Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Tuesday, July 22, 2008

Lingerie design baru dan lingerie XL

Kepada semua pembaca, sekarang anda sudah boleh mendapatkan lingerie bersaiz XL dan XXL di laman web http://www.lingerie-power.com.

Buat masa ni, pilihan adalah agak terhad. Saya akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa mendapatkan design yang terbaru untuk anda.

Layari laman web lingerie-power dan klik butang "limited design"

Terimakasih

Monday, July 21, 2008

New lingerie design, sedia untuk dipilih saiz XL,CHEMISES dan new PANTY design

Seperti mana yang saya janjikan, saya dah bawak masuk 3 jenis design lingerie terbaru untuk bersaiz XL. Saya minta maaf kerana tak dapat bawak masuk banyak kerana kehabisan stock dari supplier. Lagi pun lingerie saiz besar memang tak banyak yang ada.

Kat bawah ni disertakan gambarnya. Kejap lagi saya akan update kat lingerie power untuk dibuat tempahan

LINGERIE SAIZ XL




* Yang ini warna pink sahaja



NEW CHEMISES




New g-string panty - Very sheer





Akan dikemaskini dalam website lingerie power secepat mungkin

Sunday, July 20, 2008

~~ Posting Pembaca - Jangan Hampakan suami ~~

Kiriman dari:cheq-sue
email : sue@cheq-sue.com
Terimakasih Cheq sue

+ -------------------------------------------------------------------------------------

Apabila membaca artikel bertajuk "Jangan Lupa Jadi ISTERI Setelah Bergelar IBU" di blog Miss Lingerie, cheq teringatkan suasana yg sama pernah cheq alami setelah kelahiran anak yang kedua. Penyakit utama ialah "malas dan letih".

Kita begitu seronok dan leka membelai si manja kecil hingga lupa 'si manja besar' juga perlukan belaian daripada kita. Entah ke berapa kalinya permintaan untuk bersama sering ditolak dengan pelbagai alasan, akhirnya suami tertidur kehampaan.

Berdosanya kita sehingga ke pagi "dilaknati Malaikat".....mungkin kerana sering menghampakan permintaan suami akhirnya kita semakin hilang selera dan menghidapi keputihan. Terasa seperti "nikmat" itu telah ditarik olehNya.


Setelah mengenali Miss Lingerie, cheq begitu terpegun dengan keprihatinan beliau pada kepentingan hubungan intim suami isteri. Ingin mengembalikan keintiman tersebut, maka cheq mula berjinak-jinak dengan lingerie seksi.

Memang mengujakan tetapi apalah ertinya penampilan yang cantik dan seksi jika "nikmat" itu tidak dapat dirasai sepenuhnya dek kerana masalah kesihatan pada organ intim. Terima kasih buat suami tercinta kerana telah memperkenalkan "fabuline capsule" kepada cheq.


Terima kasih juga kepada Miss Lingerie kerana menyedarkan cheq betapa perlunya bagi seseorang wanita mengambil berat berkaitan hubungan intim.

Saturday, July 19, 2008

Serlahkan figure anda dengan corset

Saya dah pernah buat posting beberapa kali mengenai corset sebelum ini, rasanya pada feb atau jan dulu. Saya pun dah tak ingat sebab banyak sangat saya dah tulis.

Apa itu corset ?




Corset atau nama lainnya girdle, dengan nama bahasa melayunya, bengkung. Semuanya membawa maksud yang sama dan dengan tujuan yang sama. Tujuannya adalah membentuk pinggang supaya nampak ramping. Dulu masa zaman selepas bersalin, ibu-ibu akan gunakan bengkung. Sejenis kain yang panjang beberapa meter, dililitkan di bahagian pinggang atau perut dengan tujuan untuk mengembalikan kerampingan kita ke bentuk asal. Jadi dalam ertikata yang mudah, ianya digunakan untuk merampingkan semula pinggang kita.




