007

Nak beli tapi tak de kad kredit

Nak beli tapi tak ada kad kredit


Ada yang bertanya saya, dia berminat nak membeli
sepasang lingerie seksi ,night gown (sleepwear) di internet tapi tak ada kad kredit. Memang
betul, kita tidak dapat membeli barang di internet dengan menggunakan wang tunai
atau kad ATM. Hanya dua cara sahaja yang boleh digunakan iaitu penggunaan kad
plastik (kad kredit) atau Wire Transfer (Dahulunya lebih dikenali sebagai TT -
Telegraphic Transfer). Kebanyakan lingerie store di internet menerima kad kredit
VISA atau Mastercard. Jarang sangat yang nak terima wire transfer. Jadi disini
saya akan ceritakan bagaimana hendak memulakan pembelian sepasang lingerie seksi
anda menggunakan kad VISA atau MASTERCARD.


Baiklah, saya faham ramai antara anda yang mempunyai kad
kredit, tapi tak ramai yang berani menggunakannya di internet dengan alasan.
"FRAUD". Entahlah saya dah bertahun-tahun menggunakan kad kredit. Tak
pernah pulak dapat "FRAUD" tu. Ataupun anda memang tak mempunyai kad kredit pun.
Jadi kalau tak ada kad kredit macamana nak beli lingeria baru kan ? Ok saya akan
berikan satu alternatif pada anda. Jangan jadikan alasan "limitation" penggunaan
kad kredit di internet adalah merbahaya. Kesian suami, tak dapat lihat isteri
pakai babydoll atau teddy baru sebab isteri tak berani guna kad kredit atau
isteri tak ada kad kredit.


Alternatif yang saya maksudkan disini ialah penggunaan "KAD
DEBIT". Kad debit dah lama saya gunakan, rasanya dah 5 tahun. sebelum tu saya
gunakan ked kredit jugak. OK apa bezenya. Senang aje. Macam telefon.Postpaid (Pascabayar)
dan Prepaid (Prabayar). Jadi kad debit ni macam telefon prepaid la. Kena bayar
dulu baru boleh guna. Sebelum anda menggunakan kad debit anda, anda mestilah
reload dahulu wang dalam akaun kad debit tersebut melalui Cash deposit machine
bank berkenaan atau transfer melalui maybank2u pun boleh.


Ada dua jenis kad debit, VISA dan Mastercard. Saya lebih
senang menggunakan VISA. Walaupun saya ada kedua-dua jenis kad debit tersebut.
Untuk mendapatkan kad debit, ada banyak cara. Cara yang paling senang ialah beli
di Seven Eleven . Seven Eleven ? Ya. Seven Eleven. Anda boleh dapatkan Kad Debit
master dari AmBank (Nama kad tersebut ialah AMBANK NEX-G prepaid mastercard)
atau kad debit master dari EON BANK (nama kad ialah MOL FREEDOM prepaid
mastercard). Kedua-duanya berharga RM25 sahaja. Isikan borang yang disertakan
dan hantar melaluiu alamat yang di tulis dari sampul kad baru anda. Lebih kurang
14 hingga 21 hari. Kad anda akan aktif dan anda sudah boleh berbelanja membeli
sepasang lingerie seksi anda yang pertama.


OK tadi saya ceritakan mengenai kad debit MASTER dari
Eon Bank dan Ambank, kali ini saya nak ceritakan mengenai kad debit VISA dari
Public Bank. Kad ini tiada dijual di Seven Eleven tetapi kena mohon. Mohon
Senang je. Gerenti lulus. Caranya layari website public bank di
http://www.publicbank.com.my
-->Cards-->PB Visa Electron. Isikan maklumat anda . Cetak. Tandatangan dan
hantar dengan pos ke pusat kad public bank. 14 hari anda akan dimaklumkan supaya
mengambil kad tersebut. Itu saja.Mudah kan. Boleh lah dapatkan satu set Teddy
kegemaran anda . Pastikan ianya sheer . He.He


Di bawah ini saya sertakan gambar sebenar kad debit NEX-G
dan PB visa electron. Kad freedom saya tak ada gambar pulak, maaf






Harap anda berjaya. Tiada alasan lagi untuk tidak jadi
SEKSI dan HORNY. Tekadkan azam tahun baru anda. Dapatkan sepasang lingerie seksi anda sekarang.


