Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Sunday, February 15, 2009

Apabila suami menuntut haknya

Kita ni bila anak dah lebih dari 2 , tak kiralah 2 atau 3 atau 5 sekalipun, jangan jadikan alasan untuk pinggirkan suami. Banyak kisah-kisah yang saya baca dan ada juga yang menghanta email pada saya menceritakan isterinya tidak ada masa untuk suami. Sibuk dengan anak anak dan kerja-kerja rumah.

Baiklah, hak apa yang saya maksudkan tu. Hak yang saya maksudkan ialah "layanan" dari isteri kepada suaminya. Lupkan dulu pasal anak-anak. Layanan ialah layanan "eksklusif" khas dari isteri kepada suaminya.

Saya kelaskan layanan eksklusif sebagai berikut
1.Bersedia .. maknanya bersedia untuk memberikan layanan 1st class padanya
2.Isteri lupakan dulu keperluan anak anak dan mengemas rumah.
3.Berikan pandangan seindah mungkin kepada suami melalui cara berpakaian.
4.Pakailah lingerie seksi khas untuknya. Pelbagaikan jenis lingerie. Yang penting mestilah berbeza dari pakaian pakaian lain.
5.Buang perasaan perasaan negatif seperti marah,geram atau malu. (Nanti saya cerita pasal malu ni. dalam posting berikutnya)

Ingat ! perkara pertama yang di perhatikan oleh suami ialah penerampilan kita padanya. Jangan pakai kain batik dan t-shirt dan mengharap suami akan membelai anda. Cubalah seperti yang selalu saya ceritakan. Pakailah lingerie seksi yang paling nipis atau paling singkat atau kedua-duanya sekali, anda akan lihat perubahan ketara bagaimana cara suami anda "mengerjakan" anda nanti.

Petrol adalah perlu untuk menghidupkan enjin kereta dan membuatnya bergerak, lingerie seksi samalah seperti petrol. Kalau kereta tak hidup macamana nak bergerak. Lingerie seksi adalah penghidup kepada mood suami untuk memulakan langkah seterusnya.

Jangan salahkan suami kalau dia dingin pada anda, sebaliknya lihat dulu dalam diri. Sudahkah anda menjamu matanya dengan tubuh anda itu ? Anda lebih tahu jawapannya.

Love


MrsLingerie

Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.


Suka blog ini ? Beritahu kawan

Wednesday, February 11, 2009

Penjagaan muka - jangan campur banyak kosmetik

Part penjagaan muka, ini yang selalu kita utamakan. Semua orang inginkan mempunyai kulit muka yang halus , licin dan gebu bak bayi. Macam macam cara kita buat, macam macam produk kita ambil tanpa mengira kesan jangka pendek dan jangka panjang. Sampai ada yang berani mencuba produk pengelupasan.



Kita terpengaruh dengan iklan dari media. TV, Radio, Surat Khabar, majalah hiburan, produk produk MLM dan sebagainya. Semua orang ghairah untuk jadi cantik, semua orang ghairah untuk jadi gebu semula. Kulit muka yang licin dan berseri itulah impiannya. Tak boleh produk A, kita ambil produk B, produk B tak berkesan, cari pula produk C, sangkut produk C mintak suami belikan produk D. Begitulah seterusnya. Apa yang diharap tak menjadi kenyataan. Wang habis entah kemana. Muka yang cantik diimpikan masih seperti dulu. Berminyak, jerawat sana sini, tompok itu dan ini.




Sebenarnya kita kena berhati-hati dalam memilih produk kosmetik lebih lebih lagi ianya berkaitan dengan muka kita. Lagi satu kalau nak jadikan produk ini berkesan, kita kena cari yang sesuai dengan keadaan muka kita, sebagai contoh saya sendiri sebelum ini menggunakan bermacam-macam jenis produk, boleh dikatakan semuanya tak sesuai dan tak berkesan sehinggalah saya bertukar kepada jenama sendayu tinggi. Alhamdulillah berkesan dan saya amat puas hati.







So kalau dah dapat produk yang serasi, tak perlu lagi bertukar kepada produk lain. Teruskan dengan produk yang ada. Lagipun kalau campur campur produk ni, takut dapat mudarat kena kat muka nanti.







Sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan disini ialah kita mesti berdisiplin dalam menggunakan produk berkaitan kosmetik. Kalau dia kata pakai tiap tiap hari sebanyak 2 kali . Ikut la arahannya tu. Jangan pakai sekejap-sekejap. Sure tak berkesan punya. Lagi satu, jangan berharap untuk dapat kesan yang segera. Jangan harap baru pakai seminggu dah dapat lihat kesannya. Baru pakai 3 kali , dah komplen kata tak berkesan. Secara jujurnya kalau anda nak nampak kesan dengan kosmetik ni, anda kena guna berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Ya.. tiga bulan. Susah kan ! ingat !! bukan senang nak jadi cantik, tapi cukup senang nak jadi selekeh.



Bagi saya pula, saya lebih yakin dengan produk ini kerana kesesuaian pada muka saya. Kedua dari segi harganya yang berpatutan dan ketiga senang untuk mendapatkannya.

Jadi kepada anda yang sedang mencari-cari kosmetik apa yang sesuai, jangan abaikan tip tip ini dan insyaallah kita akan mendapat hasil yang kita idamkan, yang penting sabar dan berdisiplin

Love





MrsLingerie

Kongsikan pengalaman atau pandangan anda dengan membuat posting di blog ini.
Mungkin ianya berguna untuk kebaikan orang lain.


Suka blog ini ? Beritahu kawan



MrsLingerie

View my page on lingerie seksi ghairah suami