Zaman sekarang, bengkung atau corset telah di "extend" penggunaannya. Disamping tugas utamanya untuk memberikan bentuk yang cantik pada pinggang kita, ianya juga boleh berfungsi sebagai "mangkin" pada suami apabila ia melihat pada bentuk pinggang kita yang seksi dan mantap dibalut dengan corset (selepas ini saya akan gunakan corset sebagai merujuk kepada bengkung)


Anda tentu dah tahu kan, bentuk badan yang ramping adalah antara daya tarikan utama yang ada pada kita? Tapi malangnya kita sia-siakan anugerah ini. Kebanyakan kita membiarkan anugerah tersebut "kembang" begitu saja tanpa dijaga. Puncanya ... "makan..."




Jadi disamping kita berusaha untuk mendapatkan kembali anugerah tersebut, maka perlulah dibantu juga dengan corset.


Terdapat berbagai bagai jenis corset yang dijual. Yang mahal beribu ringgit seperti premium beautiful,Crony,natasya dsb. Dan jangan lupa ada juga corset yang murah yang fungsinya untuk menampakkan keseksian tubuh anda. Corset jenis ini biasanya didatangkan dengan pelbagai corak, warna dan design. Ada juga corset yang digunakan untuk menunjukkan kenakalan anda seperti PVC corset.
Anda boleh lihat beberapa design corset yang ada di http://www.lingerie-power.com/ . Saya ada sertakan beberapa gambar corset yang sesuai untuk tujuan itu. Cubalah. Kesemua corset ini ada terjual di lingerie power. Pastikan saiz anda terlebih dahulu. Klik untuk gambar besar.












* rujuk posting saya terdahulu mengenai corset
1.http://www.mrslingerieonline.com/2007/12/waist-cincher-seksi-saya.html
2.http://www.mrslingerieonline.com/2008/01/nak-seksinak-cantik-nak-slim-gunakan.html

Thursday, July 17, 2008

Maaf atas kelewatan penghantaran

Saya ingin memohon maaf kepada anda yang membuat pembelian bermula 16/07/2008 dan 17/07/2008. Item yang anda pesan hanya dapat dihantar pada hari ini (18/07/2008) dan bukan pada 17/07/208. Ini kerana terdapat gangguan capaian ke pengkalan data menyebabkan saya tidak dapat mengakses maklumat penghantaran.


Masalah tersebut hanya dapat diatasi pada hari ini 18/07/2008 dan item yang telah anda pesan sudah dihantar pada hari yang sama iaitu hari ini. Sila semak email anda untuk mendapatkan no tracking poslaju
Sekali lagi saya memohon maaf

Wednesday, July 16, 2008

Lingerie Plus XL dan XXL - Sudah dibuat pesanan

Sebenarnya saya mendapat banyak email dari anda bertanyakan lingerie plus size. Iiatu lingerie bersaiz XL dan XXL. Saya faham tak semua orang dikurniakan dengan bentuk badan yang kiut miut, kecil molek, kurus ramping.

Ada juga antara kita yang semula jadinya berbadan besar. Itu adalah lebih baik dari kita yang asalnya kecil molek, kurus ramping tapi lepas kahwin jadi "kembang" macam belon.
Mereke juga mesti diberikan peluang untuk mencuba lingerie seksi untuk suami mereka. Untuk itu saya berusaha untuk mendapatkan bebeapa design lingerie seksi bersaiz XL dan XXL. Setakat ini saya sudah mendapat beberapa helai untuk mereka yang berbadan besar ni.
Rasanya pada 21 hb nanti akan sampai. Sekarang ni dalam perjalanan ke Malaysia. Bergantung juga pada pelepasan kastam. Setibanya stock tersebut saya akan publishkan secepat mungkin.
Cuma tak banyak sangat design yang ada. Stock dari pembekal amat terhad
Nantikan kemunculannya di http://www.lingerie-power.com/

Sunday, July 13, 2008

~~ Posting pembaca - First time pakai teddy

Posting dari:azah
Thank you azah
+-----------------------------------------------------------+
Hai semua, hai mrslingerie
Ni nak cerita sikit pasal pengalaman saya pakai lingerie seksi ni, saya ni orang kampung, tak tau pun pasal lingerie. Saya terjumpa blog ini pun melalui google. Masa tu nak cari web yang cerita pasal cara2 nak jadi seksi, alih2 terjumpa blog ni.
Setelah saya baca dan baca, hati sudah mula terpaut untuk mencuba, tanpa pikiq panjang saya terus menghantar email pada mrslingerie camana nak mula. Dia nasihatkan saya supaya mula dengan babydoll supaya nampak lebih anggun sikit katanya. Bagaimanapun saya membuat keputusan untuk abaikan nasihat dia (sorry mrslingerie..).
Saya terus order teddy (baru sekarang tau istilah) biru yang macam pakaian mandi tu. Dua hari lepas tu saya terima barang tersebut, dan kebetulan saya bercuti pada hari tu. Wah .. bila dibuka. Alamak !!! keciknya.... macam tak dak kain pun. Camana nak pakai ni. Sy cuba ikut nasihat mrslingerie , pakai sebagai pakaian dalam. Mula2 pkai rasa semacam la. Nak describe pun tak pandai. Cuba sendiri la.
Malamnya, saya wat tak tau je. Abg pun memang tak tau..Last-last saya kata kat dia, ada kejutan untuk you tau !! dia kata apa ? saya kata tengok la sendiri... (di edit oleh mrslingerie)
Mak aii... macam nak keluar biji mata dia .... "Mana dapat ni ?" Saya kata tak perlu tanya. Kalau nak lain punya , abg bagi je duit.. nanti saya beli. Huh !! terus je dia tanya "berapa awak nak ?"
Dia kata dia sangat suka dengan cara saya yang baru ni. Siap dia kata tak payah bukak la. Bukak tak best.. selainnya tak nak cerita la.
Apa apa pun saya amat gembira. Cik Abg pun lagi bertambah-tambah gembiranya.
Terimakasih kerana memberi saya idea baru untuk menghangatkan hubungan kami.

Saturday, July 12, 2008

New Poll

Saya dah tambahkan satu poll lagi.Iaiu sebab sebab kenapa isteri tak nak pakai lingerie seksi ni sebagai satu cara nak tambahkan spicy dalam hubungan suami isteri. Suami isteri boleh membuat undian. Jawablah dengan ikhlas kerana data ini berguna untuk kita semua.
Selamat mengundi

Keputusan Poll


Dua bulan yang lepas saya telah sediakan 3 poll iaitu


1.Bahagian mana pada isteri yang paling seksi

2.Isteri lebih mengghairahkan bila ?

3.Yang mana lebih seksi. Thong atau G string


Dibawah ini saya sertakan ringkasannya. Mungkin ini boleh menjadi panduan pada anda sebagai isteri atau suami memahami apa yang sepatunya anda lakukan bagi menambahkan lagi spicy dalam hubungan sebagai suami isteri.







Saya mengucapkan terimakasih kepada anda yang mengambil bahagian dalam undian ini.




MrsLingerie

Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.


Suka blog ini ? Beritahu kawan

Jangan Asyik jadi "CLEANER"

Pernahkah and berjalan-jalan di pusat membeli-belah atau pergi ke kompleks kerajaan atau bangunan bangunan besar di bandar bandar?. Saya pasti tentu pernah kan ?



Selalu tak anda nampak pekerja-pekerja pencuci di sana ? Ada yang menyapu lantai, menggilap tingkap dan sebagainya. Tapi yang selalu kita nampak ialah tukang sapu. Yang kerjanya membersihkan lantai. Kita patut berterimakasih kepada mereka kerana dengan adanya merekalah tempat-tempat tersebut sentiasa bersih. Mereka ini dipanggil "Cleaner" dan mereka dibayar gaji untuk melakukan kerja-kerja tersebut.




Ada dua isu yang saya nak sampaikan berkenaan cerita di atas.


Pertama,


ada sesetengah surirumah sepenuh masa, terlalu taksub dengan kebersihan rumah mereka. Dari pagi hingga ke malam kerjanya hanya membersih/menghias rumah. Bagus orang macam ni, mementingkan kebersihan. Jangankan sampah sehelai, sebutir habuk pun payah kita nak jumpa kat rumah dia. Bagi mereka, kebersihan dan kekemasan rumah adalah perkara utama dalam kerja-kerja seharian. menghias dari meja,kerusi, dinding,langsir dan semua perkakasan rumah. Penyapu dan Mop adalah sahabat sejati diselang seli pula dengan bulu ayam (penyapu bulu ayam)




Bayangkan apabila seharian melakukan tugas-tugas "CLEANER" mereka akan jadi letih. Hingga lupa nak "hias" diri sendiri. Anda bukan superwoman atau catwoman. Memanglah rumah sentiasa kemas dan bersih akan membuatkan hati kita sentiasa lapang. Tetapi bagaimana pula disebabkan keletihan dengan kerja-kerja rumah, badan kita sendiri yang "semak" akan dipertontonkan kepada suami ? Ada mood ke dia nak tengok ?