Love


MrsLingerie

Friday, December 28, 2007

Bersolek,cantik, menawan kenapa masa bercinta saja kenapa tidak selepas berkahwin ?

Bersolek,cantik, menawan kenapa masa bercinta saja
kenapa tidak selepas berkahwin ?



Ingatkan
kembali kenangan anda masa bercinta dulu ok. Nak pergi dating lepas tu
makan-makan. Janji dengan pakwe, pukul 8.30 malam datang ambil. Lepas Sembahyang
Maghrib anda terus bersiap untuk pergi dating. Mandi,bersihkan diri,make-up,
pakai gincu merah-merah. Kat pipi pun merah-merah,eye-liner,lip-liner dan semua
yang seangkatan dengannya. Perfume jangan cerita la. Punya la wangi, kucing pun
boleh tergoda.


8.30 malam pakwe sampai. Masuk kereta. Semerbak harum.
Senyuman anda padanya boleh menggugurkan jantung dia. Sekali-sekala pakwe jeling
ke kiri, curi pandang tengok makwe dia. Curi pandang lihat tumit anda yang
kemerah-merahan disebalik kasut bertumit tinggi. Indahnya pandangan. Tak
habis-habis dia memuji kecantikan anda. Anda tersipu-sipu bangga. Sambil memandu
dia pegang tangan anda. Melekat bau perfume atau pun bau losyen tangan. Wanginya...
Tak berani pakwe nak basuh tangan. Takut hilang bau. Pukul 10 malam masuk tidur.
Berharap mimpi yang indah. TAPI ITU ....THOSE DAYS


Sekarang masanya. Anda berkahwin dengan pilihan anda.
Masih samakah lagi layanan anda padanya seperti mula-mula bercinta dulu. Masih
adakah gincu merah di bibir, masih adakah pipi gebu kemerah-merahan. Masih
lembutkah tumit kemerah-merahan anda atau sudah pecah-pecah sebab hari-hari
bersilat di dapur. Masih ada lagikah bau losyen tangan yang wangi ataupun
semerbak dengan bau GLO atau CLOROX. Masih adakah lagi pandangan indah untuknya.
Masih ada lagikah jelingan manja ke kiri atau sudah bertukar jelingan NAKAL ke
kanan (Awek kat kereta sebelah). Masihkah lagi dia memegang tangan anda sewaktu
memandu atau sibuk beralasan menukar gear (Aik kereta otomatik nak pegang gear
selalu ke ? H.way pulak tu). Mana dia keseronokan berumahtangga ?


Baguslah kalau anda tidak tergolong dari kategori yang
saya ceritakan. Tapi saya percaya ada juga dikalangan anda termasuk dalam
kategori tersebut. Jadi bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut. Kembalikan
semula kehangatan semasa bercinta. Dan sebenarnya anda dan suami boleh mendapat
"LEBIH" lagi setelah bergelar Suami dan Isteri.


Love


MrsLingerie

Wednesday, December 26, 2007

Jangan nafikan hak anda

Pekerja,ibu,isteri



Anda
jangan berbohong dengan saya, saya percaya kebanyakan dari kita (saya dan anda
juga) hanya meluangkan hanya 10% atau kurang dari masa anda sebagai isteri.
Selebihnya adalah sebagai pekerja dan juga ibu. Baiklah , mari kita kaji
tugas-tugas 3 golongan tersebut berdasarkan masa kita selama 18 jam. Kena tolak
6 jam waktu tidur


Pukul 5.30 pagi hingga 7.00 pagi - Pekerja dan Ibu

Bangun seperti biasa. Mandi, membersihkan diri, Sembahyang dan menyediakan
sedikit minuman sebagai alas perut untuk diri sendiri, anak-anak dan suami.
Menyiapkan anak-anak untuk bersekolah. Yang mana ada anak kecil, siapkan untuk
ke nursery. Mungkin menyediakan susu,pampers kain baju untuk dibawa ke nursery.
Menyiapkan diri untuk ke pejabat. Kejutkan suami. Sediakan pakaiannya.


Pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi - Pekerja dan ibu
(Traffic condition di KL, u know la...)


