Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Thursday, May 21, 2009

INFLUENZA A(H1N1) Fakta dan soalan-soalan lazim

Baru baru ni kita dikejutkan dengan 2 kes selsema babi yang sudah mula mengembangkan gelombangnya ke negara kita.Kebetulan tadi saya pergi ke hospital, ada temujanji dengan doktor. Saya terjumpa risalah berikut.

Rasanya elok kalau saya kongsikan disini sebagai cara menyebarkan maklumat. Kalau asyik cerita pasal cara nak jadi seksi pun tak patut jugak. Sekali sekala kenalah kita ambil tahu jugak perkembangan terkini kan. Jenuh juga saya menaip semula risalah ni.

Harap maklumat ini dapat membantu

-----------------------------------------------


1.Apakah Influenza A(H1N1)

Influenza A(HH1N1) adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan
babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar
melalui titisan air.

pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh
tersebar melalui babi yang asimtomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit
membawa virus influenza A (H1N1)



2.Berapakah subtypes(jenis) Virus Influenza A(H1N1) yang wujud?

Virus influenza A(H1N1) sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain.
Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui
pada babi),H1N2,H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian influenza (Selsema
burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza
(Influenza A(H1N1)). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada
suatu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus
influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus
yang bercampur (reassortant).


Walaupun virus influenza A (H1N1) pada kebiasaannya adalah spesis yang
spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.
Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.


3.Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak perlaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan
Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes influenza A(H1N1) dari Amerika Syarikat
dan Spanyol. Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes influenza A
(H1N1) adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini
tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web
www.moh.gov.my


4.Apakah tanda dan gejala influenza A(H1N1) pada manusia?

Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala
selsema manusia termasuk demam, batuk,sakit tekak,sakit-sakit badan, sakit kepala
serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami
cirit birit dan muntah.


5.Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya, tiada bukti mengaitkan Influenza A(H1N1) boleh dipindahkan melalui makanan
sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus
Influenza A(H1N1) boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160F/70C, sejajar dengan
panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.


6.Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A(H1N1) melalui hubungan langsung dengan
babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1). Terdapat
kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara
langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada
manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat dikalangan
manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.


7.Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1)?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A(H1N1). Tidak
juga diketahui samada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza
A(H1N1) yang berlaku sekarang.


8.Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?

Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelm ini pulih sepenuhnya
daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.


9.Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia lain?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit
ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari
daripada tarikh mendapat jangkitan(onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih
kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.


10.Apa yang boleh dilakkan untuk melindungi diri daripada sakit / dijangkiti
/menjangkiti


Elakkan penyebaran kuman selsema dengan mengambil lanngkah-langkah berikut



  • Jika anda batuk atau bersin

    • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau saputangan

    • Buang tisu yang telah digunakan

    • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih



  • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan
    air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga
    boleh digunakan.

  • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit

  • Jika anda sakit kerana selsema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan
    orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan dari
    menyentuh mata, hidung atau mulut anda

  • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda
    mengalami tanda gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan
    yang dijangkiti Selsema Babi



Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian
kesihatan Malaysia digov.my talian 03-88810200/0300 atau email ke
cprc@moh.gov.my


http://www.moh.gov.my


02 Mei 2009/VERSI 2.0

-----------------------------------------

SUMBER

Kementerian Kesihatan Malaysia - Risalah yang di taip semula.

Sila save dan cetak risalah dibawah. Edarkan untuk semua




0 comments: