Kadang kadang kita silap, kita berpakaian seksi hanyalah sebagai permulaan sebelum melakukan hubugan seks. Berpakaian seksi dengan outfit yang jarang dan nipis hanya apabila kita bercadang untuk bersama dengan suami pada malam Jumaat.
Perlukah begitu, bagaimana dengan hari-hari yang lain ? Kenapa masa tidur kita hanya mengenakan pakaian biasa yang dipakai siang tadi ? walaupun anda bercadang nak berehat malam tu.
Kenapa kita tak buat begini. Malam, masa nak tidur, kenakan babydoll atau gown nipis. Siang semasa pergi kerja kenakan sepasang teddy atau bustier. Kalau anda nak lebih lagi pakailah korset.
lebih seksi lagi, kenakan sepasang garter dan stocking beserta kasut bertumit tinggi. Sebagai syarat, mestilah menutup aurat. Pakailah baju kurung biasa atau berseluar panjang atau pakaian rasmi pejabat di bahagian luarnya. Anda tak perlu tunjukkan apa yang anda pakai kat dalam. Tak salah pun kalau anda nak pakai crotchless panties atau sideless teddy kat dalam. semasa santai kat rumah bolehlah kenakan camisole atau chemises, yang pasti pandangan mata suami tak lepas dari anda.
Yang penting anda sendiri berasa yakin yang sebenarnya anda dah jadi sangat seksi. Bila anda dah yakin dengan keseksian anda, barulah kita yakin yang kita sebenarnya menarik dan cantik serta seksi.
Cubalah kalau tak percaya. Jangan asyik baca saja blog ini tanpa mencuba.
Love
MrsLingerie
Seksi lingerie untuk pilihan anda
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
Monday, March 31, 2008
Seksi bukan hanya untuk seks
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:34 AM 5 comments
Saturday, March 29, 2008
Komen , biarlah ada alasan
pada 29 Mac 2008, 
Saya terbaca satu komen dari seseorang yang menggelarkan dirinya anonymous, sila lihat keratan skrin yang saya sertakan.
Saya sentiasa berfikiran terbuka, saya boleh delete kalau saya mahu. Tetapi mungkin komen dari beliau ada maksud tertentu atau tersembunyi yang kita sama-sama tidak tahu. Tak cukup dengan komen disini, saya di attack pula melalui email, dengan ayat yang sama
Walaubagaimanapun, saya berharap , kalau nak berikan komen atau komplen harap disertakan dengan fakta yang jelas. Susahlah saya nak clarify kalau tak ada keterangan yang logik. Saya tak delete komen tu, anda boleh baca sendiri. di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5966359044834669741&postID=3373348438068212725
Jadi kepada penghantar komen ini, saya mengucapkan banyak-banyak terimakasih kerana anda perihatin dengan apa yang saya cuba nak sampaikan.
Kepada pembaca yang lain, saya harap sekiranya anda nak komen sesuatu, silakan.. tulis dengan jelas.
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:46 PM 2 comments
Wednesday, March 26, 2008
Problem Internet
Semenjak kebelakangan ini, sambunga internet saya agak bermasalah. Sekejap ada, sekejap tak de. Dah buat report pun kat pembekal. Sekarang dalam proses katanya.
Itu sebabnya anda tak dapat lihat update dah ampir seminggu rasanya. Tapi, sebagai komitmen,saya maklumkan kepada anda situsi ini. Sekarang pun saya gunakan dial up. Walaupun agak slow tapi bolehlah sekadar nak baca email dan respon.
Anyway.. kalau sambungan internet dah di perbaiki nanti, saya akan sambung kemaskini blog ini. Sekian
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 7:39 PM 5 comments
Friday, March 21, 2008
Sexy lingerie guide
Untuk anda yang masih baru nak mencuba membeli lingerie seksi, mungkin ini boleh membantu. Ini adalah program yang berfungsi seperti patung barbie. Ada beberapa set lingerie yang anda boleh padankan dengan model.
3 orang model bersedia untuk dipakaikan lingerie pilihan anda. Cubalah, mungkin ini dapat membantu anda memilih lingerie yang sesuai sebagai hadiah untuk harijadi suami anda nanti.
http://www.knickerpicker.com/dressing-room.asp
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 11:54 PM 0 comments
M.E.T Mystery,Excitement,Tease
Wah, dah lama rasanya saya tak update blog ini, bukanlah sengaja tetapi kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan projek luar. Membangunkan perisian untuk sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Jadi masa saya di skrin blogger ini sangat terhad. Lagipun saya banyak habiskan masa di tempat mereka, bukannya di rumah. Online YM pun dah jarang-jarang. Kalau ada pun agak terhad, sekadar nak lihat email saja.
Walaubagaimanapun saya masih mahu blog ini dikemaskini. Tak kiralah 3 hari sekali ke, seminggu sekali ke. Janji ada update kan.
Kali ini saya nak cerita satu istilah, M.E.T (mystery,excitement,tease). Apa tu ? ianya adalah berkaitan dengan penerampilan kita. Ok diringkaskan cerita, apa kata anda buat latihan ini.
1.Sila ambil 3 keping gambar dari perempuan yang sama.
2.gambar pertama (A), berpakaian biasa. Pakai jean biru, t-shirt atau berbaju kurung atau kebaya
3.gambar kedua (B). Tak berpakaian langsung. Ya.. tanpa sebarang pakain. Tutup la sikit tang XXX tu.
4.Gambar ketiga (C). Memakai bustier,garter-belt,g-string dan stocking
tunjukkan ketiga-tiga gambar ni pada suami anda (A,B dan C). Dan minta dia pilih yang mana satukah yang paling seksi pada pandangan dia atau imej yang manakah akan menjadi pilihannya.
Saya tau, anda mungkin menganggap dia akan memilih imej B, tak berpakaian langsung, but wait !!! mungkin selepas berfikir sejenak dia akan memilih imej C.
Itulah yang dipanggil MET. Kenapa ?
OK imej A. Ada sedikit mystery kerana sebahagian besar dari kecantikan tubuh ditutup. Kalau nampak pun mungkinlah susuk badan. Excitement ? Tak ada. kalau ada pun mungkin sedikit sangat. Tease ? Pun ada sedikit.
Imej B. Sudah tentu. Tiada mystery lagi, semuanya dah terbuka. Excitement, ada la sedikit sebab macam mula-mula tadi. Tak ada apa lagi nak di rahsiakan. Semuanya terbuka sudah. Tease , nothing at all
Imej C. Ha..ha. semuanya ada. Mystery ? Yup. Tutup sikit sikit macam tu dah cukup kuat untuk imaginasi lelaki (Suami) membayangkan sesuatu yang indah disebaliknya. Excitement ? Sudah pasti, berpakaian separuh macam tu menjanjikan apa yang akan diterima selanjutnya. Tease ? ya, tutup sikit-sikit dah cukup untuk mencuri perhatian dia.
Jadi adakah anda melepasi syarat-syarat ini. Mungkin ramai antara anda yang hanya prefer imej B sahaja. Mudah, ringkas dan senang. Tapi anda terlepas apa yang dipanggil M.E.T.
Saya tau apa yang boleh berlaku sekiranya anda melepasi syarat MET ini, sudah ramai yang mengamalkannya. Anda bila lagi.
Selamat mencuba
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 10:30 PM 0 comments
Monday, March 17, 2008
Posting Pembaca ~~ Selamat Pengantin Baru ~~
Kiriman daripada:AZA
Email:(Minta dirahsiakan)
Diedit:Tidak
Terimakasih AZA
Love
MrsLingerie
+-------------------------------------------+
Thanks utk Mrs Lingerie coz bagi peluang saya tulis kat sini..sebenarnya saya tak pernah pakai lagi mana2 lingerie pun.coz saya tak kawin lagi..jika d izinkan..ada jodoh..Insya Allah bulan 5 nanti akan berlangsung...Saya rasa bersyukur sangat sebab terjumpa blog ni.. bila dah baca tulisan Mrs Lingerie..semangat saya mcm terbakar..saya rasa kagum sangat dengan dia..saya rasa alangkah bertuahnya andai saya dapat mengenali dia dengan lebih rapat..mesti banyak menda yg saya boleh belajar dari dia...kalau boleh saya nak jadi macam dia.saya nak beli banyak2 lingerie macam dia.
saya dah mula jatuh cinta ngan lingerie..sebelum ni saya giler membeli dan mengumpul perfume.setiap bulan saya akan membeli perfume baru..tapi skarang saya dah jadi giler dengan lingerie lak.kalu boleh sumer saya nak beli.. seminggu selepas saya jumpa blog ni.saya dan tunang ada pergi tengok wayang kat Berjaya Times Square.kat sana saya terserempak dengan kedai jual lingerie.saya tak masuk pun..lalu sambil pandang dari luar jerk..saya sajer cakap ngan tunang "Yang..u suka tak kalu i pakai baju2 camni nanti" dengan senyuman dia menjawab."B, kalu U kalu pakai camni..abislah lunyai i kerjakan U..3 hari i tak keluar bilik" sori lucah sket. tapi itu lah kenyataan yg keluar dari mulut dia.wahhh bila dia da cakap camtu..saya tau dia suka.
saya janji pada diri sendiri..yg saya akan buat kejutan utk dia pada malam pertama nanti..Dengan bantuan dan panduan Mrs Lingerie skarang saya dah ada 3 teddy.. 1 babydoll.1 body stocking.pasni saya akan beli bridal set dan waist cincher pulak.saya beli sumer ni tanpa pengetahuan tunang pun.sajer saya rahsiakan dari dia..biar gugur jantung dia nanti bila tengok saya mengayakan lingerie depan dia..dan saya akan beli lagi setiap bulan 1 atau 2.saya tak rasa rugi langsung bila abiskan duit utk beli benda2 camni..sebab bagi saya ianya 1 pelaburan utk kebahgiaan rumahtangga saya nanti.. Insya Allah..
bila terpandang jer Lingerie yang saya dah ada ni..rasanya tak sabar nak menunggu hari bersejajarah kami nanti...