Memandu ke pejabat yang mana berkereta sendiri. Singgah di sekolah atau nursery.
Drop anak-anak. Teruskan perjalanan ke pejabat. Yang mana pergi bekerja bersama
suami dalam satu kereta, mungkin menerima leteran suami sebab lambat bersiap.
Terpaksalah makeup dalam kereta, itu pun kalau sempat. Suami bising kenapa tak
siap make up kat rumah. (Tak paham-paham dia ye !!)


Pukul 8.35 hingga 8.37 - Pekerja dan mungkin
isteri


Sampai kat pejabat. Nasib baik dapat lah ciuman suami kat pipi kanan je. Tak tau
la dia ikhlas ke tidak. Punch kad dah merah la pulak.


Pukul 9.00 hingga 6.00 petang - Pekerja

Kerja rutin seharian bermula, bekerja sebagai eksekutif, pengurus atau pekerja
sokongan organisasi.


Pukul 6.00 hingga 8.00 malam - Ibu

Tunggu suami jemput di pejabat. Lambat pulak tu. Singgah kedai runcit atau pasar
malam. Beli bahan nak masak. Ataupun beli bungkus. Empat nasi ayam. satu untuk
suami, satu untuk diri sendiri. Satu untuk anak pertama, satu untuk anak kedua,
satu untuk anak ketiga dan keempat.Share. Waktu ni juga bergegas untuk
sembahyang Maghrib dulu.


pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam - Ibu

Bergegas menyediakan makan malam. Dapat peluang makan bersama.


Pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam - Pekerja

Kerja rutin sebagai suri rumah bermula. Pinggan mangkuk yang di tinggalkan oleh
suami dan anak-anak perlu di kemaskan. Lap meja. Sapu lebihan nasi yang tumpah
atas lantai. Sesambil tu berkejar-kejaran dengan kain kotor yang yang
berlambak dalam bakul. Humban dalam mesin basuh. Bersilat untuk lipat kain baju
yang dah seminggu "LEPAK" atas sofa. Tak sempat habis. Tinggalkan. Sidai
kain baju yang dah dibasuh . Tak sempat juga. Tinggalkan.


Pukul 10.30 hingga 11.00 malam - Ibu

Masa untuk perhatian kepada anak-anak yang sedang mentelaah pelajaran
masing-masing. Selang seli dengan menyiapkan anak kecil untuk tidur. Tukar
papmers. Basuh berak dsb.


Pukul 11.00 malam hingga 11.20 Malam - Hak kepada
diri sendiri.


Dah penat kalau tak sempat mandi pukul 8.00 tadi, mandi la ala kadar. Nak cuci
muka pun tak sempat. Sembahyang Isyak. Sediakan tempat tidur. Selimut pagi tadi
tak sempat kemas pun.


Pukul 11.20 malam hingga 11.45 malam. - Pekerja

Persiapan untuk esok. Gosok baju sendiri, suami dan baju sekolah anak-anak. Itu
je yang sempat pun. Marah anak anak sebab lambat tidur. Suami tengok ASTRO. Ceh
!!



Pukul 11.45 malam hingga 12.00 malam atau 12.45 malam -
ISTERI


Suami teringin nak xxx. Anda sudah tidak berdaya lagi.... Kerja-kerja rumah
masih banyak yang belum diselesaikan. Terpaksa fikir untuk bangun awal keesokan
harinya. Suami marah kerana SEKS anda dingin,lesu,hambar,tawar. Anda
melayan kehendak suami anda hanya kerana tidak mahu mengecewakannya. Sedangkan
anda sendiri tidak dapat menikmati "HAK ANDA SEBAGAI ISTERI". Jadilah SEKS
instant.


Saya tidak bermaksud untuk memburukkan suami-suami kita,
apatah lagi saya sendiri pun ada suami juga. Apa yang saya cuba sampaikan disini
ialah anda berhak untuk mendapat layanan sebagai ISTERI. Jangan nafikan hak anda.
Cuba anda hitung sendiri, berapa banyak masa anda digunakan untuk diri anda
sendiri !


Suami suami elok tahu benda benda macam ni


Saya akan sambung lagi dalam artikel lain selepas ini.


Love


MrsLingerie



Sunday, December 23, 2007

Blog berpindah ke domain sendiri

Mulai 24 Disember 2007 alamat blog saya di http://mrslingerie.blogspot.com

telah berpindah ke http://www.mrslingerieonline.com


Walaubagaimanapun address lama masih boleh digunakan.