Oleh itu , saya cadangkan, balance kan antara kerja sebagai cleaner dan juga tanggungjawab anda untuk berdandan untuk suami. Suami sebenarnya tak kisah sangat kalau rumah semak ni. Kalau dia bising-bising pun, kita boleh mintak tolong dia kemaskan. Tapi kalau dia bising tengok anda semak. Haaa.. tu kena ambil perhatian tu.


Kedua,

Ok lah, katalah anda memang sibuk dengan tugas sebagai cleaner di rumah, apa kata selepas ini anda betul-betul jadi "cleaner" tapi bukan cleaner biasa, tapi cleaner yang seksi dan menggoda suami. Boleh lah lepas ni anda jeling-jeling kostum "french maid" sebagai uniform untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kalau pakai cam gitu tak pe dan amat digalakkan





MrsLingerie

Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.


Suka blog ini ? Beritahu kawan

Thursday, July 10, 2008

Baru tau kesannya memakai lingerie seksi depan suami

Posting dari : Sazzy
Email :(Dirahsiakan)
Terimakasih sazzy
+----------------------------------------------------------------------------------------
ni 1st time sy post artikel kat sini sy pn xtau nak tulis apa cm apa yg tlintas dlm fikiran trus tulis tujuan sy cm nk kongsi pengalaman.sy bknlah byk sgt experience lg baru 1 bln bjinak2 dgn lingerie ni secara xkebetulan semasa sedang mencari artikel berkaitan cara melayan suami.
lg pun sy ni baru kawin umur pn muda lagi sbb tu perlukan sikit maklumat sbnarnya sy ni xpernah pakai lingerie bila juper kdai jual lingerie mst pikir kalu baju nipis smp npk dlm bt apa nk pkai baik bogel jd sy rasa bazir je duit tapi bila jumpe blog mrslingerie semua bubah sy bnekad nak mencuba jd pesan lah dr web ni.
mula2 takut jugak je lah sbb xpernah bt urusan jual beli dr internet takut ttipu dt je masalah kedua sy sbb badan sy je lah bdn bkn mcm model rs malu plak takut nk pkai nnti lg tkt xmuat bazir dt stelah pokiq masak2 sy cb jg order satu babydoll.
setelah tngu 2 3 hari lingerie sy sampai jg jd sangkaan sy yg takut tti pu yg pastinya xbetul sbb sy terima jg bungkusan sy setelah buka tegok apa yg boleh sy kata wah,,,betapa cantiknya lingerie ni dgn kainnya yg lembut rekaannya yg cantik sy pn cb pkai sangkaan yg pikir xmuat pn
rupanya muat dgn bdn sy lg npk seksi wah2 puji sndri plak tpi itulah hakikatnya tapi yg xbestnya mlm tu xblh pkai pl sbb tb2 kena angkat bendera jepun rasa frust sgt igt nak bg hubby tgk..baru satu mingu blelpas sy beli stu lg rekaan babydoll lain sy rasa suka sagat...
waktu mlm trus pkai babydoll yg baru ni anda tau apa yg terjadi sy sengaja pi dri dpn suami mcm ckp2 dgn dia apa yg sy npk suami pandang xhenti bdn sy mcm tbeliak mata dia tpi dia seyap je xkata apa sy pn xtaya dia apa ...
pst sy cb ddk dekat hubby anda tau apa yg tjadi tv yg dbuka dpn mata trus xdtonton suami tp dgn tiba2 suami xtgk dn trus ddk dkt sy dia kata sy dah pnd pkai seksi2 n pelik2 smbil ckp mata dia bkn tgk muka kita tpi tgk bdn kita yg dipkai lingerie seksi n nipis biasalah k an laki bila npak mcm ni apa tjadi "adik kecik" tb2 bangun maaf je lucah tpi tu lah hakikatnya.
suami plak suruh diri dia nk tgk betul2 st bdn apa lg trus ditarik n dikerjakan dekat sofa maaf lagi kalau lucah tapi tu lah hakikatnya apa yg pst anda pst berasa kelainannya bermera smbl istri pkai lingerie suami pun suka.
tiap2 mlm pasti sy pkai lingerie tpi jgnlah yg sama tukar2 lah jugak kalu yg sama bosan plak suami tgk dr pengalman sy pkai tp2 mlm suami smbil tgk tv pasti mata asyik pandng kita xhnti2 smbl senyum nnti lpas tu kena kerja lg lah sya....ni lah dikatakan penangan lingerie
dgn pemakaian lingerie ni pun blh bt suami cuci mata lpas penat kerja balik rmh npk isteri yg bepakaian lingerie yg cntik dan seksi trus hlng penat kan lebih bagus pakai lingerie waktu mlm dari pakai baju labuh atau baju kelawar jika kita blh beli baju pkai apa salahnya beli lingerie pkai
lg semua djual dr lmn web ni berbaloi n murah . malu nk pkai linger ie wat apa nak malu kalau masa besama suami buka semua baju xmalu tapi pkai lingerie yg nipis ni malu apa bezanya dr masa yg anda bbogel bsama suami ..
takut xcantik atau xmuat bdn besaq jgn lh bpikiran negatif sy mula2 pn mcm tu tapi bla cb pkai xda apa pun suami pun suka tapi kalu blh diet2 lah sikit utk suami lg sy pn bru bc blog mrslingerie nnti ada yg saiz besar2 cb2 lah labur untuk beli .
cubalah pemakaian lingerie apa yg pasti cubalah n rasailah keberkesanannya suami pun pasti suka tp2 hari suami ttnya2 nk tgk lingerie yg akan dikenakan kita pada mlm nanti apa yg pasti
suami saya suka dari budak mentah yg xtau mcm ne nak layan suami atau cara memikat suami kini sy dah tau stu caranya iaiti pemakaian LINGERIE dan yg pasti web mrslingerie beri sy bayak maklumat tambahan thanks a lot