+------------------------------------------+
Posted by Seksi - mrslingerie at 10:51 PM 1 comments
Labels: posting pembaca
Sunday, March 16, 2008
Garter Belt pastikan stocking tidak melurut ke bawah
Merujuk pada posting saya terdahulu "Mulakan hari ini", dengan memakai stocking yang jenis thigh high. Ok saya rasa dah cukup tempoh seminggu yang saya berikan. Hari ni kita cerita pula pasal "garter belt" apa tu ? Tali pinggang ke. Ianya dikelaskan
sebagai aksesori untuk stocking, walaupun nampak macam tak perlu tapi berbaloi memakainya. Yang pasti stocking yang di pakai tidak akan melurut kebawah. Satin atau silk akan di lekatkan dibahagian pinggang, macam tali pinggang jugak la, tapi ianya elastik. Ada 4 tali yang dipanggil elastik strap dan di hujungnya ada klip yang digunakan untuk memegang stocking
Garter belt dicipta pada tahun 1920an sebelum kedatangan pantyhose, yang juga mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimana pun garter belt masih merupakan pilihan, kerana fungsinya itu sendiri sebagai aksesori stocking yang mempunyai daya penarik.
Banyak jenis,bentuk dan warna yang boleh anda pilih, semuanya mempunyai fungsi yang sama. Saya faham, kenapa nak pakai sesuatu yang kita tak nampak. Saya setuju dengan pandangan dari salah seorang yang yang beri komen dalam posting selebum ni. Kadang-kadang, tubuh badan kita ni perlu dimanjakan sikit. Berilah keistimewaan padanya untuk merasa dibelai.
Saya juga faham, bagaimana kalau kita ni wanita melayu dan berugama Islam, bila nak ambil air sembahyang, kena buka jugak kan ! So baiklah tak payah pakai. Menyusahkan aje. Jangan itu dijadikan alasan. Sembahyang tetap sembahyang. Itu wajib. Tapi berilah peluang tubuh kita merasa apa yang sepatutnya dirasa.
Cuma jangan pakai dan tunjukkan pada public, kalau untuk suami tak pe.
Kat bawah ni saya sertakan gambar garter belt yang betul. Beserta bagaimana ianya di klipkan pada stocking kita.
Selamat mencuba
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 5:29 AM 2 comments
Thursday, March 13, 2008
Posting pmbaca ~~ Lingerie baru ~~
kiriman dari :(minta dirahsiakan)
email :(minta dirahsiakan)
di edit :tidak
Terimakasih
Love
MrsLingerie
+ -------------------------------- +
Harap tidak disiarkan email dan nama saya.
Saya adalah seorang lelaki berstatus suami. Pembaca setia blog ini. Saya telah mencuba formula yang diberikan oleh mrslingerie tentang pemakaian lingerie seksi ini pada isteri saya. Saya membelikan sepasang babydoll dan gown panjang berwarna pink untuk dipakai olehnya di salah sebuah kedai online yang dicadangkan dalan blog ini. (Baru sekarang ini lah saya tau apa itu babydoll, gown,robes etc-etc)
Bungkusan diterima lebih kurang 10 hari dari tarikh pembelian. Sewaktu saya membuka kotak tersebut hati saya berdebar-debar dan jantung berdegup agak laju kerana saya membayangkan bagaimana respon dari isteri apabila saya menyuruh beliau memakainya di hadapan saya.
Sewaktu malam saya memberikan kotak tersebut dan menyuruh beliau membukanya sendiri, agak terkejut juga bila melihat isi kandungannya. Saya berterus terang dengannya yang saya suka bila dia memakainya di hadapan saya. Nasib baik dia memberikan kerjasama.
Malam tersebut dia memakai gown, sungguh indah sekali pandangan saya. Maklumlah sebelum ni tak pernah nampak dia macam tu, asyik-asyik pakaian tidur yang jual kat pasar malam je. Hari ni ternyata kelainannya. Dia sangat cantik dan menawan pada saya.
Malam berikutnya dia mencuba pula babydoll. Bukan sekadar boleh tahan aje. Isteri saya sangat menghairahkan . Tak putus-putus saya memujinya. Memang nyata, berlainan dari biasa. Rasa macam pengantin baru pula. Selainnya tak perlulah saya ceritakan.
Dia bertanya mana saya dapat benda-benda macam ni, saya terus memberikan alamat blog ini. Saya beritahu dia yang saya akan membelikan jenis lain pula pada bulan hadapan. Mungkin yang lebih mengancam lagi. Nampaknya tiada bantahan :)
+ -------------------------------+
Posted by Seksi - mrslingerie at 1:22 PM 1 comments
Labels: posting pembaca
Wednesday, March 12, 2008
Posting pembaca ~~ Pengalaman untuk di kongsi ~~
kiriman dari :Azia
email :(minta dirahsiakan)
di edit :tidak
Terimakasih Azia
Love
MrsLingerie
+ ---------------------------------- +
Terima kasih kepada Mrs Lingerie kerana memberi tempat bagi saya menulis.
