salam kepada semua pembaca blog mrslingerie. Dah lama saya tak memblog. Mungkin sebab bulan puasa ni, mood nak memblog agak kendur. Alhamdulillah, ada kekuatan diri nak sambung semula memblog. Harapannya saya sentiasa kuat dan bersemangat.
Sehingga semalam kes H1N1 semakin meningkat walaupun kematian disebabkan oleh wabak tu masih kekal pada 72 orang. harap ianya tidak akan meningkat lagi.
salah satu cara yang terbaik bagi menghalang wabak ini ialah menghalang dari ianya terus menjangkiti orang lain atau diri kita. pakailah topeng semasa keluar ke tempat awam.
Semalam masa saya jalan-jalan kat bazar ramadhan. Saya lihat sungguh ramai orang malaysia yang nak uji ilmu kebal mereka. Seolah-olah mereka amat yakin yang virus ini tidak kena pada mereka. Tak pakai topeng pun. saya sendiri, sebelum turun dari kereta, suami dah suruh pakai topeng, dia kata "jangan ingat awak tu kebal".
Oleh itu, sahutlah seruan dari kerajaan kita. Halang virus ini dari terus menular. Gunalah topeng semasa keluar ke tempat-tempat awam. Seperti yang suami saya kata. "JANGAN INGAT AWAK KEBAL"
Insyaallah
Love
mrslingerie
Seksi lingerie untuk pilihan anda
LEBIH DARI 250+ LINGERIE
SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
SILALAH BERKUNJUNG KE http://www.lingerie-power.com
Wednesday, September 2, 2009
Orang Malaysia nak test ilmu kebal
Posted by Seksi - mrslingerie at 7:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








2 comments:
nak tanya stock mana yg tak perlu order.yg paling seksi tu ada lg tak
hi anonymous,
rujuk kat website http://www.lingerie-power.com. Pilih option ready stock.
Yang paling saeksi tu, apa kodnya ?
Post a Comment