Tuesday, July 8, 2008

~~ Posting pembaca - Kejutan buat suami oleh isteri ~~

Kiri dari : (dirahsiakan)

Terimakasih

+ ------------------------------------------------------------------------------------
Memang tidak dapat dinafikan lelaki yang bertitle suami semakin hari semakin berjauhan dengan isteri akibat daripada keterampilan peribadi isteri yang ada kala boleh mengakibatkan suami yang penat pulang dari kerja akan merasa pening dengan keadaan sekeliling dan di campur dengan pakaian isteri yang mana tidak membangkitkan mood ceria suami langsung.

Tak dapat di nafikan mungkin isteri terlalu penat dengan tanggungjawab mereka sebagai emak kepada anak-anak dan juga penat dengan tanggungjawab sebagai pekerja di office. Tapi itu bukan alasan untuk si isteri kelihatan cantik di mata suami.

Kepenatan yang di tanggung oleh suami akan hilang apabila melihat isterinya ceria,manja dan lebih-lebih lagi berpakaian seksi. Akibatnya hilang semua kepenatan dan timbul satu mood baru.

Tak salah kalau seksi untuk suami di rumah. Bak kata pepatah rumahku syurgaku. Si suami pula janganlah terlalu malu hendak memulakan. Pada ketika ini saya banyak lihat lelaki yang bertitle suami ada kala malu hendak menjenguk kedalam kedai lingerie untuk membelikan sesuatu pada isteri.

Kikis sikap ini kerana adakala isteri mahu juga kejutan dari suaminya. Kalau kite mahu kejutan dari isteri apa salah kite pula beri kejutan. Kini tak payah malu kerana anda tak payah bersusah hendak ke kedai lingerie lagi kerana semuanya ada di website ini.

Saya juga berterima kasih kerana kebanyakkan lingerie yang dijual disini sama dengan yang dijual di luarnegara malahan ada sesetengah darinya lebih murah.

