Salam kembali untuk semua pembaca blog Mrslingerieonline.com,
Saya terpanggil untuk menulis [menaip sebenarnya :)]tentang rawatan di spa
semetelah perbincangan dengan beberapa orang users pada beberapa hari yang lepas di ruang sembang - chatroom di MRSLINGERIE.NING.COM
Mungkin di antara kita pernah mendengar dan tahu tentang rawatan facial/mandi bunga/mandi lulur/mandi rempah/mandi susu (Opps! Alahai! Berapa banyak mandi daaa... :p) selain daripada rawatan pedicure dan manicure, sauna dan body massage malah banyak lagi perkhidmatan yg disediakan di kebanyakan pusat2 kecantikan, salon atau kini disebut dalam bahasa yang lebih modern dan class iaitu Spa.
Daripada perbualan di ruangan sembang tempoh hari, ada juga yg memberitahu belum pernah menjejakkan kaki di tempat2 sebegitu. Mungkin juga kerana takut2 utk mencuba atau barangkali kerana ianya bukanlah merupakan 1 rutin, jadi amalan utk berSpa itu tidak ada di dalam kamus kehidupan. Tetapi itu bukanlah menjadi persoalan kerana sesiapa sahaja boleh membuat rawatan yg diingini dan pada bila2 masa tanpa mengenali umur, jantina / status.
Dengan cara membuat rawatan diri inilah merupakan 1 cara utk kita MEMANJAKAN diri setelah penat bekerja... Ingat, badan kita ni tak macam kenderaan yang ada spare-parts/accessories yg boleh diganti (atau ada warranty) jika salah satu bahagian badan mengalami kecederaan. Oleh itu kita haruslah mula memberi peluang pada tubuh badan kita relax dan dan mengembalikan kesegaran dengan secara santai begini.
Banyak pakej yg ditawarkan dari Spa yg boleh didapati dengan mudah di hampir semua bandar2 besar di Malaysia. Dari serendah RM50 hinggalah ke pakej yg bertaraf tinggi. Harga rawatan biasanya berlainan dari satu spa dengan yang lain. Namun, mungkin ada yang beranggapan kos rawatan di spa agak mahal. Apa yang boleh dicadangkan di sini adalah, anda boleh meninjau beberapa buah spa dan kemudian bolehlah membuat perbandingan harga serta rawatan yg ditawarkan. Kebiasaannya banyak spa mengadakan promosi bulanan atau mingguan utk semua rawatan termasuklah semasa musim perkahwinan. Ya, kebanyakan spa ada menawarkan pakej utk bakal2 pengantin - rawatan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Wah! Tentu best kan, dapat manja2kan diri dan dilayan pula bagaikan tuan puteri setelah sign up dengan bridal package di spa, 1-2 bulan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan....... Mungkin Mrs Lingerie dan Dila dapat berkongsi experience (jika ada) tentang hal ini. :-)
Setakat ini saya ada juga berkunjung ke spa utk meRELAXkan diri. Amalan biasa merupakan rawatan facial, mandi bunga dan bersauna. Memadailah melakukan rutin ini sebulan sekali melainkan jika anda ada terlebih ongko$, boleh la berkunjung ke spa tersebut 2-3 kali sebulan.
Saya pun dah membuat temujanji untuk ke spa pada petang 12/06/09 ini ~ Ayuh, apa ditunggu lagi .... ~ jomlah BerSPA...
Seksi lingerie untuk pilihan anda
LEBIH DARI 250+ LINGERIE
SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
Tuesday, June 9, 2009
Rawatan di Spa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








2 comments:
boleh cadangkan tempat tempat di sekitar lembah klang. Kalau boleh website dan nombor telefon
nak tnya.. kalo ke spa, berapa hari sebaik2 nya sebelum hari perkahwinan?
Post a Comment