+ ------------------------------------------- +
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:34 AM 0 comments
Labels: posting pembaca
Terimakasih kepada yang memberi teguran
Saya ucapkan terimakasih pada beberapa orang pembaca blog saya yang menghantar email mengenai kesilapan ejaan yang sangat kerap saya lakukan. Saya akui memang silap saya. Im getting old..
Saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tapi kadang -kadang tu silap jugak, walaupun berulang kali saya semak dan semak dan semak. Terlepas pandang.
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 5:32 AM 0 comments
Tuesday, March 11, 2008
Perlu tahu mengenai seksi lingerie dahulu
Saya tahu, ramai suami yang teringin nak lihat isterinya memakai lingerie-lingerie yang seksi ni, jangankan yang seksi, yang ganas-ganas pun ada juga yang teringin, tapi golongan yang berani berterus terang dengan isteri amat sedikit menyebabkan hasrat suami tak kesampaian.
Saya dah post beberapa cerita mengenai perkara ni, antaranya dalam posting saya di http://www.mrslingerieonline.com/2008/03/kenapa-enggan-pakai-lingerie-seksi.html pada 1 Mac 2008 yang lalu. Saya nak tambah lagi disini. Untuk kita yang baru nak mencuba mengenakan lingerie seksi dipakai di badan, kita kena tahu, apa fungsi lingerie seksi itu sendiri. Ingat, lingerie bukanlah hanya sekadar pakaian dalam, tetapi kekuatannya yang mampu memicu ghairah suami perlu diambil kira.
Saya tertarik dengan posting yang dibuat oleh Azia di http://www.mrslingerieonline.com/2008/03/tulisan-pertama-dari-azia.html pada 1 March 2008 dahulu. Ada komen dari fashionable wife mengenai posting tersebut. Sedikit sebanyak akan menolong anda untuk mengetahui fungsi-fungsi dan kegunaan lingerie seksi ini, selain dari fungsi asalnya sebagai pakaian dalam.
Anda juga boleh baca komen dari anonymous mengenai fungsi lingerie seksi ini di http://www.mrslingerieonline.com/2008/03/kenapa-enggan-pakai-lingerie-seksi.html (sila rujuk bahagian komen). Bagus pandangan mereka. Berfikiran positif. Itulah gunanya saya letakkan ruangan "POST ARTIKEL" semua orang boleh menyuarakan pendapat mereka, terimakasih Azia dan anonymous. Anda bila lagi ? Ada pendapat atau pengalaman, kenapa tidak kita kongsi bersama.
Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini ialah .."EDUCATE". Sebelum mencuba sesuatu yang baru kita hendaklah tahu serba sedikit mengenai sesuatu yang baru itu. Saya jamin, isteri akan terkejut dan mungkin tersipu-sipu atau mungkin marah pada anda (suami) sekiranya tiba-tiba anda belikan sepasang teddy atau babydoll dan suruh dia memakainya, tanpa diberitahu. "Buang tabiat kot laki aku ni". Itulah biasanya jawapan yang akan dikeluarkan.
Carilah maklumat yang boleh membantu anda. Disamping blog ini, banyak rujukan lain yang boleh anda gunakan. Pergilah ke Google dan taipkan "Seksi lingerie" atau "lingerie" atau yang berkaitan. Terlalu banyak maklumat yang boleh anda dapat nanti. Dengan teknology yang ada sekarang, segalanya hanya dengan ketukan jari di keyboard dan sedikit klik di mouse anda, informasi akan datang terus ke hadapan mata. Hanya kita yang mahu atau tidak.
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 9:48 PM 4 comments
Mood pilihanraya
Dah lama rasanya saya tak update blog ni. Maklum lah, baru lepas pilihanraya. Mengantuk masa menunggu keputusan pun masih belum hilang lagi. PRU12 dah pun selesai, yang menang harap dapat tunaikan jani yang telah ditabur semasa berkempen dulu, yang kalah, jangan putus asa. Cuba lagi di penggal yang akan datang.
Sebenarnya kebelakangan ni, saya agak sibuk dengan projek lain, menyebabkan masa saya dihadapan komputer agak terhad. Walaubagaimanapun saya cuba sedaya upaya untuk update blog ini sekerap mungkin. Itu sebabnya saya adakan ruangan "POST ARTIKEL" . Bolehlah anda menyumbang idea untuk dikongsi bersama. Saya amat hargai kepada penyumbang penyumbang artikel ke blog saya. Saya harap ramai lagi yang sudi membantu saya dalam mengemaskini blog ini.
Disamping tu, sekarang ni saya pun agak sibuk menyiapkan website perniagaan. Buat program dan skrip sendiri, saya tau banyak progam-program ready made yang dijual diluar sana, tapi semuanya dalam Bahasa Inggeris. Saya lebih sukakan bahasa malaysia. Sebab target pembaca saya ialah orang Malaysia. Jadi nak tak nak kena la buat sendiri. Bukan senang nak buat shopping cart sendiri, lepas tu nak integrate lagi dengan payment gateway. Banyak faktor yang kena fikirkan. Jadi disebabkan kesibukan saya , kuranglah masa dan tumpuan saya kat blog ini, harap anda sudi meluangkan sedikit masa dan idea untuk menulis sedikit artikel di blog ini.
