Berapakah usia anda sekarang ? 25,30,35,40,40+++. Pernahkah anda terfikir semakin meningkat usia, maka semakin meningkatlah usaha kita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Adakah kita hanya pasrah membiarkan kulit cantik kita dimakan usia. Perut yang mula kehadapan atau kedut yang mula kelihatan. Sekadar hanya befikir tanpa berusaha dengan disiplin tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Ok mari kita lupakan sebentar usia sebenar kita. Perubahan positif perlu dilakukan pada kehidupan dan tabiat. Cantik dan muda selalu
1.Duduk dengan betul
Duduk pada kedudukan yang betul akan memberikan bentuk badan yang menarik dan enak dipandang. Berkeyakinan serta bertenaga. Duduk terlalu lama pada kedudukan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan masalah urat serta masalah kesihatan yang lain. Yoga adalah salah satu cara untuk membetulkan cara kita duduk.
2.Jaga gigi anda.
Kita digalakkan membuat lawatan dan rawatan di klinik sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun. Janganlah tunggu bila dah sakit baru nak jumpa doktor. Cucilah gigi anda 2 kali atau sekali setahun di klinik gigi. Ia juga boleh mengelakkan nafas berbau.
3.Selalulah ketawa.
ketawa penawar duka. Petua mengatakan ketawa boleh awet muda. Sejauh mana kebenarannya saya tak pasti. Tetapi tak salah kalau ketawa kerana ini menunjukkan seseorang itu sentiasa ceria dan orang akan suka mendampingi kita. Tetapi jangan "ketawakan" orang. Apatah lagi ketawakan suami.
4.Kerap berjalan
Selagi larat, rajin-rajinlah berjalan. 15 hingga 30 minit sehari sudah cukup. Ia akan menguatkan otot.
5.Kawal makan dan makan yang berkhasiat.
kawal makan , bukanlah maknanya tak makan, tetapi makanlah secukupnya. Bukan makan yang tak cukup-cukup. Makan yang berzat dan berkhasiat.Kurangkan pengambilan makanan segera dan elakkan minum ais.
6.Kurangkan kopi, teh,coklat dan gula.
7.Makanan tambahan.
Bukan tambah makan, tetapi ambil suplimen. Banyak yang dijual di pasaran. Saya amalkan vita-c,multivitamin,zinc dari shaklee. Saya tak jual produk ini. Ada juga produk lain, amway dsb.
8.Tidur cukup.
Bergantung pada individu. Macam saya cukup hanya 5 jam sahaja untuk tidur. Jangan terlebih tidur, nanti jadi malas. Jangan makan larut malam, nanti susah tidur. Sesekali kalau nak candle light dinner tu bolehlah.
9.Berpakaian kemas dan terurus.
OK itu saja antara tips yang saya nak kongsikan bersama anda, mungkin anda ada cara lain yang boleh kita kongsi, silalah email pada saya . Benda baik elok kita beritahu pada orang lain
Love
mrslingerie
Seksi lingerie untuk pilihan anda
LEBIH DARI 250+ LINGERIE
SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
Monday, June 29, 2009
Tampil cantik,sihat dan bertenaga
Posted by Seksi - mrslingerie at 4:31 AM
Labels: tips kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment