Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Saturday, March 1, 2008

Kenapa enggan pakai lingerie seksi

Saya berada di sebuah pusat membeli belah JayaJusco di Kuala Lumpur. Dibahagian pakain perempuan, seronok memilih milih sambil menjamu mata. Ingat nak cari sepasang dua. Di bahagian kiri saya tergantung sepasang babydoll berwarna purple. Cantik, jarang dan nipis. Sesuai la kalau nak buat pakaian tidur.

Di belakang saya terdapat sepasang suami isteri. Si isteri sibuk memilih pakaian dan si suami sibuk dengan anak kecil. Rasanya dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Terdengar kata-kata dari si suami. "Eh tengok kat atas tu, cantik baju tidur yang purple tu. Saya belikan untuk awak nak !!" dari perbualan tersebut saya tau, si suami maksudkan ialah babydoll tesebut.

"Eh tak minat la saya, abang nak saya pakai baju tu, macam tak pakai je ! habis semua nampak" terdengar suara dari si isteri sambil ketawa kecil.

"Alah apa salahnya, cantik apa, buat naju tidur" balas si suami.

"Tak nak la bang ! saya tak pernah pakai macam tu, lagipun malu la anak nampak nanti. Apa kata diaorang pula, lagipun mahal la .. membazir je, baik belikan baju si Alif" (mungkin alif nama anak mereka).

"Ok lah..." balas si suami ringkas. Sepi sebentar. Beberapa minit kemudian mereka berlalu. Sempat saya menjeling pada mereka. Nampak sedikit rasa kekecewaan dari raut wajah suami, sambil matanya meleret pada babydoll purple tersebut.

Dari cerita di atas, nyata isteri tidak berminat dengan babydoll tersebut sedangkan suami bersedia untuk membelikannya sekiranya isteri mahu. Walau bagaimanapun, si isteri silap besar. Inilah peluangnya kalau nak cuba pakai seksi depan suami. sebaliknya dia memilih untuk memberikan peruntukan dari suaminya dengan membelikan baju untuk si anak.

KENAPA ENGGAN PAKAI LINGERIE SEKSI ?

ada beberapa faktor yang boleh saya katakan disini. antaranya ialah

  • Bukan budaya penduduk Malaysia, khususnya bangsa melayu. Ini bermakna, tak ramai wanita melayu yang berminat mengenakan pakaian tidur yang nipis, jarang dan menggoda. Sedangkan di negara barat, lingerie yang nipis dan jarang adalah perkara biasa dikenakan sebagai pakaian tidur. Tidak hairanlah ada remaja berumur 15 tahun hingga ke nenek berumur 60 tahun ada set pakaian begini.


  • Budaya barat semuanya tidak elok. Anggapan kita, budaya tersebut tidak sesuai di sini. Mereka menganggap sipemakai yang berpakaian sebegitu mempunyai perangai yang tidak elok. Sampai ada yang sanggup kata. Hanya P*L*C*R yang berpakaian begitu.


  • Faktor usia. Wanita yang berumur 40 tahun ke atas malah yang berumur 35 tahun ke atas menganggap seks bukanlah satu perkara wajib. Lebih lebih lagi yang dah ada 2 hingga 5 orang anak. Seks tidak termasuk dalam senarai utama, sebaliknya mungkin di senarai paling bawah. Sudah tentu adalah dirasakan membazir membeli sepasang lingerie seksi sebagai satu cara mengundag ghairah, bukanlah pilihan yang tepat. Buat apa nak pakai sesuatu yang akan dilucutkan semula ?


  • Faktor body figure. Ramai yang beranggapan, untuk pakai lingerie seksi ini, body kena cantik. Macam model Victoria secret. Barulah sesuai. Jadi mana mana wanita yang merasakan mempunyai saiz L atau XL tak payahlah mimpi nak pakai lingerie seksi ni. Mereka rasa, kalau body tak cantik, pakai seksi, akan membuatkan suami tertawa atau mungkin rasa nak muntah dan menggelikan. Betul ke ? Apa guna direka bermacam-macam jenis. Plus size pun ada, khas untuk wanita besar. Babydoll direka untuk menutupi bahagian tummy yang besar. Korset/bustier untuk membentuk bentuk badan yang cantik.


  • Faktor malu. Ini antara faktor yang selalu didengar. Malu nak beli. Ini semua sikap. Sebenarnya tak ada siapa yang ambil peduli dengan apa yang anda nak beli. Itu hanyalah perasaan anda sahaja. Ini kerana lingerie adalah berkait rapat dengan bahagian sulit wanita. Dan sebagai orang melayu. Sesuatu yang berkaitan dengan bahagian sulit tidak boleh dibincangkan. Bahagian sulit melibatkan seks dan seks tidak sepatutya dibincangkan. Itu sebabnya ramai perempuan melayu kurang pengetahuan pasal seks. Ini kerana dari kecil mereka dididik dengan satu sifat "MALU". Dan akhirnya mereka gagal menghayati erti "married live" itu sendiri.


  • Faktor susah nak cari. Betul !! Tak banyak kedai yang menjual lingerie seksi ni. Ini adalah berkaitan dengan faktor pertama tadi. So kalau susah sangat nak cari,l tak payahlah. ini pula berkaitan dengan faktor ketiga. Buat apa nak susah susah pada sesuatu yang tidak mendapat keutamaan "periority". Tapi anda silap, sekarang ni dah banyak kedai lingerie menjual secara online. Lebih banyak pilihan. Lebih mudah membeli, tanpa ada perlu bangun dari kerusi. Tapi tak boleh jugak. Nak kena guna kad kredit, takut kena fraud, tak de kad kredit dan macam macam lagi. Alasan dan alasan.


  • Dan yang terakhir, faktor harga. Balik kepada teori ekonomi "demand and supply". Biasalah kalau permintaan tak banyak dan supply kurang. Harga akan jadi tinggi. Ditambah pula dengan sangat kurangnya kedai-kedai yang menjual lingerie seksi ini. Lingerie seksi ini bukanlah barang mewah tetapi ianya juga bukan barang murah.

Itu saja yang dapat saya simpulkan mengenai cerita tadi. Sekiranya anda ada nak tambah sila lah tambah di bahagian "POST ARTIKEL" untuk bacaan kita semua.

Love




MrsLingerie

3 comments:

pikatsuami said...

hi dear...

rasa nak nangis pun ada bila tengok si suami terkulat-kulat..Jgn sampai si suami cari yang lain, baru terkulat-kulat nak cari dah lerr...

Anonymous said...

Pakai lingerie yg seksi itu kadang kadang bukan untuk suami aje tapi untuk kita memanjakan badan kita sendiri.....tak selalunya kita memakai sesuatu yg seksi jadi kalau kadang kadang apabila kita memakai sesuatu yg seksi, kita rasa diri kita ini seksi, we become more confident with ourselves....kalau dengan encik abang jgn cakap lagi lagi mesti kena terkam punya....

Anonymous said...

tq very much
im searching for something like this for my hubby and now i found it.nk pilih2 kat kedai malu la~

thanks