Lagipun ini kali pertama saya setup perniagaan internet dengan menulis program sendiri. Pening jugak. Nasib baik la ada bantuan dari husband. Maklumlah dah tua-tua ni, otak dah tak mampu nak berfikir secara cergas. Kena banyak makan vitamin C kot ?
Sebenarnya ramai yang meminta saya buat website menjual lingerie, sebab payah nak beli kat luar negara, itu la, sekarang ni tengah menuntut ilmu camana nak buat. Mungkin lepas ni kalau anda nak beli lingerie, boleh beli kat website baru tu nanti. Saya ni , ilmu perniagaan kurang. Ilmu teknikal tu banyaklah....
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 12:27 AM 3 comments
Friday, March 7, 2008
Mulakan hari ini
Jadi anda dah buat keputusan nak bermula hari ini. Ok ini ada sedikit tip kepada yang baru nak mencuba memakai lingerie seksi. Mulakan dengan yang mudah dahulu. Mulakan dengan menambahkan keyakinan dalam diri anda, bila dah yakin barulah boleh sambung dengan yang jenis lain.
Buat masa ni, tak payahlah nak cuba cuba babydoll atau teddy dulu. Sebab kalau tak pernah pakai jenis tu, sure nanti anda merasa malu. Maklumlah .. lom pernah try...So, pertama sekali anda cuba dapatkan stocking yang jenis thigh high. Thigh high ni ialah stocking yang panjangnya sampai ke pangkal peha. (Gambar)
Oh ya, sebelum tu. Yang biasa anda pakai tu dipanggil knee high stocking. Alah yang banyak jual kat kedai aksesori wanita tu. Stocking jenis ni fungsinya ialah untuk menutup parut-parut atau apa apa tompok yang tak sedap dipandang. Berwarna hampir-hampir dengan warna kulit. Tak ada yang fancy-fancy punya. Fungsi yang kedua pula ialah untuk melindungi kulit kaki kita dari terkena pancaran UV matahari. Dan fungsi yang ketiga adalah untuk mengurangkan kesejukan sekiranya anda bekerja dalam aircond. Itulah fungsinya yang saya tahu.
Ok, balik semula. Thigh high stocking ni fungsinya sama dengan knee high stocking cuma bezanya, ianya lebih berkualiti dan stailnya yang bermacam-macam. Dan lagi satu ada macam-macam warna. Merah,biru,putih,gelap dan corak pun berbeza-beza.
Untuk dipakai hari-hari biasa, pilihlah yang mempunyai warna yang hampir-hampir sama dengan warna kulit atau warna putih atau gelap. Jangan la cari yang warna merah pulak. Nanti anda akan jadi perhatian.
Pakailah bila anda pergi bekerja, kenakan dengan baju kurung atau seluar panjang. Bekerjalah seperti biasa. Pakai seminggu atau dua minggu ikut kesesuaian. Kalau anda surirumah, tak bolehlah nak pakai selalu sebab nanti nak bersilat kat dapur atau main kejar-kejar dengan mesin basuh. Kotor la pulak. Stocking jenis ini mahal tau ! . Dalam kes ini anda boleh pakai semasa pergi keluar, pegi kedai runcit ke, hantar anak sekolah ke. Tak kisahlah. Ikut kesesuaian. Yang penting, pakai.
Pakailah seminggu dua, anda boleh rasa confident level bertambah kerana terasa akan nylon tersebut membalut lembut kaki anda yang cantik tu.
*Masa nak siap-siap pergi kerja tu, curi-curi la tunjuk anda tengah pakai depan suami. Bagi dia nampak, tapi buatla muka selamba je.
Ingat pesan saya, pakai hanya untuk diri sendiri, bukan untuk ditayangkan pada umum tau. Pada sesiapa yang pegi kerja pakai skirt, elok-elok la tukar pada baju kurung. :)
Lepas seminggu dua anda mencubanya, saya yakin anda akan beli yang lain pula. Kenapa ? Ta percayaaa ...
Selamat tinggal pada knee high stocking yang murah. Tukarlah pada Thigh high stocking hari ini.
Semoga anda bertambah yakin dengan diri anda. Kenapa saya kata begitu, kerana apabila anda mencubanya, bermakna anda sudahpun yakin yang memakai thigh high stocking adalah berbaloi.
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 7:25 AM 7 comments
Wednesday, March 5, 2008
Posting pembaca - ~~~ ADA KELAINAN ~~~
kiriman dari :istericantik
email :(minta dirahsiakan)
di edit :tidak
Terimakasih istericantik
Love
MrsLingerie
+ --------------------------------- +
Saya adalah pembaca setia blog mrslingerie ini, kandungan yang ringkas dengan bahasa yang mudah iaitu bahasa malaysia walaupun diselang-selikan dengan bahasa inggeris. Saya boleh katakan tidak ada iklan di blog ini. Gogle adsense pun tak ada. Jadi saya tahu, blog ini adalah blog informasi semata-mata.
Berbeza dengan blog lain, yang kebanyakannya 60 hingga 70 peratus bahagian dipenuhi dengan iklan yang berbagai-bagai. Sehingga kadang-kadang saya tak tahu yang mana satu kandungan dan yang mana satu iklan.
