Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Friday, July 31, 2009

LIngerie akan do pos pada hari sabtu 01 Aug 2009

Untuk makluman,

Berikutan dengan posting saya sebelum ini, lingerie tersebut akan di pos pada hari sabtu 01 Aug 2009. Yang mana bayar penuh saya akan pos terus. Yang mana buat pembayara separuh tu saya akan hantar email terlebih dahulu untuk pengesahan.

Ada juga item yang tak ada dalam stock pembekal. Saya akan maklumkan pada anda ye. My Next order will be 03 Aug 2009. Lagi 4 hari. Sesiapa yang nak buat order, silakan.

Love
mrslingerie

Wednesday, July 29, 2009

LIngerie dah sampai ke KLIA

Salam,

Untuk makluman, kepada sesiapa yang buat order pada 15 Jul 2009. Adalah dimaklumkan, semalam saya telah dihubungi oleh kurier company EMS, item yang u all order tu dah sampai ke Malaysia. Sekarang berada di KLIA, untuk proses pelepasan kastam dan perkara-perkara berkaitan.

Saya menjangkakan akan sampai pada hari ini (Khamis 30 Jul 2009 atau esok jumaat 31 Jul 2009). Insyaallah akan di pos kepada anda pada hari Sabtu.

*Ada beberapa item yang tiada dalam stock pembekal.

Sabar ye.

Salam

Sunday, July 12, 2009

LINGERIE PLUS SIZE PRE ORDER


Berita baik kepada sesiapa yang bertanyakan lingerieseksi plus size, kini saya dah usahakan beberapa jenis untuk di order, plus size ini bermula dari saiz XL;XXL dan XXX.

Pilihan saiz ini adalah terhad. Tak banyak design macam babydoll, tapi rasanya cukup jugalah untuk tidak menghampakan anda semua. Selamat menjamu mata dan selamat membuat pilihan.


Seperti mana yang saya katakan dulu, saya akan usahakan juga untuk plus size kerana saya tak mahu menghampakan pembaca setia blog ini.


Yang berminat, silalah buat order, sebab saya akan teruskan pesanan pada pembekal pada 17 jul 2009 ini. Insyaallah.

Sila layari

http://www.lingerie-power.com/home.asp?dsp=browse&group=plus&page=1 untuk pilihan lingerie seksi plus size anda

love
mrslingerie

Wednesday, July 8, 2009

Gown Malam yang seksi untuk isteri mengandung

Siapa tengah peknen kat sini. Tentu ada kan. Biasalah kalau kita tgh jadi mak buyung, perut tu makin membesar. Mana boleh seksi lagi. Ye ke? ada orang kata kalau kita peknen lagi seksi tau. Sejauh mana kebenarannya tak tau lah. Bergantung pada suami juga. Suami saya tak setuju. Dia kata, mana nak seksi kalau perut memboyot ke depan. Sesetengah suami pula kata lebih seksi kalau isteri peknen. Ikut selera masing-masinglah.

Masa mengandung dulu, memang saya tak dapat nak mengayakan lingerie seksi macam teddy atau korset. Paling kuat pun saya dapat guna babydoll je. So apa yang saya buat ialah saya pakai gown yang nipis. Memang kesannya adalah positif. Husband pun suka.

Bila kita pakai gown, ia akan menutup perut yang memboyot tu. Saya cadangkihan kepada mana-mana mak buyung sekarang ni , eloklah cuba pakai gown yang nipis. Kalau boleh yang berwarna putih. Kerana warna putih lebih menampakkan keanggunan kita.

Masa saya peknen dulu saya gunakan dua jenis gown dibawah, semuanya nipis.






Waktu tu (setahun dulu) ada jual kat lingerie power. Saya bawak masuk 20 helai setiap satu. Habis terjual dalam masa dua bulan. Sekarang ni nampaknya ada permintaan lagi untuk gown jenis ni. Tapi pembekal saya dah tutup kedai. Kena cari sumber lain.

Saya akan usahakan untuk dapatkan gown ni lagi, sebab saya tau, ada antara anda yang peknen juga sekarang ni. Kalau yang tak peknen pun silap-silap boleh peknen. he he. Kalau ramai permintaan saya akan cari sedaya upaya, khas untuk pembaca blog mrslingerie.

Love
mrslingerie

Sunday, July 5, 2009

Kucup isteri sebelum meninggalkan rumah

Pernahkah anda sebagai suami mengucup dahi atau pipi isteri sebelum meninggalkan rumah untuk ke pejabat atau out station? Rasanya masa mula-mula kahwin dulu, ada kot. Tapi sekarang ?

Kalau yang amalkan begitu hingga sekarang, baguslah. Yang mana dah lama tinggalkan atau tak pernah buat tu, bolehlah cuba. Kenapa nak malu pulak. Isteri sendiri kan.

Setiap pagi sebelum suami meninggalkan rumah saya akan bersalam dan cium tangan suami, lepas tu dia akan cium pipi kiri dan kanan. Tak rasa kekok sebab memang kami amalkan sejak mula kahwin dulu.