So kalau nak berjimat ni masanya. Saya pun bila dah terjumpa dengan website ini terus bagi pada isteri untuk membeli kerana sebelum ini saya yang banyak membelikan / memberi suprise untuk nya dari luar negara semata-mata ingin melihat isteri saya seksi.

Kini biar si isteri pula yang memberi suprise pada saya. Yang tahu hanya kita sebagai suami isteri.

~~Posting pembaca - Komen mengenai isu jadi isteri setelah bergelar ibu ~~

Sehari dua ni, saya nak kurangkan buat posting, antara sebabnya, yang pasti saya memang sibuk dengan ragam suami dan anak2 dirumah. Ragam email dari anda yang bertanyakan macam-macam perkara, sampai cara nak jimat minyak pun tanya saya. Hu..hu..



Saya akan kumpulkan mana-mana email yang saya terima dari anda yang saya rasa, elok untuk saya kongsikan. Saya akan publishkan sebagai posting pembaca. Yang umum sahaja. Sesetengahnya saya tak akan publishkan kerana tak sesuai untuk dibaca umum. Kepada pengirim asal - saya mohon kebenaran untuk publishkan tulisan anda, sekiranya anda tidak setuju, sila maklumkan dan saya akan remove.



ini adalah tulisan dari En (saya rahsiakan namanya). Ianya dihantar melalui komen. Saya re-publish kerana sesetengah pembaca, mereka tak suka sangat baca komen.

komen beliau mengenai isu "Jangan lupa jadi "ISTERI" setelah bergelar IBU"



+ ----------------------------------------------------------------

Isu yang dibentangkan oleh puan memang hangat. Bagi saya sebagai seorang suami kadang kala timbul perasaan marah dan tidak tenteram apabila kehadiran kita dirumah tidak begitu diendahkan hanya kerana isteri kita sibuk dengan tugasan rumah.

Hati saya sentiasa tercuit dengan sesetengah isteri yang sanggup menghabiskan masa yang begitu lama untuk berdandan hanya kerana untuk pergi bekerja atau keluar untuk aktiviti lain.

Apabila berada dirumah memadai dengan hanya berbaju batik kelawar saje. Kecantikan seseorang isteri sepatutnya untuk suami dan bukannya untuk ditatapi oleh lelaki lain. Saya tak faham mengapa terdapat situasi sebegini didalam masyarakat kita. Ini luahan hati saya.... seorang suami yang mengalami situasi ini setiap hari.

En. (saya rahsiakan)





Monday, July 7, 2008

The power of lingerie - dihantar oleh seorang pembaca

Dokumen ini dihantar oleh seorang pembaca. Elok rasanya saya kongsikan bersama. Maaf , dokumen ini dalam bahasa inggeris. Saya tak bercadang nak terjemahkan ke bahasa malaysia. Nanti lain pulak maksudnya. Walau apapun, saya mengucapkan terimakasih kerana menghantar dokumen ini.

Kepada anda yang ada dokumen menarik untuk dikongsi. Silalah hantar kepada saya.

+ ----------------------------------------------------------------------------------------

What is the lingerie power? Do you think men can withstand the attraction of a female in lingerie ? I bet they’re not; but how can you blame them? You know, there is something tempting about a woman in thong, corset, leather, lace, etc. It pushes a man crazy to have you.

Your lingerie gives you the power to control your man, helping you to enjoy sexual intimacy.
Many women are concerned how to improve her relationship. Actually, it’s simple. You just need to be creative. Be fun and put on new clothings.


New lingerie can help you achieve that purpose. Sex isn’t just about the bed; it’s about teasing your man, and making him unable to resist you. Tempt him from morning to night, sending cute, flirtatious SMS. Welcome him home with a big surprise. Meet him in your red-hot lingerie that he hasn’t seen before. I guarantee you to have sparks flying in your bedroom tonight!


A piece of lingerie can make any woman look irresistible. You can never imagine how powerful is the sex appeal of lingerie . There are so many varieties of lingerie available in the market nowadays. From costumes, to holiday themes, to lingerie that fulfills your wildest fantasy; it’s all finally at your fingertips, and as sexy as ever. Use it, and you will experience excitement never felt before.