Saya mengikuti perkembangan blog ini bermula Jan 2008. Dari sehari ke sehari saya lihat cerita makin menarik dan semakin ramai pelawat. Barulah sekarang saya tahu apa itu bustier,teddy,garter dsbnya. Dan akhirnya.. secara tak sengaja terbeli "BABYDOLL"
Saya cuma nak beritahu disini, selepas mencubanya dihadapan suami, saya boleh katakan.
" ~~~ ADA KELAINAN ~~~"
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:41 PM 8 comments
Labels: posting pembaca
Monday, March 3, 2008
Post artikel ke Blog, syarat dan peraturan
Merujuk pada posting saya sebelum ini mengenai "POST ARTIKEL" ke Blog MrsLingerie. Walaupun anda dibenarkan membuat posting , masih terdapat syarat dan peraturan yang perlu anda patuhi. Syarat dan peraturan adalah seperti berikut
- Semua tulisan hendaklah mempunyai mesej yang jelas untuk disampaikan.
- Tulisan anda hendaklah mempunyai kaitan dengan tema blog ini.
- Adalah digalakkan anda menghantar tulisan berbentuk nasihat,pengalaman, galakan dan cadangan dan pandangan.
- Walaupun sistem membenarkan anda tidak memasukkan email, adalah digalakkkan anda memasukkan email. Beranilah dengan apa yang anda tulis.
- Sebarang bentuk cerita mengenai diri sendiri juga dibenarkan, tetapi hendaklah dalam skop umum sahaja.
- Jangan letakkan nama sendiri atau sebarang maklumat peribadi anda, ini bersesuaian dengan polisi blog ini. Respects peoples privacy. Sebaliknya gunakan nama samaran.
- Jangan letakkan sebarang nombor telefon sesiapa.
- Provokasi, fitnah, mengutuk dan sebagainya tidak dibenarkan.
- No MLM ,No Politics Please.
- Sebarang iklan dan promosi samada produk atau website juga dilarang.
Itu saja peraturan ringkas yang perlu buat setakat ini. Sekiranya ada yang lain, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Anda ada sebarang cerita atau tajuk menarik ? Ayuh kongsikan bersama.
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:38 PM 0 comments
Kenapa lingerie seksi mahal
Soalan baik ni. Kenapa mahal ye ?
Memang boleh dipersoalkan. Kalau kita lihat beberapa halaman web yang menjual lingerie seksi ini. Memang mahal, tetapi masih dalam kadar mampu la. Cuba browse http://www.chicwear.com.my . Dan cuba lihat berapa harga yang dipaparkan. Sepasang babydoll. Boleh tahan kan.
Kalau nak ikutkan, kenapa la mahal sangat sedangkan kainnya sikit aje. Jarang pulak tu. Ok saya beri sedikit penjelasan mengenai perkara ni.
Kenapa ianya mahal ?
- Dari segi mertabat tubuh anda sendiri. Lingerie adalah benda pertama yang menyentuh tubuh kita. Tak kiralah ianya nipis atau jarang. Berikan layanan istimewa pada tubuh kita itu. Apa salahnya mahal sedikit.
- Dari segi kebolehannya mengundang ghairah suami. Apakah nilainya wang dikeluarkan untuk membeli lingerie berbanding dengan keupayaannya untuk memacu ghairah suami pada anda ?
- Kualiti fabrik yang digunakan. Biasanya fabrik yang digunakan untuk membuat lingerie adalah mahal. Itu sebab ianya lembut dan selesa dipakai, walaupun kainnya amat sedikit.
- Designnya yang berbagai-bagai bentuk dan warna, memerlukan pakar pakar khas. Kadang-kadang ada design yang kita tengok tu, walaupun ringkas tetapi amat menarik. Siapakah yang mereka ciptanya ? Tentulah pakar-pakar lingerie.
- Kos shipping. Tahukah anda untuk menghantar sepasang babydoll yang beratnya kurang dari 1 kilogram, kos penghantaran ialah sebanyak USD26.
(rujuk posting saya sebelum ini di bahagian contoh invois http://www.mrslingerieonline.com/2008/01/proses-pembelian-seksi-lingerie-anda.html). - "Demand dan supply" Biasalah, kurang permintaan harga akan tinggi
- Cukai dan Kastam dan perkara perkara lain yang bersangkutan
- Penjual berisiko barang jualannya tidak terjual kerana orang tak beli lingerie tiap tiap hari.
- Kurangnya kedai kedai menjual lingerie di Malaysia.
- Pasaran lingerie adalah kecil, tak semua orang minat nak beli lingerie dan tak semua orang tahu apa itu "Lingerie Seksi"
Itu saja rasanya yang dapat saya berikan ulasan. Mungkin anda ada nak tambah.
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:31 AM 1 comments
Saturday, March 1, 2008
Kenapa enggan pakai lingerie seksi
Saya berada di sebuah pusat membeli belah JayaJusco di Kuala Lumpur. Dibahagian pakain perempuan, seronok memilih milih sambil menjamu mata. Ingat nak cari sepasang dua. Di bahagian kiri saya tergantung sepasang babydoll berwarna purple. Cantik, jarang dan nipis. Sesuai la kalau nak buat pakaian tidur.