Saya pernah dengar ceramah dari Ustaz Ismail Kamus, setiap kali suami meninggalkan isteri untuk pergi bekerja, ampunkan isteri tu dari segala kesalahan semalam, dan begitulah hari-hari berikutnya. Insyaallah isteri tu akan setia. Begitu juga suami, insyaallah isteri akan ingat selalu.

Jangan tinggalkan rumah dengan muka yang masam atau simpan perasaan yang tidak puas hati, apatah lagi merajuk.

Selamat mencuba. Jangan malu , nanti bila dah biasa, tak kan ada lagi rasa malu tu. Insyaallah

Love
mrslingerie

Stress Management

Salam semua pembaca blog mrslingerie.. wah... lama juga saya tak post artikel di sini yer... bukan apa, lately nih terlalu banyak kerja di pejabat sampaikan naik tension pun ada juga... so kali ini saya nak share cara2 saya release stress di kala rasa tekanan dah sampai kemuncak...

1) catitkan segalanya di dalam diary... saya akan luahkan segala yg terbuku dan terpendam di sanubari in my little diary... dalam tu tak kisah laa kan kita betul ker.. salah ker... yg penting kita boleh luahkan apa sahaja tanpa perlu berselindung and rasa bersalah... after all, the diary is not meant for others to read it.. so suka ati kita laa nak kata apa pun.. hehehe

2) pamper myself... biasanya bila ada any problem kat office yg buat saya tertekan, saya akan singgah ke saloon masa on the way nak balik umah... kebetulan ada hair saloon yg walking distance ajer from my house.. masa rambut kita disyampu dan leher diurut, mmg rasa lega sesangat and hilang sebentar masalah yg memberatkan kepala.. tambah pula sambil membelek2 majalah, terjumpa artikel yg bagus and memberi motivasi.. double kebaikan yg diperolehi...
selain ke saloon, saya juga gemar buat rawatan urutan badan tradisional dan lulur apabila tension.. tapi rawatan nih mmg saya make a point buat once a month, so tension atau tidak, saya tetap akan lakukannya...

3) minum coffee... well, i am a coffee addict... kalo hari biasa, i make sure to just have one mug a day.. tapi di kala tension, i'll have another mug.. but cara nih tak bagus coz coffee membuatkan kita lebih tense up sebenarnya.. but as i mentioned earlier, it's my way.. not necessary to be a good way... harap maklum

4)membelek koleksi lingerie... sound weird isn't it? but it's true... setiap kali saya melihat koleksi lingerie saya, datang rasa seronok... so tatkala saya rasa gundah gulana, saya akan buka kotak lingeries saya dan belek satu persatu.. sambil membelek tuh, saya akan pilih nak pakai yg mana bila tiba masa yg sesuai.. dan aktiviti yg seterusnya itu (faham2 laa aktiviti apa yer) juga merupakan one of the way saya release stress... and it works...

itu laa antara aktiviti yg biasa saya lakukan to handle my stress level... what about u guys out there.. mungkin ada cara yg bagus dan berkesan, boleh laa share...

H1N1- 291 kes sehingga July 4, 2009 - cegah sebelum kena

Salam semua kepada semua pembaca blog lingerie seksi ghairah suami - mrslingerie, Apa khabar semua. Bagaimana usaha anda untuk menambah keseksian pada mata suami. Harap ianya akan berjalan lancar.

291 kes sehingga July 4 2009, semakin lama semakin banyak. Angka tak rasmi sehingga hari ini July 5 2009 ialah sebanyak 329 kes. Wah banyak tu. Dalam suratkhabar semalam, saya lupa samada kosmo atau utusan, ada teguran mengenai sikap kita semua termasuk saya yang acuh tak acuh mengenai wabak H1NI ini. Rasanya betul lah tu, dengan mengharap kita tak masuk dalam statistik tersebut.

Antara punca jangkitan ialah melalui virus yang masuk melalui makanan yang kita pegang. Semalam saya beritahu husband, masa duduk semeja dengan kawan dia yang baru balik dari kebun. Tanpa basuh tangan, terus je mencubit roti canai yang dia order, terus masuk mulut.

Sebagai ingatan, sila basuh tangan kita sebelum memegang apa-apa yang akan disuapkan ke mulut. Ini adalah salah satu cara bagaimana virus ini menyerang. Basuhlah dengan sabun atau "handwash" yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Love
mrslingerie

*Layari website http://www.lingerie-power.com untuk membeli lingerie seksi pilihan anda, terdapat lebih dari 300 item

*** BABYDOLL SEKSYEN UPDATE DENGAN DESIGN BARU ***

Salam kepada semua pembaca blog mrslingerie. Harap anda semua makin seksi. Untuk pengetahuan, saya dah update website http://www.lingerie-power.com bahagian babydoll. Ada lebih kurang 20 page kesemuanya, maknanya ada lebih kurang 200 jenis babydoll untuk anda pilih dan buat order.

Kebanyakannya adalah item pre-order. Sila pastikan anda faham apa maksud pre-order dengan membaca faq di http://www.lingerie-power.com/home.asp?dsp=faq terlebih dahulu. Pesanan akan saya lakukan pada 15 atau 17 Jul 2009.

Selamat bershopping dan berseksi dengan lingerie seksi.

*jangan lupa hari berlingerie kita khamis atau jumaat.

Love

mrslingerie