Love



MrsLingerie

Thursday, December 20, 2007

Hari jadi suami bakal tiba, apa nak beli ?

Harijadi suami bakal tiba, apa nak beli ?
Saya
ada ungkapan baru. "Serampang 3 mata". Macamana tu ? Apakah hadiah yang biasa
anda belikan untuk harijadinya ? Tentu anda ada senarai apa yang anda rasakan
sesuai untuknya, mungkin sepasang set lengkap baju yang mahal. Orlando ? Seluar
pulak yang mahal-mahal. Entahlah. Saya tak pernah belikan pakaian untuk suami
saya.


Apa kata harijadi beliau tahun ini anda belikan sesuatu
yang lain. Saya cadangkan anda beli satu set lengkap bustier atau babydoll yang
"sheer". Dan berikan padanya. Ha.Ha. Jangan salah anggap. Saya tak kata belikan
suruh dia pakai. Jangan buat kelakar. Buruk benar kalau dia yang pakai. Hadiah
kali ini jangan bungkus dalam kotak dan bagi pada dia. Sebaliknya anda "bungkus"
diri anda dengan set lengkap bustier atau babydoll tadi dan hadiahkan "diri anda padanya" .

Mungkin pada jam-jam terakhir sebelum berakhir tarikh harijadinya,
bawa dia ke bilik tidur dan bisikkan "Abang.. selamat hari jadi... saya
ada hadiah paling istimewa untuk abang"
, dan biar dia buka sendiri
hadiah tersebut. Anda hadiahkan kehebatan tubuh anda yang seksi dan cantik itu padanya. Hebat kan ? Pernah buat ? Ha ha. Kenapa tak cuba. Berkesan dan
praktikal. Lakukan perkara yang sama setiap tahun. Pasti dia berdebar debar ,
apakah hadiah istimewanya kali ini.


Apa dia "serampang 3 mata" yang saya maksudkan. Pertama,
sudah tentu anda dapat pakaian dalam yang baru. Kedua, Suami mendapat hadiah
paling istimewa iaitu dapat menikmati kecantikan dan keseksian anda.
Dan ketiga....... Anda dah tahu jawapannya.


Love


MrsLingerie

Saturday, December 15, 2007

Lelaki sukakan lingerie, kenapa ?

Lelaki sukakan lingerie,



Cubalah tanya mana-mana lelaki yang anda jumpa.
Adakah mereka sukakan isteri mereka mengenakan pakaian dalam yang seksi dan
jarang. Tunggu jawapannya. Ada 3 reaksi yang anda akan jumpa, pertama, mereka
akan menjawab dengan jujur "Yes of course... i like" . Kedua, mereka akan
berbohong. "No lah.. i like nude". Ketiga, mereka tidak menjawab langsung (Malu
la tu) muka merah dan tersipu-sipu. Dari situ kita boleh membuat andaian, apa
sebenarnya pandangan lelaki terhadap wanita seksi disebalik lingerie.



Wanita yang mengenakan lingerie, lebih-lebih
lagi apabila mengenakan stocking dan garter belt akan "feel" lebih feminin dan
seksi. Itulah caranya mereka boleh melepaskan keghairahan yang sebenarnya
tersembunyi dalam diri. Seperti pengakuan dari seorang kawan online saya
("thanks widia")

  • Stocking feel my leg wrapped tight
  • Garter feel my stocking tighten up
    constantly
  • High Heel make my walk feel different
  • Walk with high heel make me "FEEL" like
    lady


Man are "visual" and "physical" being when it
comes to sex. Mereka boleh membayangkan sesuatu yang sangat indah dan sensual
apabila melihat wanita dengan berpakaian dalam sahaja. Lebih-Lebih lagi yang
seksi dan jarang serta nipis.

Dia mengharapkan keinginan seksual dari anda yang
anda cipta untuknya apabila dia menyentuh material nipis lingerie anda. Wanita
pula mengharapkan "emotional-connection" dengan pasangannya. Wanita mengharapkan
pasangannya memujinya keseksian mereka.

Memakai lingerie akan memberikan
kedua-duanya suasana "sensory" yang diharapkan untuk perhubungan seks yang lebih
baik dan meyemarakkan kasih saya dan cinta antara kedua-duanya - bersambung.

Love

MrsLingerie