Di belakang saya terdapat sepasang suami isteri. Si isteri sibuk memilih pakaian dan si suami sibuk dengan anak kecil. Rasanya dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Terdengar kata-kata dari si suami. "Eh tengok kat atas tu, cantik baju tidur yang purple tu. Saya belikan untuk awak nak !!" dari perbualan tersebut saya tau, si suami maksudkan ialah babydoll tesebut.
"Eh tak minat la saya, abang nak saya pakai baju tu, macam tak pakai je ! habis semua nampak" terdengar suara dari si isteri sambil ketawa kecil.
"Alah apa salahnya, cantik apa, buat naju tidur" balas si suami.
"Tak nak la bang ! saya tak pernah pakai macam tu, lagipun malu la anak nampak nanti. Apa kata diaorang pula, lagipun mahal la .. membazir je, baik belikan baju si Alif" (mungkin alif nama anak mereka).
"Ok lah..." balas si suami ringkas. Sepi sebentar. Beberapa minit kemudian mereka berlalu. Sempat saya menjeling pada mereka. Nampak sedikit rasa kekecewaan dari raut wajah suami, sambil matanya meleret pada babydoll purple tersebut.
Dari cerita di atas, nyata isteri tidak berminat dengan babydoll tersebut sedangkan suami bersedia untuk membelikannya sekiranya isteri mahu. Walau bagaimanapun, si isteri silap besar. Inilah peluangnya kalau nak cuba pakai seksi depan suami. sebaliknya dia memilih untuk memberikan peruntukan dari suaminya dengan membelikan baju untuk si anak.
KENAPA ENGGAN PAKAI LINGERIE SEKSI ?
ada beberapa faktor yang boleh saya katakan disini. antaranya ialah
- Bukan budaya penduduk Malaysia, khususnya bangsa melayu. Ini bermakna, tak ramai wanita melayu yang berminat mengenakan pakaian tidur yang nipis, jarang dan menggoda. Sedangkan di negara barat, lingerie yang nipis dan jarang adalah perkara biasa dikenakan sebagai pakaian tidur. Tidak hairanlah ada remaja berumur 15 tahun hingga ke nenek berumur 60 tahun ada set pakaian begini.
- Budaya barat semuanya tidak elok. Anggapan kita, budaya tersebut tidak sesuai di sini. Mereka menganggap sipemakai yang berpakaian sebegitu mempunyai perangai yang tidak elok. Sampai ada yang sanggup kata. Hanya P*L*C*R yang berpakaian begitu.
- Faktor usia. Wanita yang berumur 40 tahun ke atas malah yang berumur 35 tahun ke atas menganggap seks bukanlah satu perkara wajib. Lebih lebih lagi yang dah ada 2 hingga 5 orang anak. Seks tidak termasuk dalam senarai utama, sebaliknya mungkin di senarai paling bawah. Sudah tentu adalah dirasakan membazir membeli sepasang lingerie seksi sebagai satu cara mengundag ghairah, bukanlah pilihan yang tepat. Buat apa nak pakai sesuatu yang akan dilucutkan semula ?
- Faktor body figure. Ramai yang beranggapan, untuk pakai lingerie seksi ini, body kena cantik. Macam model Victoria secret. Barulah sesuai. Jadi mana mana wanita yang merasakan mempunyai saiz L atau XL tak payahlah mimpi nak pakai lingerie seksi ni. Mereka rasa, kalau body tak cantik, pakai seksi, akan membuatkan suami tertawa atau mungkin rasa nak muntah dan menggelikan. Betul ke ? Apa guna direka bermacam-macam jenis. Plus size pun ada, khas untuk wanita besar. Babydoll direka untuk menutupi bahagian tummy yang besar. Korset/bustier untuk membentuk bentuk badan yang cantik.
- Faktor malu. Ini antara faktor yang selalu didengar. Malu nak beli. Ini semua sikap. Sebenarnya tak ada siapa yang ambil peduli dengan apa yang anda nak beli. Itu hanyalah perasaan anda sahaja. Ini kerana lingerie adalah berkait rapat dengan bahagian sulit wanita. Dan sebagai orang melayu. Sesuatu yang berkaitan dengan bahagian sulit tidak boleh dibincangkan. Bahagian sulit melibatkan seks dan seks tidak sepatutya dibincangkan. Itu sebabnya ramai perempuan melayu kurang pengetahuan pasal seks. Ini kerana dari kecil mereka dididik dengan satu sifat "MALU". Dan akhirnya mereka gagal menghayati erti "married live" itu sendiri.
- Faktor susah nak cari. Betul !! Tak banyak kedai yang menjual lingerie seksi ni. Ini adalah berkaitan dengan faktor pertama tadi. So kalau susah sangat nak cari,l tak payahlah. ini pula berkaitan dengan faktor ketiga. Buat apa nak susah susah pada sesuatu yang tidak mendapat keutamaan "periority". Tapi anda silap, sekarang ni dah banyak kedai lingerie menjual secara online. Lebih banyak pilihan. Lebih mudah membeli, tanpa ada perlu bangun dari kerusi. Tapi tak boleh jugak. Nak kena guna kad kredit, takut kena fraud, tak de kad kredit dan macam macam lagi. Alasan dan alasan.
