Seksi lingerie untuk pilihan anda

LEBIH DARI 250+ LINGERIE SEKSI MENJADI PILIHAN ANDA.
SILALAH BERKUNJUNG KE
 
http://www.lingerie-power.com

Monday, October 12, 2009

Order pada 20 Sept sudah dipos kepada anda

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog mrslingerie. Ringkas saja saya nak khabarkan di sini. Order yang dibuat oleh anda pada 20 Sept 2009 dahulu dan yang mana cukup stock saya dah hantar pada anda ye ! kecuali yang mana saya maklumkan melalui email yang tak ada stock atau sebagainya.

Disebabkan order kali ini agak lewat saya hantar, maka saya tidak cukup masa lagi nak semak, siapa yang belum bayar penuh atau siapa yang dah bayar penuh. Jadi saya hantarkan dahulu. Saya berharap sesiapa yang masih ada baki separuh dari pembayaran mereka bolehlah selesaikan pembayaran ye.

Kali ini saya memang rushing, sebab saya tau dah lewat. jadi tolong ye, yang mana berbaki, harap dapat diselesaikan.

Bungkusan saya dah hantar dulu.

Terimakash dan salam sejahtera

Sunday, October 11, 2009

Pakailah lingerie di rumah.

Bunyinya macam kelakarlah pulak, buat apa nak pakai lingerie seksi di rumah kan. kan lebih selesa pakai T shirt dengan kain batik je. Memanglah selesa tapi sekali-sekala suami nak kan kelainan. Kalau hari-hari korang dok pulun pakai kain batik dengan T shirt. Jemulah !.

Mata suami tu perlu di cuci selalu. Apa kata pelbagaikan fesyen masa di rumah. Pakailah pakaian ketat yang menampakkan susuk-susuk tubuh. Korset adalah paling sesuai untuk tugasan tu. Di samping tu , teddy juga sesuai, tapi teddy ni lebih berkesan kalau dipakai tanpa menyarungkan mana-mana pakaian. Pakai kat luar je. Tau tak teddy ni macamana ? Teddy ni sejenis lingerie seksi yang macam pakaian mandi, tapi ianya adalah bersambung terus dari panty hingga ke bra. Sila lihat contohnya di website lingerie-power.

Kalau malam, gunalah babydoll atau gown nipis. Ini sudah cukup nak membuat kan suami kita tak senang duduk. Tak percaya , boleh cuba.

hari hari lain seperti sabtu atau ahad, bolehlah guna yang lain sedikit. Mungkin adult custom french maid boleh digunakan semasa anda menyediakan makan tengahari atau makan malam. Tukarlah kepada lingerie yang sedikit "nakal" apabila dibilik tidur.

Boleh agaknya anda cuba ? cubalah. mungkin ini adalah salah satu cara untuk anda menghangatkan semula hubungan suami-isteri yang suram itu. Insyaallah

Love
mrslingerie

Friday, October 9, 2009

Lingerie dah berada di tangan saya

Salam kepda semua pembaca blog mrslingerie,

Tadi rumah saya di datangi oleh adik kurier yang biasa. Sambil tersenyum pandang saya, dia kata "wah kak. baju dalam lagi ke?" saya hanya tersenyum sambili berkata ya.

Akhirnya lingerie yang kena tahan di kastam tempoh hari sudah berada di tangan saya. Sedia untuk re-packing dan insyaallah akan dihantar pada anda yang buat order batch 20 Sept 2009 pada hari isnin 12 Okt 2009. Anda akan terima pada esoknya atau pada lusa dari tarikh tersebut.

Yang mana dah buat pembayaran separuh dulu, bolehlah teruskan dengan bayaran lagi separuh.

Untuk pesanan berikutnya ialah pada 17 Okt 2009 . Ada 8 hari lagi. jadi kepada sesiapa yang teringin nak jadi seksi dengan lingerie khas untuk suami. Bolehlah buat tempahan, disamping lingerie-lingerie lain yang ada stock tu.

Salam
mrslingerie

Tuesday, October 6, 2009

Prosedur pelepasan Kastam Selesai.

Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh pihak kurier mengenai item lingerie anda yang masih tersangkut di Kastam. mereka mengatakan, item tersebut perlu dibayar cukai sebanyak RM300. Hanya selepas pembayaran diselesaikan barulah item tersebut dilepaskan. jadi saya terus melantik ajen untuk urusan tersebut. Bayaran cukai sudah diselesaikan dan sekarang dalam proses penghantaran ke tangan saya. Mereka akan menyerahkan item tersebut pada saya pada hari Jumaat ini 09 Okt 2009.

Saya nak komen sikit pasal kastam ni. Kenapa hanya baru sekarang ianya dimaklumkan. Item tu dah sampai KLIA pada 02 Okt 2009.

Walaubagaimanapun alhamdulillah semuanya dah selesai, Saya akan cuba hantar item-item tersebut pada anda (yang buat order 20 Sept 2009) sejurus saja saya packing.

saya memohon maaf sekali lagi atas kelewatan yang tidak disengajakan. Di luar bidang kuasa saya.

Oh ye. Ada sesetengah item tiada dalam stock pembekal. Saya akan maklumkan kepada anda yang membuat pesanan tersebut melalui email.

Salam

Mrslingerie

Monday, October 5, 2009

((Lingerie masih di tangan Kastam ))

Untuk makluman dan update mengenai lingerie yang dipesan pada order 20 Sept 2009. Item tersebut masih lagi berada dalam proses pelepasan kastam. Buat masa sekarang saya masih menunggu pelepasan dari mereka.

Tak pasti pulak kenapa kali ini lama prosesnya. Item dah sampai ke Malaysia pada 02 Okt 2009, tapi hingga sekarang masih belum clear.

Harap anda bersabar ye. Saya memohon maaf atas kelewatan ini.

mrslingerie

Saturday, October 3, 2009

Lingerie dah sampai KLIA

Salam semua dan selamat aidilfitri kepada semua pembaca. Tak pergi open house ke hari ni? Saya dan suami serta anak-anak baru balik dari open house kat Taman Seri Muda Shah Alam. Wah jalan jem teruk masa nak pergi, masa nak balik pun sama. Pukul 9.30 malam baru sampai rumah.

Untuk saya maklumkan disini, sesiapa yang buat pembelian lingerie untuk tarikh 20 Sept 2009 dah sampai ke KLIA. Tadi baru check. Cuma sekarang masih dalam prosedur pelepasan kastam. Insyaallah dalam sehari dua (hari bekerja) akan sampai pada saya.

Packing dan saya akan hantarkan pada anda yang buat order. Order berikutnya adalah pada 17 Okt 2009. Kali ni semakin banyak design baru dan semakin ramai yang buat tempahan.

Disamping lingerie untuk di order, ada juga lingerie yang ready stock. Yang ready stock tu insyaallah akan di poskan pada hari esoknya selepas saya menerima bayaran.

Kepada yang buat order tempoh hari, harap anda bersabar. Selepas saya terima dan bungkus, akan dihantar pada anda.

Salam aidilfitri
mrslingerie