Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Friday, March 7, 2008

Mulakan hari ini

Jadi anda dah buat keputusan nak bermula hari ini. Ok ini ada sedikit tip kepada yang baru nak mencuba memakai lingerie seksi. Mulakan dengan yang mudah dahulu. Mulakan dengan menambahkan keyakinan dalam diri anda, bila dah yakin barulah boleh sambung dengan yang jenis lain.

Buat masa ni, tak payahlah nak cuba cuba babydoll atau teddy dulu. Sebab kalau tak pernah pakai jenis tu, sure nanti anda merasa malu. Maklumlah .. lom pernah try...So, pertama sekali anda cuba dapatkan stocking yang jenis thigh high. Thigh high ni ialah stocking yang panjangnya sampai ke pangkal peha. (Gambar)

Oh ya, sebelum tu. Yang biasa anda pakai tu dipanggil knee high stocking. Alah yang banyak jual kat kedai aksesori wanita tu. Stocking jenis ni fungsinya ialah untuk menutup parut-parut atau apa apa tompok yang tak sedap dipandang. Berwarna hampir-hampir dengan warna kulit. Tak ada yang fancy-fancy punya. Fungsi yang kedua pula ialah untuk melindungi kulit kaki kita dari terkena pancaran UV matahari. Dan fungsi yang ketiga adalah untuk mengurangkan kesejukan sekiranya anda bekerja dalam aircond. Itulah fungsinya yang saya tahu.

Ok, balik semula. Thigh high stocking ni fungsinya sama dengan knee high stocking cuma bezanya, ianya lebih berkualiti dan stailnya yang bermacam-macam. Dan lagi satu ada macam-macam warna. Merah,biru,putih,gelap dan corak pun berbeza-beza.

Untuk dipakai hari-hari biasa, pilihlah yang mempunyai warna yang hampir-hampir sama dengan warna kulit atau warna putih atau gelap. Jangan la cari yang warna merah pulak. Nanti anda akan jadi perhatian.

Pakailah bila anda pergi bekerja, kenakan dengan baju kurung atau seluar panjang. Bekerjalah seperti biasa. Pakai seminggu atau dua minggu ikut kesesuaian. Kalau anda surirumah, tak bolehlah nak pakai selalu sebab nanti nak bersilat kat dapur atau main kejar-kejar dengan mesin basuh. Kotor la pulak. Stocking jenis ini mahal tau ! . Dalam kes ini anda boleh pakai semasa pergi keluar, pegi kedai runcit ke, hantar anak sekolah ke. Tak kisahlah. Ikut kesesuaian. Yang penting, pakai.


Pakailah seminggu dua, anda boleh rasa confident level bertambah kerana terasa akan nylon tersebut membalut lembut kaki anda yang cantik tu.

*Masa nak siap-siap pergi kerja tu, curi-curi la tunjuk anda tengah pakai depan suami. Bagi dia nampak, tapi buatla muka selamba je.

Ingat pesan saya, pakai hanya untuk diri sendiri, bukan untuk ditayangkan pada umum tau. Pada sesiapa yang pegi kerja pakai skirt, elok-elok la tukar pada baju kurung. :)

Lepas seminggu dua anda mencubanya, saya yakin anda akan beli yang lain pula. Kenapa ? Ta percayaaa ...

Selamat tinggal pada knee high stocking yang murah. Tukarlah pada Thigh high stocking hari ini.

Semoga anda bertambah yakin dengan diri anda. Kenapa saya kata begitu, kerana apabila anda mencubanya, bermakna anda sudahpun yakin yang memakai thigh high stocking adalah berbaloi.

Love

MrsLingerie

7 comments:

pikatsuami said...

hosiery ?? i love hosiery...dont ask me why..coz u know the answer...hehe

Fashionable wife said...

nak beli jugaklah cenggini, tak boleh jadi nih.. :)

Seksi - mrslingerie said...

Pikatsuami,

He..he.. What else i can say ?

Seksi - mrslingerie said...

fashionable wife,

Lepas i baca komen u ni, i tersenyum sorang-sorang. Go ahead... pi la beli.. kat sana senang nak dapat.

imputraz said...

camne ye nak buat supaya isteri rajin pakai lingerie mrslingerie & pikatsuami ni..? bole share..

Fashionable wife said...

ekceli baru sempat beli last week. selama ni pakai stokin sport jer kat rumah,sebab skang masih sejukkan. sejak pakai hosiery ni, rasa sedap dan cormfort la pulak. dah la panjang sampai atas, jadi blh la pakai skirt dlm rumah.

Semalam asben tegur, katanya nampak lain. stokin yg selalu pakai dulu takder taste betul la. dah la stokin bola pulak tu... hehehhehehe

nak cari warna putih pulak. yg beli ni warna hitam, 3 pasang baru 7 dollar, murah jer kan?

sygisteri said...

7dollar 3psg.. murah laa..
sini pn sepasang rm8.9.. klu suspender pantyhose rm18.9..