- Dan yang terakhir, faktor harga. Balik kepada teori ekonomi "demand and supply". Biasalah kalau permintaan tak banyak dan supply kurang. Harga akan jadi tinggi. Ditambah pula dengan sangat kurangnya kedai-kedai yang menjual lingerie seksi ini. Lingerie seksi ini bukanlah barang mewah tetapi ianya juga bukan barang murah.
Itu saja yang dapat saya simpulkan mengenai cerita tadi. Sekiranya anda ada nak tambah sila lah tambah di bahagian "POST ARTIKEL" untuk bacaan kita semua.
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:44 PM 2 comments
Tulisan pertama dari AZIA
Kiriman daripada:Azia
Email : (minta dirahsiakan)
Di Edit ? :Tidak
Terimakasih Azia
Love
MrsLingerie
+ ------------------------- +
Prasangka tentang lingerie biasanya mengaitkan dengan sesuatu yang negatif. Ramai orang mengandaikan bahawa jika pakai lingerie, ni jenis 'perempuan murah' la. Tapi hakikatnya, lingerie ialah salah stu jenis pakaian dalam yang sama fungsinya sepertimana pakaian dalamlain. Cuma, lingerie biasanya didatangkan dengan paten yang seksi. Tujuannya sama. Memberi keselesaan kepada pemakai adalah fungsi lingerie disamping ianya sebagai daya penarik bagi hubungan intim.
Disini, kita janganlah maksudkan untuk sesuatu yang menyalahi hukum agama, fikirkan ini semua untuk kebaikan rumahtangga. Apalah guna sebagai isteri jika tidak dapat memberi semua yang ada untuk tatapan suami? Suami adalah peladang dan sebagai tanahnya.
Mungkin, kebanyakkan dari kita terlalu di'obses'kan terhadap persepsi pemakai lingerie dengan filem barat yang mengetengahkan lingerie sebagai watak pengoda. Memang inilah tujuan lingerie. Mengoda. Tetapi, disini, skop godaan ini diterapkan kepada hubungan rumahtangga. Jangan pula nak mengoda selain dari yang sepatutnya.
Walau apa pun, ayuhlah semua para isteri agar mencari jalan keluar bagi sesuatu yang membelenggu irama keintiman hubungan suami isteri. Tanyalah suami anda, akan ada yang setuju jika kita memakai lingerie seksi untuknya.
Persepsi tentang lingerie haruslah diubah bukan hanya oleh para isteri tetapi juga oleh suami. Masyarakat tidak seharusnya tahu apa yang kita pakai kerana ini hak kita sebagai suami isteri. Janji bahagia.
Posted by Seksi - mrslingerie at 6:11 PM 6 comments
Labels: posting pembaca
Ruangan Baru - Suarakan pendapat dan tulisan anda
Dalam usaha saya untuk mengembangkan blog ini, Kali ini saya wujudkan ruang baru yang dipanggil artikel pembaca. Dalam ruangan ini anda boleh menyuarakan pendapat,komen,cetusan isi hati,pengalaman,perasaan gembira,perasaan marah,teruja,isu hubungan suami isteri secara umum,petua,tips-tips kesihatan,tips penjagaan badan dan pemakanan atau menulis sebarang artikel bebas tentang apa sahaja yang berkaitan dengan tema blog ini. Lingerie Seksi Ghairah Suami.
Artikel yang berjaya akan akan dipostkan ke blog ini dan penulis akan mendapat kredit. Sekiranya penulis ada ruangan blog atau website, ianya akan dimasukkan dalam ruangan blogroll saya.
Tulisan hendaklah disertakan dengan nama(samaran) dan email. Sertakan juga website atau blog anda sekiranya ada.
Setiap tulisan saya akan preview dahulu dan mungkin saya akan edit sedikit-sedikit. Idea idea bernas dan pendapat anda amat diperlukan untuk pengetahuan mereka yang lain.
Anda tidak perlukan pengetahuan HTML untuk menulis, editor WYSIWYG disediakan. Anda boleh upload image, masukkan link, format paragraph dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sebarang bentuk tulisan yang melibatkan iklan MLM dan SKIM CEPAT KAYA serta EMAIL berantai adalah dilarang sama sekali. Tulisan tulisan melibatkan politik juga dilarang. Biarlah mereka yang pakar sahaja berbicara tentang politik
Anda boleh menulis dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris atau bahasa indonesia. Asalkan orang faham apa yang anda nak sampaikan.
Saya letakkan menunya di sebelah kiri "POST ARTIKEL". Imej adalah seperti dibawah. Boleh klik untuk mulakan tulisan anda
Jadi, jangan tunggu lagi, keluarkan semua yang anda pendamkan. Tulislah apa saja yang berkaitan.
Selamat menulis
Love
MrsLingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:02 AM 1 comments