Every woman likes to receive compliments. You can attract attention and compliments by getting a new lingerie, then wear it to welcome your man coming home. You will be pleasantly surprised with his reaction. Then, the compliments will come because you just look amazing to him. You love to feel sexy, and your man loves to see you sexy. Your lingerie helps you both get a great time together.

Sunday, July 6, 2008

Perubahan kepada struktur website lingerie-power

Perhatian kepada sesiapa yang melayari halaman web http://www.lingerie-power.com/ . Terdapat sedikit perubahan kepada struktur website tersebut. Iaitu tidak ada lagi butang "ready stock" yang dipaparkan. Yang ada hanyalah butang mengikut kelas lingerie


Semua item yang dipaparkan disana adalah ready stock , kecuali korset, dimana sesetengah korset yang bersaiz M dan S tiada dalam stock. Sekiranya anda bercadang nak order korset, sila hubungi saya dahulu melalui email untuk membuat semakan.Perubahan ini hanyalah sementara kerana saya dalam proses untuk memasukkan item-item baru untuk ditempah. Kali ini akan ada tambahan berikut


1.plus size XL dan XXL

2.Crotchless panty

3.Akan dicari-->garter belt


Sebab ramai dah yang bertanyakan pasal lingerie seksi Plus saiz, so saya sedaya upaya mencarinya. Sila berikan saya masa lebih kurang 1 minggu untuk mengemaskini design baru lingerie-lingerie seksi yang akan dipaparkan. Bukan yang lama tau, kali ni rasanya lebih cantik lagi. Tunggu.......


Fishnet stocking

Apa yang dikatakan fishnet stocking ? Pernahkah anda melihatnya, saya menjawab pertanyaan dari seorang pembaca melalui email yang dihantar pada saya. Harap keterangan ini dapat memberikan sedikit gambaran pada anda.


Perkataan "fishnet" atau "jaring". Itulah yang merujuk kepada rekabentuk. Thigh high. Hingga ke bahagian peha. Stocking jenis ini memang anda tak akan jumpa di kedai pakaian atau supermarket giant atau carefour atau JJ. Terdapat 2 warna yang popular iaitu putih dan hitam tapi yang paling popular ialah warna hitam.


Antara tujuan selain dari untuk kelihatan seksi, ianya juga boleh memerangkap haba untuk memanaskan kaki kita kerana ianya adalah agak tebal berbanding stocking yang biasa kita jumpa di kedai-kedai aksesori wanita.
Lagi satu. Sekiranya kita pakai semasa ke pejabat. Akan ada satu rasa keyakinan diri yang kaki kita dilindungi.
Di bilik tidur ? Ahh.. tak perlulah saya ceritakan lagi. Sila rujuk posting pembaca mengenai bodystocking
Kepada yang tak pernah lihat lagi fishnet stocking ni, saya ada sertakan gambar dekat dan gambar closeup. Klik untuk gambar besar.


Love




MrsLingerie

Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.


Suka blog ini ? Beritahu kawan

Saturday, July 5, 2008

((( Stock baru sudah tiba - semakin banyak menjadi pilihan anda )))

MARI,MARI,MARI,

Hari ini masuk lagi 1 kotak lingerie "stocked up". Kali ini lebih 30 item menjadi pilihan anda. Banyak koleksi babydoll dan tambahan korset disediakan. Terdapat juga crotchless panty dan beberapa koleksi panty nakal.

Semuanya mengancam tau.Kepada sesiapa yang membuat order kemasukan 27 June 2008. Item pesanan anda akan di hantar secepat mungkin. Sekarang tengah packing. Tungguuu.....

Yang masih belum membuat belian, sila berbuat demikian. STOCK AMAT TERHAD.

*Kecuali korset, hanya saiz L sahaja dan ada beberapa item yang bersaiz M

SILA LAYARI http://www.lingerie-power.com/

Wednesday, July 2, 2008

Jangan Lupa Jadi ISTERI Setelah Bergelar IBU

Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang
berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya
melahirkan

seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan
isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang
anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.



Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi
sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi
lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak
mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila
isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat
gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan
makan-minumnya.



Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi,
encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....".



Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di
rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan
budak-budak ni. I penatlah..."



Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu
berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada
isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri
satu lagi....



Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau
tak puashati terhadap tolakan kita... sepanjang malam kita akan dilaknati oleh
malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu..

seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan
kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan..
temani suami

buat seketika utk emenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks
semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya.. .Suami yang
longgar

pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang
walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.



Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari
pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang
walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan
disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh
wanita lain.



Jangan sesekali ambil remeh perkara begini.. biasarnya bagi lelaki yang sudah
berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian
bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri.. sekalipun hanya
dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkala itu.. dihatinya pasti rasa
sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..
Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan
mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan
tidak perlu menjaga tubuh badan atau

bahasa tuturan.



Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut.
Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan
mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2.. ini silap.. sekalipun berapa anak
yang diperolehi... suami tetap merupakan "Anak Sulung"... walau sayang banyak
mana pada

anak pun.. suami harus senantiasa di dahulukan. ... Lelaki berumur atau tua
tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar
suami.



Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh
keimanan yang tebal. Yang ada"pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua
dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan
demikian untuk memadam

segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah
perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram... dan dikala ini apabila ada
wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah
perasan.



Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri
yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.


dipetik dari blog http://www.isuhangat.blogspot.com

Pesanan 27 Jun

Kepada sesiapa yang membuat pesanan 27 Jun 2008. Untuk pengetahuan, lingerie seksi pesanan anda telah sampai ke Malaysia pada hari ini. Hanya menunggu pelepasan dari pihak kastam sebelum ianya diambil alih oleh servis kurier. Jangkaan akan sampai ke tangan saya ialah pada hari Isnin 07 Jul 2008. Item pesanan anda akan dihantar menggunakan poslaju sebaik sahaja selesai packing. Harap anda bersabar ye.

Pesanan kali ini akan membawa masuk lebih banyak koleksi babydoll. Jadi ringan-ringankanlah mouse anda untuk melayari website lingerie-power dan lihat ready stock item. Pesanan berikutnya untuk item tiada stock ialah pada 10 Jul 2008 (seperti yang di publish).

Walaubagaimanapun saya meminta maaf kepada beberapa pembaca yang item yang mereka pesan tidak ada dalam stock pembekal. Oleh itu, walaubagaimanapun anda masih boleh memilih item-item yang tersedia dalam stock.

Love



MrsLingerie

Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.


Suka blog ini ? Beritahu kawan

Tuesday, July 1, 2008

Negara dikejutkan dengan nama saiful bukhari

Saya terlalu sibuk membaca blog-blog lain berkenaan kes terbaru yang kita dengar masa kini. Saiful Bukhari yang didakwa telah diliwat oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Kalau boleh saya tak nak tulis apa-apa berkenaan isu ini, tetapi rasa terpanggil pula untuk memberi sedikit pandangan. Secara terang saya katakan saya bukanlah pemerhati atau orang yang berminat untuk mengikuti perkembangan politik tanah air. Cuma apabila ada isu-isu begin kena ambil tahu jugak lah. Nanti orang kata buta politik pulak.

Banyak blog-blog yang bercerita mengenai isu ini. Dan nama saiful bukhari adalah antara keyword yang top di carian google dan yahoo.

Cuma saya minta kepada pembaca-pembaca semua supaya jangan membuat sebarang spekulasi atau tuduhan melulu kepada mana-mana pihak. Tak kiralah kepada saiful bahari atau Anwar Ibrahim. Kita bukanlah orang yang pakar dalam bidang politik, biar mereka yang sepatutnya memberi ulasan.

ada blog yang saya baca sudah pandai menjatuhkan hukuman sendiri, dan dah ada pembaca yang bergaduh sesama sendiri.

Kita berharap, siasatan telus dan adil dilakukan. Jangan pandai-pandai jatuhkan hukuman sendiri. Negara kita ada sistem perundangan yang perlu dipatuhi.

Anda boleh ikuti perkembangan isu ini di akhbar , tak kiralah akhbar arus perdana atau akhbar pembangkang , yang penting pandai-pandailah membuat penilaian dan jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman samada kepda saiful bahari atau Anwar Ibrahim.

Ingat "seseorang itu tidak bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah". Saya yakin anda semua adalah professional.